


Books in series

#1
Aku Mahu Popular
2007
Mengisahkan dua orang pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Sri Bangsar yang cemerlang dalam pelajaran tetapi tidak dikenali di sekolah itu. Bermula daripada rasa tidak puas hati dengan glamor dan populariti yang dikecapi oleh tujuh gadis lain yang menggelar diri mereka The Wannababes, Farah dan Ina bertekad merancang strategi untuk menjadi popular dan diminati.
Pelbagai insiden berlaku dalam proses untuk meletakkan diri mereka dalam kelompok pelajar glamor. Satu daripadanya bermusuhan dengan The Wannababes.
Akhirnya, Farah dan Ina sedar yang glomar dan popular tidak bererti tanpa pencapaian akademik yang baik. Farah dan Ina kembali menumpukan perhatian kepada pelajaran dan berjaya mengecap popular apabila dinobatkan sebagai pelajar terbaik sekolah mereka.

#2
Aku Mahu Ke New York 1
2008
The Wannababes mahu ke New York? Tetapi jumlah peserta sudah penuh! Hmm… terpaksalah The Wannababes melakukan apa sahaja demi mencapai misi yang satu itu! New York, tunggu kedatangan The Great Wannababes!

#3
Aku Mahu Saiz S
2008
Maka saya,
Protege obesiti,
Berikrar,
Bahawa sesungguhnya,
Akan Menumpukan,
Seluruh tenaga dan usaha saya,
Bagi mencapai berat badan ideal,
Dan menjaga,
Pemakanan saya,
Serta perut boroi saya,
Dengan penuh kedaulatan,
Dan kesusilaan,
Berlandaskan prinsip-prinsip yang berikut:
Kepercayaan kepada diet,
Kesetiaan kepada mentor,
Keluhuran ketika bersenam,
Kedaulatan sayur salad,
Kesopanan dan kesusilaan.

#4
Aku Mahu Buli
2008
Aku Mahu Buli mengisahkan nasib seorang pelajar baru bernama Mimi Monira yang baru sahaja berpindah ke Sekolah Menengah Sri Bangsar. Mimi Monira tidak tahu mengenai kewujudan sekumpulan pelajar yang berpengaruh dalam sekolah itu yang juga dikenali sebagai Kumpulan The Wannababes.
Tiada pelajar yang berani duduk di meja khas untuk kumpulan itu. Oleh kerana tidak tahu, Mimi telah duduk makan di situ secara tidak sengaja lalu mengundang kemarahan ahli kumpulan itu. Kesalahan Mimi menyebut nama kumpulan itu membuatkan mereka naik angin dan bertekad melancarkan rancangan bagi membuli Mimi Monira.
Badan Mimi yang agak gemuk menyebabkan Mimi dipanggil badak air. Apakah rancangan The Wannababes dan berjayakah Mimi Monira menghadapi mereka?

#5
Aku Mahu Teman tapi Mesra
2008
Widya melancarkan perang dunia ketiga dengan Edrina?
Semata-mata kerana Edrina menegur kemerosotan pelajaran Widya.
Widya diberi kata dua.
Memilih Mr.LobakLobak, si Teman Tapi Mesra atau mementingkan keputusan peperiksaan demi masa depan.

#6
Aku Mahu Ke New York 2
2009
Mengapa jadi begini? The Wannababes sudah sampai ke New York. Tetapi New York itu nyata indah khabar dari rupa! The Wannababes tidak sanggup berlama di New York! The Great Wannababes sanggup melakukan apa sahaja asalkan dapat tinggalkan New York!

#7
Aku Mahu Superbibik
2010
“Saya mahu bibik yang pandai gubah bunga, baiki paip, fasih berbahasa Inggeris, mahir menjahit dan ada lesen memandu serentak!” beritahu Ina yakin.
“Amboi, tingginya impian awak! Bibik pun manusia biasa seperti kita semua. Bukannya Superman!” Farah tersentak.
“Superman?” Ina mengulang perkataan itu. “Betul cakap awak, Farah! Bibik memang manusia biasa. Tetapi saya tidak mahu yang biasa-biasa. Saya mahu bibik yang hebat dan luar biasa! Saya mahu seorang superbibik!”
Itulah impian Shazarina! Memiliki seorang bibik sempurna. Demi mencapainya, dia sanggup melakukan temu ramah ala-ala mencari peserta rancangan realiti TV. Hanya yang benar-benar layak akan diambil bekerja!
Demam pencarian bibik juga tersampuk kepada kumpulan The Wannababes. Tambah lagi, Shasha kini mempunyai tiga bibik secara serentak. Itu membuatkan Fasharina binti Tan Sri Hisham, Ketua The Wannababes rasa tercabar. Fasha yang punya dua bibik bertekad menyamai kehebatan Shasha! Fasha perlu mempunyai tiga bibik juga! Itu trend terkini orang kaya-kaya!
Apakah kesudahan pencarian bibik oleh Ina dan Fasha? Ketahui kesudahannya dalam novel Aku Mahu Superbibik!

#8
Aku Mahu Lawan Hantu
2011
Kelepasan daripada belajar di sekolah selama seminggu memang suatu berita yang menyeronokkan! Namun, The Wannababes menerima berita ini dengan rasa was-was dan sangsi. Selama seminggu itu mereka terpaksa menghadiri kem pasukan sorak di Universiti Selatan Malaysia. Sebuah universiti yang letaknya di ceruk hutan. Mereka akur dengan mengikuti kem itu kerana tidak mahu dilucutkan jawatan. Pelbagai perkara aneh berlaku sejak awal perjalanan dimulakan. Kisah gelanggang misteri. Segalanya terlerai seketika kerana The Wannababes gembira diberikan sebuah rumah tamu yang besar seperti banglo sebagai tempat tinggal selama seminggu itu. Kegembiraan itu tiba-tiba dirampas apabila datangnya sebuah tim debat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Siput Sedut yang akan berkongsi rumah dengan mereka. Pelbagai aksi buli-membuli dilakukan The Wannababes kerana mahu menyerlahkan kekuasaan mereka. Tim debat cuba bersabar. Suatu hari The Wannababes beria-ia mahu berbaik dengan tim debat kerana tidak tahan diganggu semula perkara-perkara aneh dan menyeramkan. Kesempatan diambil daripada tim debat kerana mereka arif tentang menghalau makhluk halus. The Wannababes diminta mengamalkan perkara-perkara yang tertulis dalam senarai yang disediakan oleh tim debat untuk mengelakkan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu.

#9
Aku Mahu Saiz XL
2011
Aku Mahu Saiz XL? Biar betul? Selalu semua impikan saiz S! Mahu pinggang kerengga tanpa memakai korset. Mengidam badan setaraf model. Namun berbeza buat lima orang remaja. Mereka mahu saiz XL, satu kemahuan di luar jangkaan!

#11
Aku Mahu Cincin di Jari
2012
Sekolah Sri Bangsar Gempar lagi! Sepasang Romeo & Juliet sedang dicari. Pai’e merasakan, inilah peluangnya untuk lari dari jolokan Raja Lawak lantas sedaya upaya berusaha merebut gelaran Romeo Sri Bangsar pula. Apakan daya, wajahnya yang biasa-biasa tidak membawanya ke mana-mana, walaupun dia berjaya meraih perhatian juri dengan markah tertinggi. Namun, dengan bantuan rakan karibnya, Afdlin dan Fizruz, Pai’e bertekad memulakan misi baru, dia mahu menjadi Romeo dengan caranya tersendiri, dia mahu mendapatkan tiga orang Juliet sebelum pementasan teater bermula. Berbagai usaha dan ikhtiar dilaksanakan untuk mencari sepuluh calon Juliet, yang memenuhi ciri-ciri dan kriteria idaman mereka. Akhirnya mereka berjaya mengenalpasti lapan calon yang berjaya mencapai markah tertinggi dalam piawaian yang mereka tetapkan. Sepucuk surat salam perkenalan diutus kepada setiap calon dengan menggunakan nama samaran Prince XCharming. Pai’e hampir kecewa, daripada lapan, hanya empat calon sahaja bersetuju menerima persahabatan yang Pai’e hulurkan. Pai’e meneruskan misi untuk menghampiri peribadi dan mengenali hati budi Chef de Diva, Jarum Emas Genit, Ayu Si Tudung Labuh dan Wanita Besi Koperasi. Pai’e juga menghadiahkan sebentuk cincin ceri kepada setiap calon Juliet. Tanpa diduga, Chef de Diva tersangatlah garang, Ayu Si Tudung Labuh pula terlalu pingitan. Tatkala Pai’e menyerlahkan identiti, Jarum Emas Genit pun menarik diri, kerana belum bersedia lagi untuk menjadi Ratu Lawak Sri Bangsar. Pada masa yang sama, Wanita Besi Koperasi sudah menghidu tembelang Pai’e lantas memutuskan persahabatan yang baru mula mekar. Hampir sahaja Pai’e putus asa. Atas desakan dan dorongan Afdlin dan Fizruz, Pai’e merayu untuk bersemuka dengan Afiqah yang diberi nama kod Wanita Besi Koperasi. Berbekalkan cincin ceri di jari sebagai pengenalan diri, Pai’e menanti dengan debar pada hari dan masa yang dijanji.

