Margins
Alang Rebus Tak Empuk book cover
Alang Rebus Tak Empuk
2012
First Published
3.84
Average Rating
481
Number of Pages

Sepatutnya, sejak awal lagi aku sedar diri. Ziyad memang tak akan jatuh cinta pada perempuan 'sederhana' seperti aku ni. Hanya aku yang terlebih perasan, berangan-angan sampai tak ingat dunia. Sepatutnya aku bilang dulu jerawat yang aku ada. Kemudian bahagikan dengan jumlah parut yang dah rupa macam apam bintik polka (polka dot) ni. Lepas tu darabkan pula dengan kulit aku yang tak ubah macam kulit manggis terlebih masak. Dah dapat jawapannya itu, barulah aku buat perbandingan dengan kriteria yang Ziyad nak. Sesuai ke tidak? Sepatutnya, aku semak dulu terma dan erti sebenar perkataan 'kawan' dan 'kekasih' itu dalam Kamus Dewan (Edisi Empat) terbitan DBP. Barulah aku tak tersalah tafsir maksudnya. Degil. Degil. Degil. Baik, Shifa. Marilah kita berfikir secara positif. Ini bukan pengakhiran sebuah kehidupan. Kalau tak ada Ziyad, mungkin ada orang lain yang lebih sesuai yang Allah janjikan untuk kau. Dengar baik-baik Shifa. Dengar. Lupakan Ziyad. lupakan Ziyad. Lupakan. Mulai sekarang, dalam hidup seorang Nurul Shifa tidak akan ada lagi lelaki bernama Mohd Ziyad Hafni yang bertahkta. Titik. Tetapi, mampukah perkataan pada kertas itu diterjemahkan dalam hati secara mudah, Shifa? Manalah tahu, kalau-kalau Ziyad tidak bermaksud begitu, Shifa?

Avg Rating
3.84
Number of Ratings
106
5 STARS
25%
4 STARS
45%
3 STARS
21%
2 STARS
5%
1 STARS
4%
goodreads

Author

Aimi Shabana
Aimi Shabana
Author · 3 books

AIMI SHABANA dilahirkan pada 29 Julai di sebuah perkampungan kecil di bahagian utara Negeri Perak. AIMI SHABANA orangnya pemalu. Lidahnya tidak sepetah orang lain dan pada yang baru mengenalinya, dia mungkin akan dianggap sebagai seorang yang pendiam. Maka, AIMI SHABANA menggunakan medium lain untuk berkata-kata bagi menterjemahkan isi hatinya yang terpendam. Dia menjadi penulis dan dia mahu berkongsi cerita dengan sesiapa sahaja yang sudi untuk membaca kisahnya.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved