
Ahad Yang Suram
2019
First Published
3.03
Average Rating
46
Number of Pages
Part of Series
Zainal Rashid adalah seorang lelaki yang terperangkap di dalam sebuah daerah gelap dan sunyi. Sesekali dia berjaya meloloskan diri untuk keluar mencari cahaya, tetapi dia tersedar bahawa suasana terang dan riuh bukanlah sesuatu yang indah dan menyeronokkan buat dirinya. Lalu, dengan tergesa-gesa dia kembali semula ke dalam dunia asalnya, bersembunyi, dan mula menulis cerpen-cerpen tentang kegelapan yang telah ditemui di sepanjang perjalanannya itu. Begitulah seterusnya dan berulang-ulang kali. Susuk tubuh misteri ini telah memenangi pelbagai hadiah sastera berprestij. Dia menulis tiga buah cerpen di dalam buku ini: Ini Bukan Gloomy Sunday, Jalan Mati Gloomy Sunday, dan Memang Bayangan Gloomy Sunday.
Avg Rating
3.03
Number of Ratings
30
5 STARS
3%
4 STARS
20%
3 STARS
57%
2 STARS
17%
1 STARS
3%
goodreads
Author

Zainal Rashid Ahmad
Author · 20 books
Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mencipta nama pada tahun 1990-an dengan cerpen-cerpen bernuansa eksperimental yang menjurus kepada menggabungkan sastera Melayu moden dan sastera Melayu lama. Zainal memenangi deretan anugerah sastera terutamanya Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Islam dan pelbagai anugerah peringkat kebangsaan. Sehingga kini Zainal telah menghasilkan dua buah kumpulan cerpen iaitu Alkisah (2012) dan Yang Tercinta (2012). Zainal mempunyai pengalaman luas sebagai wartawan; pernah bertugas di Utusan Melayu, Astro, NTV7 dan TV3. Zainal turut menerima Anugerah Seri Angkasa 2004, Anugerah Media Pertahanan 2009, Anugerah Dokumentari Terbaik 2010 dan pelbagai anugerah PPFM sebagai Pengarah dan Penulis Skrip Terbaik. Kini Zainal merupakan Pengurus Besar, Jabatan Penerbitan sosial, Politik & Ekonomi TV Al-Hijrah. (2014)