#13
Aku Mahu CK
2013
“Hai Diana....” Seorang pelajar menegur Diana.
Diana menoleh ke belakang, namun sebaik melihat muka Ahmad Badwi yang dahsyat, berjerawat dan berlubang-lubang seperti orang terkena sengatan tebuan... Diana terlompat ke arah Sazzy.
“ARGHHHHH! OH MY GOD! PERGI JAUHLAH! HISH! HANTU KUM KUM! Muka buruk ada hati tegur-tegur orang! Hey, how dare you?”
“Budak ini tegur awak, Diana? Beraninya dia! Karate baru tahu! Dia tidak sedar agaknya, kita The Wannababes yang tinggi darjat! Junior ini mungkin terhantuk kepala dengan batu hingga berani mati menegur kita... senior-senior yang terhebat?” Sazzy menaikkan kening tanda dia memperlekehkan pelajar lelaki itu.
Maka secara serentak, The Wanababes menoleh ke arah Ahmad Badwi, gaya mahu menelannya. Ketika itu, Ahmad Badwi terasa malu yang amat sangat. Tidak tahu mana mahu disorokkan mukanya yang berjerawat! Lebih-lebih lagi apabila sebentar tadi Diana menggelarkan dirinya ‘hantu kum kum’. Oh, berat benar tuduhan itu!
Ahmad Badwi perlu mencari keberaniannya, menentang The Wannababes semula dan mengembalikan maruahnya. Adakah dia akan berjaya? Atau keberanian yang dicari itu mahal harganya?

#14
Aku Mahu Jadi Hijabistar
2014
Aku Mahu jadi Hijabistar merupakan sambungan kisah Farah dan Ina iaitu watak utama dalam Siri Aku Mahu : Aku Mahu Popular. Dalam Aku Mahu Popular, Farah dan Ina telah terjebak dengan aktiviti pengintipan di Kelab Malam The Glitters. Sambungan daripada kisah itu, Amir iaitu abang Ina telah membuat perjanjian tiga penjuru bersama Farah dan Ina untuk mula memakai tudung.
Farah dan Ina mula memakai tudung dalam keterpaksaan. Tanpa disangka-sangka, mereka telah dipanggil oleh Ustazah Jamilah dan Cikgu Aini untuk dilantik sebagai Ikon Hijrah sempena sambutan Maal Hijrah peringkat Sekolah Sri Bangsar. Mereka juga diminta menulis tip dan pengalaman penghijrahan mereka di kolum Portal Sri Bangsar agar dapat dikongsikan bersama seluruh warga Sri Bangsar.
Farah dan Ina telah menerima tawaran tersebut dengan harapan untuk menyambung impian mereka untuk menjadi popular dalam situasi yang berbeza.
Di samping itu, mereka telah merangka TO-DO-LIST in order to be A Hijabistar. Pelbagai strategi telah dirancang untuk menjadi popular sebagai seorang pemakai hijab. Antaranya ialah mengumpul gambar terbaik untuk dimuat turun bersama dengan penulisan di portal.
Strategi-strategi yang dirancang banyak kecundang di hujung jalan. Klimaks TO-DO-LIST berlaku sewaktu mereka meluangkan waktu hujung minggu di Sunway Lagoon bersama dengan rakan-rakan sekolah bagi aktiviti hujung tahun mereka sebelum menduduki peperiksaan SPM. Di situ, Farah dan Ina telah mengaibkan diri mereka sendiri tanpa sedar dengan berlakunya insiden-insiden kecil yang telah disebarkan secara meluas di laman sosial Facebook dan menjadi topik hangat di laman portal sekolah.

#15
Aku Mahu Banglo Pink
2014
Tan Sri Hisham mahu menjual salah sebuah banglonya! Fasha yang mendengar, segera merayu mahu memiliki rumah itu. Pada Fasha, memiliki banglo sendiri membuatkan dirinya setaraf Justin Bieber ~ selebriti yang ada rumah seawal usia remaja! Malangnya Fasha tidak mengetahui, banglo yang dimahukannya itu terdapat dua orang anak-beranak yang tinggal di situ. Seri dan ayahnya, dapat tinggal di Banglo Pink atas ehsan penyewa lama... Nenek Elizabeth. Namun setelah nenek itu meninggal dunia, Seri dan ayahnya tiada hak menumpang teduh. Sebaik memiliki Banglo Pink, Fasha terus mengadakan parti teh untuk warga sekolah. Tujuannya, menunjuk-nunjuk pada tahap maksima! Ketika itulah, Seri terpaksa menyamar menjadi orang gaji dan ayahnya pula sebagai tukang kebun. Sepanjang masa juga, Seri merancang pelan cuba mensabotaj Fasha... biar tidak kekal lama di banglo. Parti teh mahu dirosakkan makanan. Banglo Pink pula direncana supaya tampak berhantu dan menakutkan. Sesungguhnya Seri tidak tahan melayan Fasha yang banyak permintaan mengalahkan puteri kayangan! Lalu berlakukan perebutan mendapatkan Banglo Pink. Mampukah Seri bertahan? Atau Fasha dengan bantuan The Wannababes akan menang? Ikuti kisah kelakar terselit info dekorasi ini, pasti menghiburkan hati!

#16
Aku Mahu Seoul Mate
2015
Tanpa disangka, insiden Ina dan Farah ke kedai produk kosmetik menemukannya dengan jejaka Korea, Kim Soo Hyun. Walaupun sekadar signage, renungan tajam aktor popular itu cukup membuatkan Ina tidak keruan memuja aktor pujaan.
Apabila Pusat Sumber Sekolah menganjurkan pertandingan yang menawarkan hadiah berupa tiket ke Korea, Ina tidak lepas peluang. Tuah menyebelahinya, dia berjaya menang. Namun, dia perlu ke sana bersama seorang lagi pemenang yang tidak diduga.
Seluruh Sri Bangsar kecoh dan riuh! Fazura, ahli The Wannababes yang paling gedik di dunia menang peraduan berunsurkan buku?

#17
Aku Mahu Jadi The Wannababes
2015
Kisah bermula apabila ahli kedua tertinggi The Wannababes iaitu Shasha terpaksa menjalani perintah ayahnya iaitu Dato’ Saidini agar menyertai program pertukaran pelajar ke Vietnam selama 2 bulan. Ketiadaan Shasha telah membuatkan kehidupan Fasha, iaitu teraju utama The Wannababes menjadi tidak keruan. Setelah dipengaruhi oleh Fazura, dia akhirnya bersetuju untuk megambil ahli baru bagi menggantikan posisi Shasha buat sementara waktu. Berita itu sangatlah mengejutkan ahli-ahli The Wannababes yang lain.
Hakikatnya, bukan itu yang diharapkan Fazura. Dia mahu dirinya yang diangkat sebagai penganti Shasha. Namun sebagai ahli biasa,dia terpaksa akur dengan keputusan Fasha. Maka bermulalah siri pencarian ahli ke-8 The Wannababes. Mereka telah menetapkan syarat-syarat khas bagi pemohon yang ingin mendaftar sebagai ahli. Kelayakan pemohon juga ditapis dan sesi ujibakat secara temu duga telah diadakan. Akhirnya, seorang calon paling sesuai telah ditemui dan diiktiraf sebagai ahli The Wannababes yang ke-8.

#18
Aku Mahu Jadi Selfiestar
2015
Aku Mahu jadi Selfiestar merupakan sambungan kisah Airin dan Nur Haness iaitu watak utama dalam Siri Projek : Projek Fesyen Ain Maisarah. Dalam Projek Fesyen Ain Maisarah, Airin dan rakan-rakan telah banyak membantu Nur Haness dalam usaha meraih hadiah kemenangan penerbangan ke Dubai dalam Pertandingan Busana Muslimah sempena Minggu Kesenian dan Kebudayaan Islam peringkat Sekolah Sri Bangsar.
Setelah Nur Haness pulang dari Dubai, gaya hidupnya semakin berubah. Nur Haness menjadi semakin aktif berkongsi pengalamannya di Dubai, termasuk menyaksikan persembahan fesyen busana muslimah daripada pereka-pereka fesyen terkenal di seluruh dunia. Secara tidak langsung, perkongsian pengalaman dan tips daripada Nur Haness menyebabkan pertambahan jumlah pengikutnya di laman sosial Instagram dan Twitter.
Tanpa disangka, Airin rupanya cemburu dengan perubahan diri kawan baiknya itu, lantas berazam mahu menjadi lebih dikenali daripada Nur Haness. Dalam pada Airin selalu mengambil gambar baru bagi akaun Instagram-nya dengan cara berselfie, salah seorang peminat rahsianya mula memuji-muji kecomelan Airin. Dari situ tercetuslah idea Airin untuk menjadi seorang selfiestar.

