Margins
Sign in
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Aku Dengar...
Aku Dengar...
Series · 10 books · 2016-2021
By
Jo .
,
Justin C.
,
Chang Lip Wei
, and more
Books in series
#1
Aku Dengar Kat Hostel Ada...
2016
Kebanyakan asrama mempunyai 1001 khabar angin luar biasa. Semuanya disebarkan melalui senior, tetapi tiada siapa dapat memastikan kebenarannya. Semua ini bergantung pada diri sendiri sama ada hendak mempercayai kewujudannya atau tidak. Tetapi adakah ia begitu mudah dipercayai? Sama ada kamu percaya atau tidak, sebenarnya "mereka" sentiasa berada di sebelah kamu...
#3
Aku Dengar Kat Sekolah Ada...
2016
Apa perasaan kamu bila dengar bunyi ‘Ceek, Ceek, Ceek’ ketika dalam tandas sekolah? Apa perasaan kamu bila ada pokok seolah-olah sedang memerhatikan kamu? Apa perasaan kamu bila bermain dengan seseorang yang luar biasa tenaganya? Bila kamu mengalami situasi seperti ini, pedulikan... kerana jika kamu teringin sangat nak tahu, besar kemungkinan kamu benar-benar bertemu dengan ‘mereka’...
#4
Aku Dengar Kat Hospital Ada...
2016
Satu-satunya tempat di mana kelahiran dan kematian berlaku setiap hari-hospital-maka tidak hairanlah jika ada sesuatu yang berkeliaran di koridor selain bunyi ketawa dari wad yang tiada penghuni. Jadi, beranikah kamu memasukinya? Beranikah kamu bila ada suara memanggil tapi hanya kamu saja yang dengar? "Mereka" akan guna pelbagai helah untuk menarik perhatian, sekiranya terperdaya, kamu mungkin takkan kembali lagi...
#8
Aku Dengar Kat Kedai Runcit Ada...
2016
Kedai runcit... bukan tempat asing bagi semua orang. Akan tetapi jika barang-barang atas rak terjatuh secara tiba-tiba, kemudian muncul seorang gadis di tepi rak dan melemparkan senyuman kepada kamu, apa langkah kamu seterusnya? Pura-pura tak nampak? Atau terus larikan diri? Jadi, sebelum pergi ke kedai runcit, awasi persekitaran kamu. Barangkali 'dia' sedang memerhati gerak-geri kamu...
#15
Aku Dengar Kat Tepi Pantai Ada...
2018
Selain menikmati bayu laut di tepi pantai, kita juga boleh memancing, berenang ataupun berkelah. Tapi tahukah kamu, setiap pantai di dunia ini pernah meragut nyawa? Disebabkan itu, roh-roh hantu tidak henti berkeliaran di sekitar pantai untuk mencari pengganti. Tak percaya? Ia mungkin tak wujud tapi bacalah 'Aku Dengar Kat Tepi Pantai Ada...' untuk kamu rasai kehadiran 'mereka'!
#21
Aku Dengar Kat Tangga Ada...
2018
Pernah dengar cerita tentang eskalator telan orang? Benarkah ia satu kemalangan... atau ada sebab lain? Macam mana pula legenda menghitung anak tangga pada malam hari? Benarkah ia boleh mengancam nyawa? Kesimpulannya, apa sebab eskalator boleh telan orang? Dan kenapa pula, kalau hitung anak tangga boleh bawa maut? 'Aku dengar Kat Tangga Ada...' menyingkap misteri tangga yang belum terungkai!
#25
Aku Dengar Kat Perpustakaan Ada...
2018
"Shh... tolong diam!" Kenapa pustakawan selalu tegur kita jangan buat bising? Dia tak nak kita ganggu orang lain ke? Atau sebenarnya dia bimbang kita ganggu sesuatu tak dapat dilihat dengan mata kasar? Bila duduk seorang diri kat perpustakaan, pernah tak korang rasa ada kelibat kat belakang? Tapi bila toleh tak ada apa-apa pun. Mungkin benda tu nak baca buku bersama korang...
#27
Aku Dengar Kat Kantin Ada...
2019
Suasana meriah kat kantin bertukar tragedi bila ada pelajar maut serta-merta akibat insiden dahsyat. Namun tragedi tak terhenti setakat tu je. Khabarnya roh tak tenteram berkeliaran hingga suasana kantin bertukar seram penuh misteri. Sampai bila nak biarkan diorang terus menghantui? Takkan nak tunggu mangsa lain pula jadi korban?
#28
Aku Dengar Kat Kedai Mainan Ada...
2019
Sebut je nak pergi ke kedai mainan, kanak-kanak mesti melompat kesukaan. Tempat ni memang mengujakan sebab ada macam-macam barangan menarik. Nampak meriah dan berwarna-warni tapi....korang jangan suka sangat. Pernah dengar tak suara patung bercakap dan kereta control bergerak sendiri? Ada makhluk ghaib merasuk barang mainan tu ke? Atau ianya hidup?!!
#40
Aku Dengar Kat Kelas Seni Ada…
2021
Komik seram bikin memang & jantung berdegup kencang. Pasti menggigil ketakutan. Siri 'Aku Dengar Kat' membuatkan suasana tegang & badan kejung! Terpegun bila masuk kelas seni. Setiap sudut dihiasi macam-macam karya kreatif. Ada arca, lukisan potret, pemandangan dan abstrak. Tapi pernah tak korang terbayang berlaku kejadian seram dan ngeri kat kelas ni? Diancam terperangkap dalam potret atau mungkin ada lukisan bernyawa. Jangan leka... korang mungkin diperhatikan!
Authors
Jo .
Author · 5 books
Justin C.
Author · 1 book
Chang Lip Wei
Author · 2 books
Aku Dengar Studio
Author · 2 books
Kin .
Author · 3 books
Oga
Author · 4 books