Margins
Aku Mahu Jadi Hijabistar book cover
Aku Mahu Jadi Hijabistar
2014
First Published
4.37
Average Rating
200
Number of Pages

Part of Series

Aku Mahu jadi Hijabistar merupakan sambungan kisah Farah dan Ina iaitu watak utama dalam Siri Aku Mahu : Aku Mahu Popular. Dalam Aku Mahu Popular, Farah dan Ina telah terjebak dengan aktiviti pengintipan di Kelab Malam The Glitters. Sambungan daripada kisah itu, Amir iaitu abang Ina telah membuat perjanjian tiga penjuru bersama Farah dan Ina untuk mula memakai tudung. Farah dan Ina mula memakai tudung dalam keterpaksaan. Tanpa disangka-sangka, mereka telah dipanggil oleh Ustazah Jamilah dan Cikgu Aini untuk dilantik sebagai Ikon Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah peringkat Sekolah Sri Bangsar. Mereka juga diminta menulis tip dan pengalaman penghijrahan mereka di kolum Portal Sri Bangsar agar dapat dikongsikan bersama seluruh warga Sri Bangsar. Farah dan Ina telah menerima tawaran tersebut dengan harapan untuk menyambung impian mereka untuk menjadi popular dalam situasi yang berbeza. Di samping itu, mereka telah merangka TO-DO-LIST in order to be A Hijabistar. Pelbagai strategi telah dirancang untuk menjadi popular sebagai seorang pemakai hijab. Antaranya ialah mengumpul gambar terbaik untuk dimuat turun bersama dengan penulisan di portal. Strategi-strategi yang dirancang banyak kecundang di hujung jalan. Klimaks TO-DO-LIST berlaku sewaktu mereka meluangkan waktu hujung minggu di Sunway Lagoon bersama dengan rakan-rakan sekolah bagi aktiviti hujung tahun mereka sebelum menduduki peperiksaan SPM. Di situ, Farah dan Ina telah mengaibkan diri mereka sendiri tanpa sedar dengan berlakunya insiden-insiden kecil yang telah disebarkan secara meluas di laman sosial Facebook dan menjadi topik hangat di laman portal sekolah.

Avg Rating
4.37
Number of Ratings
41
5 STARS
63%
4 STARS
20%
3 STARS
12%
2 STARS
0%
1 STARS
5%
goodreads

Authors

Ain Maisarah
Ain Maisarah
Author · 53 books
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved