Margins
Aku Mahu Super Bodyguard book cover
Aku Mahu Super Bodyguard
2016
First Published
4.17
Average Rating
179
Number of Pages

Part of Series

Kejadian ragut berlaku di Sekolah Sri Bangsar! Ada pelajar sudah menjadi mangsa, sampai tercalar muka! Afiqah si Juara Taekwondo langsung tidak risau... kekuatannya tentu mampu mengalahkan peragut yang datang menyerang. Sekali tumbuk, pasti melayang! Pada masa yang sama... kumpulan pelajar paling popular iaitu The Wannababes mula ketakutan. Bagaimana sekiranya diri menjadi mangsa? Bimbang beg berjenama mahal akan dicuri oleh perompak durjana! Takutnya jika diragut dan diheret motosikal, nanti kulit mulus laksana model boleh dirobek-robek terkena jalan tar! Paling sadis, rambut yang cantik berseri akan ditarik oleh peragut yang tidak kenal erti simpati. Memang ngeri, ia sesuatu yang mesti dihalang dari awal lagi! Maka The Wannababes membuat keputusan, memerlukan seorang pengawal peribadi. Pengawal itu mestilah mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri! Boleh menjaga keselamatan, boleh sentiasa ada di sisi bagi memenuhi setiap permintaan. Paling penting, populariti The Wannababes tentu meningkat kerana kini setaraf bintang-bintang Hollywood yang mampu mengupah bodyguard. Adakah The Wannababes bakal menemui super bodyguard yang dikehendaki? Bacalah novel ini, tetapi hati-hati jangan sampai novel ini diragut pencuri!

Avg Rating
4.17
Number of Ratings
30
5 STARS
53%
4 STARS
20%
3 STARS
17%
2 STARS
10%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Ain Maisarah
Ain Maisarah
Author · 53 books
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved