


Books in series

#1
Aku, Dia & Coklat
2009
Kata Puteri Rania, coklat itu menggemukkan! Nasihat Khadijah, kalau mahu badan cantik jangan makan coklat.Tapi bagi Zaza, bukankah coklat itu lambang cinta! Coklat itu ubat untuk awet muda.
Sang jejaka idaman, Si Fariz hadir di kolej menjadi jejaka pujaan ramai. Zaza jatuh cinta!
Sanggupkah Zaza makan hanya dua sudu nasi dan mengunyah tomata atau epal setiap hari semata-mata untuk Fariz? Bukankah selama ini Zaza makan coklat hingga lima kali sendawa!
Hatinya mahu coklat! Tapi jiwanya mahu memiliki Fariz. Maliz dan Asyikin, racun dalam hidup Zaza, tiba-tiba merancang sesuatu. Hidup Zaza bagai di neraka seketika. Siapa menang dalam pertarungan merebut perhatian Fariz? Apa terjadi apabila Zaza terbaca komen dan catatan di blog ibu Fariz, Puan Faridah?
Antara coklat dan Fariz, yang mana raja di hati Zaza?

#3
Aku, Dia & Gosip
2010
Gadis gigi jarang kaki gosip! Gadis bibir lebar, bermulut tempayan. Sama ada si kaki gosip, orang yang suka mengumpat, suka jaga tepi kain orang... semuanya boleh disingkap melalui seulas bibir. Oh, betulkah andaian ini?
Kehidupan Zaza gadis penggemar coklat semakin huru-hara untuk semestar kali ini. Gosip, fitnah dan khabar angin umpama ribut datang dari setiap penjuru. Tercungap-cungap Zaza mahu menepisnya. Dendam Maliz dan Asyikin kerana tidak mampu memenangi hati Fariz sentiasa membara. Akibatnya dua gadis ini menyebarkan fitnah. Gosip tersebar bagai virus berbahaya di Kolej Persediaan Pendidikan. Alkisahnya, Zaza ke Bangkok untuk pembedahan sedut lemak!
Zaza terduduk difitnah! Berita yang lebih sensasi menggemparkan kolej bertiup kencang. Pemerintah Negara Bumi Emas yang mencari permaisuri baru, berhajat melawat Kolej Persediaan Pendidikan. Misinya hanya satu. Mahu bertemu Zaza yang dilihatnya sebagai ikon gadis yang sihat.
Apa terjadi pada Zaza? Mengapa hidup ini penuh kacau-bilau? Orang yang suka mengumpat dan menyebar fitnah ini tidak takut dosakah? Mengapa perempuan suka bergosip? Semua ini membebankan fikiran Zaza. Namun doa dan kesabaran membuatkan Zaza cekal.

#4
Aku, Dia & Drama Queen
2011
Sindrom resdung dan sinus menyerang Zaza kali ini. Gadis manis ini asyik hacummm sana… hacummmm sini! Hidungnya bengkak macam buah strawberi. Pipinya bertaburan dengan bintik-bintik merah bagai ada buah ceri masak di ladang! Zaza berazam mahu menjadi lebih rajin dan pembersih. Dia tidak boleh terkena habuk ataupun debu di rumah.
Pun begitu, semuanya menjadi huru-hara apabila Zaza punya rakan sebilik yang baru. Entah mengapa, rakan sebiliknya itu benar-benar mencabar kesabaran Zaza dan teman yang lain. Dia adalah Diba yang juga digelar Diva atau Drama Queen.
Betulkah Diba @ Diva @ Gadis Drama Queen ini pelajar pintar dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat? Kalau benar, mengapa dia tercampak pula di kolej Zaza? Mengapa dia suka bercakap besar tetapi di dalam beg mahalnya yang terkoyak di tengah jalan itu ada terselit alat penekan daging burger? Ayuh, selongkar kisah Zaza dan teman-temannya kali ini dalam Aku, Dia & Drama Queen.

#5
Aku, Dia & Gaun Pengantin
2011
"Selamat pagi Cikgu Zaza!" Wah, bahagianya menjadi cikgu!
Tetapi yang tidak seronoknya apabila murid-murid juga pandai mengkritik! “Mengapa muka cikgu nampak bulat seperti glob di sudut geografi?”
Kisah Zaza dilamar oleh Fariz heboh di sekolah. Musuh tradisi Zaza, Maliz dan Asyikin berasap kepala mendengar khabar itu.
"Zaza tidak sesuai untuk Fariz! Gadis gempal tidak boleh bersama jejaka terhangat." Itu kata Maliz dan Asyikin.
Zaza semakin berserabut, namun sempat berangan-angan. Mahu gaun pengantin beropol-ropol ataupun yang kainnya berekor panjang seperti duyung? Oh, mahu berbaju kurung songket bunga tabur sahaja atau memakai gaun? Tetapi badan perlu kurus dahulu!
Oh, peningnya! Bertambah ribut apabila Maliz dan Asyikin 24 jam sehari dan 7 hari seminggu mengekorinya. Ada-ada sahaja dua sahabat ini merancang misi sulit. Haih!