Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Ahmad Ammar
Ahmad Ammar
Series · 6 books · 2014-2015
By
Abdul Latip Talib
,
Mohammad Qayyum A. Badaruddin
,
Bonda Nor
, and more
Books in series
#1
Cerita Cinta Ahmad Ammar
2014
Buku tulisan 15 orang yang karib dengan almarhum Ahmad Ammar. Buku ini dipersembahkan dalam bentuk berwarna penuh khususnya 100 lebih gambar rakaman sepanjang hidup Ammar dari kecil sehinggalah mutakhir.
#2
Ahmad Ammar
2015
Kisah Ahmad Ammar ketika dia masih belum dikenali. Kisah semasa dia masih kecil, pendiam dan seorang yang taat kepada ibu bapa. Beliau sudah dididik bagi menjadi seorang yang akan mewakafkan dirinya untuk ummah. Beliau sudah diajarkan sedari kecil bagi menyedari tujuan hidupnya bukan sekadar untuk membela keluarga dan tanah air, tetapi lebih besar daripada itu, iaitu ummah seluruhnya. Inilah kisah beliau, kisah pemuda yang dipersiapkan untuk ummah.
#3
Ahmad Ammar Tarbiyah Sesudah Kematian
2014
#4
Ahmad Ammar
2015
Akar yang kukuh mencengkam bumi, pucuknya teguh menjulang langit...
#5
Ahmad Ammar
2014
"Satu Kematian Yang Hidup" Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan mengadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberikan pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang malaysia pertama disemadikan di sini. Kisah syahid seorang anak muda telah menjadi bualan yang serius dikalangan rakan-rakan, masyarakat malaysia dan telah menjangkau ke banyak negara yang ingin mengetahuai dengan lebih lanjut tentang beliau. Anak muda ini tidak menonjol dalam rutin hariannya. Namun beliau merupakan pelajar cemerlang mempunyai tahap intelek dan emosi pada tahap yang tinggi. Beliau merupakan seorang "syahid yang tertangguh". Pemikiran dan keterlibatan beliau dalam kerja-kerja dakwah amat mengagumkan. Pada usia 20 tahun beliau telah terlibat dalam pelbagai misi dakwah dan kemanusiaan termasuk Syria. Subjek sejarah yang beliau pilih merupakan kesinambungan visi yang tertanam dalam diri iaitu untuk menguasai sejarah dan menguasai dunia. Kerana bagi beliau sejarah adalah kunci umat Islam. Sejarah kegemilangan Sultan Muhammad al-Fateh menguasai konstantinopel perlu diulangi. Namun Allah lebih menyayangi beliau. Pada tanggal 2 November 2013, gugurlah seorang insan berjiwa al-Fateh. Pemergian yang ditangisi oleh rakan seluruh dunia. "Kematian yang hidup" bermakna beliau menjadi terkenal dan berjaya menyuntik semangat anak muda selepas kematiannya.
#6
Nahdah Jiwa Anak Muda
2014
Masa telah berlalu tetapi rami orang di Malaysia masih bercakap tentang pemuda itu. Mereka teruja untuk mengetahui setiap bingkai dari riwayat hidupnya yang biarpun singkat tetapi ketulusannya mengandung pelbagai makna yang tersirat. Buku‘Nahdah Jiwa Anak Muda' mengungkapkan iktibar dan teladan di sepanjang perjalanan hidup Ahmad Ammar yang menunjukkan betapa pentingnya wawasan dan keikhlasan. Dengan wawasan yang jelas, keazaman yang tinggi, dan kesabaran yang teguh, amat diperlukan dalam perjalanan menempuh usia muda. Susurilah iktibar di sebalik perjalanan yang mengutamakan ilmu, keimanan dan doa kerana tanpa ilmu kita akan mudah sesat, tanpa keimanan kita akan sering ketakutan dan tanpa doa kita akan cepat putus asa. Buku ini adalah untuk anak-anak muda meraih inspirasi tentang perjalanan tatkala usia muda yang penuh makna dan untuk ibu bapa sebagai panduan memimpin anak-anak muda merintis kehidupan awal yang penuh cabaran.
Authors
Abdul Latip Talib
Author · 49 books
Mohammad Qayyum A. Badaruddin
Author · 2 books
Bonda Nor
Author · 12 books
Sidin Ahmad Ishak
Author · 1 book