Books in series

#7
Aku, Kau dan Facebook V2.0
2011
Facebook? Siapa yang tidak tahu dan kenal apa itu Facebook? Kanak-kanak seawal dua tahun sehingga orang tua ratusan tahun pun kenal Facebook. Komik antologi ini menghimpunkan pelbagai kisah dan ragam manusia yang berlingkar di sekeliling rangkaian sosial popular, Facebook!
Komik ini juga istimewa, kerana menampilkan kemunculan semula legenda kartunis tanah air iaitu Nik. Ilustrasi kulit buku komik ini juga dihasilkan dengan sentuhan hebat beliau.
"Saya tersenyum sendiri tatkala membaca komik ini. Kisahnya lucu dan dekat di hati. Mungkinkah kisah anda ataupun kenalan anda yang diadaptasi ke dalam komik ini? Beli dan bacalah sambil tersenyum." Aizam Aiman ( Penulis Remaja Popular )
"Sekiranya tidak mahu dibaling TamTam, lebih baik anda beli komik antologi yang hebat ini! Jangan sampai Abang Tembam tolong belikan!" Aman Wan ( Pelukis komik dan superstar Youtube )

#8
Aku, Kau dan Facebook V3.0
2012
Memuatkan komik-komik Facebook yang hebat:
\- Newbie Facebook ( Jon Suraya )
\- Cikgu Kacak! ( Lavendra )
\- Misteri Murid Tanpa FB ( Froggypapa )
\- Penyamar Siber ( Pac )
\- Hantu Facebook ( Poyo )
\- Pengawas Facebook ( Jon Suraya )
\- Cute Teddy v2.0 ( Ash Kun )
\- Young Aishah vs Liesa Shootz! ( Reja )
\- Superhero Facebook ( Bophairy )
\- Projek Hijau Facebook ( Ard One )
\- Hanya Kawan! ( Koma )
\- Penampilan istimewa ( Aie )

#9
Aku, Kau & Sekolah
2011
Menampilkan 10 komik fasal sekolah daripada 9 pelukis berbeza.
\- Jaga Sekolah ( Reja )
\- Hari Pertama ke Sekolah ( Poyo )
\- Meon: Taman Hijau Sekolah ( Jas )
\- Komik Bagus ( Bophairy )
\- Misi 12 Malam ( Nazry dan Afiq )
\- Opie & Jaja: Tukang Kebun Sekolah ( Bophairy )
\- Misi 17 A ( Foner )
\- Kembali ke Sekolah ( Azhar Abdullah )
\- Dunia Didi: Jangan Tebang Pokok Itu ( Ard One )
\- Kimia dan Resepi ( Anshari )

#12
Aku, Kau & Zombie #2
Tular
2020
Menampilkan komik-komik berkaitan fenomena zombie daripada artis-artis Komik-M:
ISYARAT oleh Sulaiman Shaari
DARI DALAM oleh Aadi Salman
ZOMBIE MELAYU MELAKA: LIGA PENDEKAR oleh Azhar Abdullah
ZOMBIE NUSANTARA? oleh Fy Hamzah
ROSAK oleh Chai Kazuku
RAJA ZOMBIE oleh Jas
BLUES ZOMBIE oleh Bophairy
PELUKAN TERAKHIR: BAHAGIAN AKHIR oleh Pakngah Alipz
Authors

Reja
Author · 5 books
Reja, bukan satu nama yang asing bagi peminat Komik-M. Beliau mula berkecimpung dalam bidang komik secara serius pada tahun 2008 apabila terbitnya komik sulung beliau berjudul Shootz! bersama Komik-M. Semenjak itu, graduan ijazah Universiti Kebangsaan Malaysia ini tidak menoleh ke belakang lagi. Selain meneruskan penghasilan siri komik Shootz!, beliau turut menghasilkan siri nomik (novel + komik) yang popular iaitu Young Aisyah. Siri ini dilesen dan diterbitkan di negara jiran, Indonesia. Menerusi karya-karyanya ini, Reja pernah beberapa kali disenaraikan sebagai finalis dalam Anugerah PeKomik Malaysia. Kini, Reja menjadi pelukis komik sepenuh masa di samping aktif mengendalikan bengkel melukis komik anjuran Komik-M di sekolah-sekolah seluruh Malaysia.

