Margins
Aku Mahu Ke Paris book cover
Aku Mahu Ke Paris
2016
First Published
4.57
Average Rating
240
Number of Pages

Part of Series

Paris! Kota impian penuh angan-angan. Buatkan ramai teruja dan jatuh hati dengan keindahan kota cinta. Farah Aryani turut merancang ke Paris selepas tamat SPM. Nekad sangat walaupun hasratnya ditentang keluarga. Sampai sanggup merajuk ke rumah kawan selama 3 hari 3 malam! Sudahnya, terpaksalah diturut kehendak anak tersayang. Walaupun membenarkan, ibu bapa Farah tidak sedap hati mahu melepaskan anak dara berjalan seorang. Lalu disuruh Kak Wati, bibik setia agar turut serta. Farah pasrah... jika tidak, melepaslah peluang mahu melancong ke tempat impian. Di Paris, pelbagai dugaan menimpa. Pakej pelancongan yang dipilih tidak menyeronokkan. Kak Wati pula menambah garam ke atas luka dengan tidak berhenti merungut dan membebel sahaja. Percutian ke Paris tidaklah seindah yang disangka! Takdir menemukan Farah dengan Fasha, ketua The Wannababes yang merupakan musuh ketat ketika zaman sekolah. Kedua-duanya terkandas di Paris atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Bagaimanakah Farah berhadapan dengan musuh utamanya? Apakah masalah yang menimpa mereka berdua? Dapatkah akhirnya pulang ke Malaysia? Semuanya terjawab dalam AKU MAHU KE PARIS, novel cuti-cuti kelam-kabut yang kelakar ceritanya!

Avg Rating
4.57
Number of Ratings
35
5 STARS
71%
4 STARS
17%
3 STARS
9%
2 STARS
3%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Ain Maisarah
Ain Maisarah
Author · 53 books
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved