Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
C3rita
C3rita
Series · 5 books · 2019
By
Zainal Rashid Ahmad
,
Siti Jasmina Ibrahim
,
Hafizah Iszahanid
, and more
Books in series
#1
Ahad Yang Suram
2019
Zainal Rashid adalah seorang lelaki yang terperangkap di dalam sebuah daerah gelap dan sunyi. Sesekali dia berjaya meloloskan diri untuk keluar mencari cahaya, tetapi dia tersedar bahawa suasana terang dan riuh bukanlah sesuatu yang indah dan menyeronokkan buat dirinya. Lalu, dengan tergesa-gesa dia kembali semula ke dalam dunia asalnya, bersembunyi, dan mula menulis cerpen-cerpen tentang kegelapan yang telah ditemui di sepanjang perjalanannya itu. Begitulah seterusnya dan berulang-ulang kali. Susuk tubuh misteri ini telah memenangi pelbagai hadiah sastera berprestij. Dia menulis tiga buah cerpen di dalam buku ini: Ini Bukan Gloomy Sunday, Jalan Mati Gloomy Sunday, dan Memang Bayangan Gloomy Sunday.
#2
Jarum Jocasta
2019
Selain menulis cerpen dan novel, Siti Jasmina merupakan penulis skrip teater, drama TV, dan filem yang dah ada nama dan memang buat duit. Kita pun tidak tahu dari mana dia dapat stamina untuk menjadi
busybody
kepada masyarakat, mencerap cerita-cerita mereka, dan menterjemahkannya semula kepada puluhan skrip. Lalu mempersembahkannya kepada khalayak untuk diambil sebagai 'yang baik dijadikan teladan, yang jahat dijadikan sempadan' kononnya. "Kali ini Jasz tulis lain sikit, bang!" Perempuan cantik berkulit kuning langsat ini pernah memenangi pelbagai hadiah sastera dan hadiah penulisan skrip. Dia menulis tiga buah cerpen di dalam buku ini: Lubang Perut, Penternak Hati, dan Jarum Jocasta.
#3
Perempuan Yang Kutemui Pada Setiap Senja
2019
Di sebalik kesibukan tugasnya sebagai wartawan meja sastera, Hafizah sempat juga menulis cerpen dan novel; memenangi berdozen-dozen hadiah sastera. "Saya menulis untuk menang sayembara. Nak kaya dengan mengharapkan sangat kepada royalti buku memang taklah, bang!" Perempuan manis bertudung cantik serta mahal ini menulis tiga buah cerpen di dalam buku ini: Lelaki-Lelaki Liar, Lelaki Sejati Yang Menanam Bunga Ros, dan Perempuan Yang Kutemui Pada Setiap Senja. Dan ketiga-tiga cerpen ini ditulis bukan bertujuan untuk menyertai mana-mana sayembara. Dengan menggabungkan kefasihannya menulis cerita dengan pengalamannya sebagai wartawan - ketiga-tiga cerpen ini sangat lain daripada kebiasaannya.
#4
Ifindo
2019
Di waktu senggang Saifullizan gemar berbaring di atas sofa dalam keadaan menelentang sambil bola matanya mengitari segenap satah dinding; memerhatikan lipas atau cicak beromen. Dan apabila dia bercerita, dan tiba-tiba cicak berbunyi cak-cak-cak, dia akan berkata, "Hah! Betul kata cicak..." Jadi, kita nak kata apa lagi... Betul kata cicak, maka betullah cerita dia, kan! Takkanlah cicak nak menipu. Lelaki yang gemar berkemeja polos putih ini telah memenangi pelbagai hadiah sastera. Dia menulis tiga buah cerpen di dalam buku ini: Ifindo, Sadu dan Mokoi dan Guti. Mungkin itu nama-nama lipas peliharaannya. Manalah kita nak tahukan... Kata orang banyak, lelaki yang memelihara binatang adalah seorang yang penyayang.
#5
Generasi Paling Jahanam
2019
Siapa yang tak kenal Saharil? Lelaki bertubuh sasa yang menulis cerita-cerita yang kita tak pernah baca dan terfikir pun selama ini; kita menyukainya. Malah, kita mudah larut dalam penceritaannya yang kadang logik dan kadang tak logik itu. Tetapi kita peduli apa, sebab kita dah tersuka apabila membacanya. Dan adakalanya, kita tertanya-tanya, dari mana dia dapat akal untuk menulis macam tu? Dia ni
Artificial Intelligence
android sastera untuk masa depan ke? Lelaki yang gemar berbaju sendat ini pernah dianugerahkan Selangor Young Talents Awards, Hadiah Sastera Johor, dan Hadiah Sastera Berunsur Islam. Dia menulis tiga buah cerpen di dalam buku ini: Generasi, Paling, dan Jahanam.
Authors
Zainal Rashid Ahmad
Author · 29 books
Siti Jasmina Ibrahim
Author · 10 books
Hafizah Iszahanid
Author · 14 books
Saifullizan Yahaya
Author · 5 books
Saharil Hasrin Sanin
Author · 10 books