Margins
Adikuasa book cover
Adikuasa
Merebut Orde Dunia
2025
First Published
4.87
Average Rating
704
Number of Pages

“Sejarah manusia adalah sejarah adikuasa.” Sejak awal peradaban, dunia sentiasa menyaksikan kemunculan dan kejatuhan adikuasa, iaitu negara-negara yang mendominasi politik dunia. Dari Rom pada abad pertama, Khilafah Islam pada abad ke-7, Mongol pada abad ke-13, Uthmaniyah pada abad ke-15, Portugal dan Sepanyol pada abad ke-16, Belanda pada abad ke-17, Perancis pada abad ke-18, Britain pada abad ke-19, hingga ke Amerika Syarikat pada hari ini; setiap era mempunyai adikuasanya. Dengan kekuatan ketenteraan, ekonomi dan budaya, mereka bukan sahaja menguasai wilayah, tetapi juga mencorakkan politik dunia, membentuk sistem ekonomi dan menyebarkan ideologi yang terus berakar hingga kini. Namun, tiada adikuasa yang kekal selama-lamanya. Amerika Syarikat kini menghadapi kemerosotan, manakala kuasa baharu seperti China semakin mencabar dominasi globalnya. Adakah kita sedang menyaksikan lahirnya orde dunia yang baharu? Atau mungkinkah persaingan ini akan membawa kepada perang dunia seterusnya? Buku ini membawa pembaca merentas masa untuk meneliti sejarah 17 buah negara adikuasa yang pernah mendominasi dunia. Dengan memahami punca kebangkitan dan kejatuhan mereka, kita bukan sahaja dapat melihat corak sejarah yang berulang, tetapi juga meramalkan hala tuju masa depan.

Avg Rating
4.87
Number of Ratings
38
5 STARS
87%
4 STARS
13%
3 STARS
0%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Ayman Rashdan Wong
Ayman Rashdan Wong
Author · 8 books
Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved