Margins
Akhirnya Aku ... book cover 1
Akhirnya Aku ... book cover 2
Akhirnya Aku ...
Series · 2 books · 2020

Books in series

Akhirnya Aku Membunuh book cover
#1

Akhirnya Aku Membunuh

Diari Sesalan Buat Pengajaran

2020

Kisah juvana tentang seorang gadis yang disabitkan bersalah atas tuduhan membunuh seorang pelajar lelaki bermotifkan dendam. Nisha, seorang pelajar aktif di sekolah kekurangan perhatian serta kasih sayang ibubapanya yang memiliki empayar perniagaan minyak wangi. Popular di sekolah kerana kejelitaannya serta bakat di pentas teater. Bersifat diva dan keras, Nisha kerap menolak untuk melayan peminat-peminat lelaki. Sakit hati kerana ditolak, ditambah pula dengan provokasi akhirnya mendorong pelajar lelaki tersebut memperkosanya secara bergilir-gilir. Enggan melaporkan kepada polis, Nisha bertindak melulu dan membunuh pelajar tersebut.
Akhirnya Aku Terpenjara book cover
#2

Akhirnya Aku Terpenjara

Diari Hitam Anak Derhaka

2020

Kemiskinan hidup dan tahap kesihatan ibubapa yang semakin merundum memaksa Mikael, seorang Huffaz Al-Quran, membuat keputusan gila untuk mencari rezeki di negara orang. Hanya berbekalkan semangat dan duit raya, Mikael mengembara ke Kemboja walaupun ditentang hebat oleh ibu yang sakit. Setelah dua tahun berkenala, panggilan kecemasan ibu yang sedang nazak telah mengubah hidup Mikael 360 darjah. Di Lapangan Terbang, pihak imigresen Kemboja telah menahan dan membatalkan tiket perjalanan pulang Mikael. Dia dipukul dan dihumbankan ke penjara kerana tidak pernah memohon untuk tinggal, apatah lagi bekerja di Kemboja. Dia terus dibuli di dalam penjara kerana agama dan usianya yang muda. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian – ibu yang nazak sudah tidak bernyawa lagi.

Authors

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Akhirnya Aku ...