#19
Aku Mahu Adik Manja
2015
Cerita berkisar tentang kasih sayang antara dua adik-beradik, Manjalara dan adik lelakinya, Aman (lebih dikenali dengan nama manjanya, Adik Man) dalam mengharungi cabaran setelah kematian ibu tercinta tanpa disangka-sangka. Pelbagai kejadian lucu, sedih, mendebarkan berlaku sepanjang Manja menyeludup Adik Man ke Sekolah Sri Bangsar akibat terdesak tiada pilihan lain.
Kontroversi melanda Sri Bangsar dengan dua personaliti berbeza berubah laku secara drastik.
The Wannababes, tujuh ahli VIP daripada golongan kaya raya yang bersikap diva dan tidak bergaul dengan pelajar golongan biasa, akhirnya bersama-sama dengan Manja, anak seorang pencuci sampah! Gandingan mereka bagaikan donut dan karipap, satunya enak lembut dimakan, dan satunya dengan inti kari pedas berapi!

#20
Aku Mahu Jadi Robot
2016
Sekolah Sri Bangsar dipilih jadi tuan rumah Ekspo Robot! Cikgu Aziz Zatter selaku guru reka cipta diminta membina sebuah robot. Dibantu Alfi dan Najmina, maka terciptalah sebuah robot bernama TRANSFAMOUS. Malangnya, rekaan tersebut rosak terjatuh dari tingkat tiga. Lebih memeningkan, pertandingan robot tinggal beberapa hari sahaja.
Alfi yang meminati cosplay, mencadangkan robot rosak ditukar menjadi kostum maskot. Masalahnya, ketiga-tiga mereka tidak muat menggayakan kostum tersebut. Alfi terlalu tinggi, Najmina lebar punggung dan Cikgu Aziz pula berperut boroi!
Hari kejadian, Transfamous mendapat perhatian apabila menyelamatkan seorang pelajar yang dihempap tiang tapak ekspo. Malah robot itu boleh menari KPOP!
Transfamous terus popular, menerima jemputan persembahan pula. Maka terpaksalah lakonan diteruskan. Cikgu Aziz, Alfi dan Najmina semakin tertekan tahap hentak-hentak kepala kerana terpaksa menyimpan rahsia besar. Tambah membimbangkan... seorang wartawan bernama Izwan Ali mula mengesyaki sesuatu.
Mampukah rahsia Transfamous terus disimpan? Atau skandal akan terbongkar? Ketahui pengakhiran kisah kelakar bercampur debar dalam Aku Mahu Jadi Robot!

#21
Aku Mahu Bergaya
2016
Siti Nurlinda binti Ratfar, Ketua Gosip The Wannababes... kumpulan paling popular di Sri Bangsar. Semua ahli-ahlinya merupakan anak-anak orang kaya. Profil Linda sendiri tidak kurang hebatnya. Tinggal di kondo mewah, ibu bapa pula menetap di luar negara kerana menguruskan perniagaan di sana.
Namun, segalanya hanyalah cerekarama yang dicipta. Hakikatnya, Linda hidup amat sederhana. Menetap di kawasan setinggan, ayahnya bekerja sebagai kerani kerajaan. Demi mengaburi mata The Wannababes, Linda sanggup menyamar!
Namun bukan mudah mahu kekal bergaya seiring dengan anak-anak orang kaya. Pada kala poket berhabuk, Linda perlu tampil dengan pemakaian yang elok-elok. Pada ketika duit tidak cukup, sahabat baik pula menyambut hari jadi dan mesti dibelikan hadiah yang meletup.
Linda mencari pelbagai alternatif kewangan sehingga dinobatkan sebagai ‘the new trendsetter in Sri Bangsar!’
Namun tiba-tiba identiti Linda terbongkar. Bagaimanakah penerimaan The Wannababes terhadapnya? Adakah masih kekal bersahabat walaupun berlainan darjat? Semuanya terjawab dalam Aku Mahu Bergaya... novel tentang persahabatan yang amat menyentuh jiwa.

#23
Aku Mahu Super Bodyguard
2016
Kejadian ragut berlaku di Sekolah Sri Bangsar! Ada pelajar sudah menjadi mangsa, sampai tercalar muka! Afiqah si Juara Taekwondo langsung tidak risau... kekuatannya tentu mampu mengalahkan peragut yang datang menyerang. Sekali tumbuk, pasti melayang!
Pada masa yang sama... kumpulan pelajar paling popular iaitu The Wannababes mula ketakutan. Bagaimana sekiranya diri menjadi mangsa? Bimbang beg berjenama mahal akan dicuri oleh perompak durjana! Takutnya jika diragut dan diheret motosikal, nanti kulit mulus laksana model boleh dirobek-robek terkena jalan tar! Paling sadis, rambut yang cantik berseri akan ditarik oleh peragut yang tidak kenal erti simpati. Memang ngeri, ia sesuatu yang mesti dihalang dari awal lagi!
Maka The Wannababes membuat keputusan, memerlukan seorang pengawal peribadi. Pengawal itu mestilah mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri! Boleh menjaga keselamatan, boleh sentiasa ada di sisi bagi memenuhi setiap permintaan. Paling penting, populariti The Wannababes tentu meningkat kerana kini setaraf bintang-bintang Hollywood yang mampu mengupah bodyguard.
Adakah The Wannababes bakal menemui super bodyguard yang dikehendaki? Bacalah novel ini, tetapi hati-hati jangan sampai novel ini diragut pencuri!

#25
Aku Mahu Ke Paris
2016
Paris! Kota impian penuh angan-angan. Buatkan ramai teruja dan jatuh hati dengan keindahan kota cinta.
Farah Aryani turut merancang ke Paris selepas tamat SPM. Nekad sangat walaupun hasratnya ditentang keluarga. Sampai sanggup merajuk ke rumah kawan selama 3 hari 3 malam! Sudahnya, terpaksalah diturut kehendak anak tersayang.
Walaupun membenarkan, ibu bapa Farah tidak sedap hati mahu melepaskan anak dara berjalan seorang. Lalu disuruh Kak Wati, bibik setia agar turut serta. Farah pasrah... jika tidak, melepaslah peluang mahu melancong ke tempat impian.
Di Paris, pelbagai dugaan menimpa. Pakej pelancongan yang dipilih tidak menyeronokkan. Kak Wati pula menambah garam ke atas luka dengan tidak berhenti merungut dan membebel sahaja. Percutian ke Paris tidaklah seindah yang disangka!
Takdir menemukan Farah dengan Fasha, ketua The Wannababes yang merupakan musuh ketat ketika zaman sekolah. Kedua-duanya terkandas di Paris atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanakah Farah berhadapan dengan musuh utamanya? Apakah masalah yang menimpa mereka berdua? Dapatkah akhirnya pulang ke Malaysia? Semuanya terjawab dalam AKU MAHU KE PARIS, novel cuti-cuti kelam-kabut yang kelakar ceritanya!

#28
Aku Mahu Jadi Travelistar
2017
Nur Adira binti Adib lahir dalam keluarga bergelar ‘Traveller’. Namun, dirinya lebih suka menyendiri di rumah, membantu Bibik Fatimah memasak. Teramat berbeza dengan kakaknya, Edora yang begitu aktif melancong secara backpacker sendirian. Setakat negara-negara Asia Tenggara, semua sudah dijejak. Kemudian sentiasa mendabik dada, penuh riak!
Cemburu dengan perhatian yang diterima Kak Edora, Adira mengambil keputusan menyertai sebuah pertandingan berprestij diberi nama ~ Pencarian Travelistar!
Tanpa disedari, dia perlu bersaing dengan lima kumpulan lain yang berbeza-beza personaliti. Ada kumpulan berbadan sasa, otot berketak macam Badang! Ada yang pakar gajet, semua peta di hujung jari. Ada juga Hijab Sister yang begitu menjaga adab, berzikir sepanjang perjalanan biar berkat.

#29
Aku Mahu…
2010
Kompilasi tiga cerita dari siri Aku Mahu yang dihimpunkan menjadi satu buku. Mengisahkan pelajar sekolah menegah yang mempunyai misi tersendiri. Setiap cerita mempunyai mahu yang tersendiri seperti berat badan yang idel dan menarik, mahu teman yang mesra dan mahu popular di sekolah.
Authors

Ain Maisarah
Author · 53 books
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.

Alam Anuar
Author · 2 books
@ Hazlam Anuar