
Ini cerita Yah dan Lid, yang menurut sejarah kampung sudah berkawan sejak dari dalam perut ibu lagi. Di mana ada Lid, di situ pasti ada Yah. Yah kata, dia penat mahu melayan Lid Si Raja Drama. Lid pula kata, dia tak larat nak dengar cerita Yah Si Ratu Masalah. “Barangkali kau hilang ingatan ya, Sabariah?” –Lid “Aku yang hilang ingatan ke kau yang kepala baru terhantuk tiang? Cuba cakap elok-elok macam orang normal tak boleh ke?” – Yah Orang kata, perempuan dengan lelaki tak boleh jadi kawan baik. Mesti salah seorang akan jatuh suka. Betul ke? Atau itu cuma mitos purbakala? “Lid, tak boleh. Tak boleh macam ni.” – Yah “Kenapa tak boleh? Kau perempuan, aku lelaki. Kita dah besar dah pun. Kenapa aku tak boleh nak suka kau?” – Lid Dan di saat persahabatan dilibatkan dengan perasaan, mana satu yang menjadi pilihan?