

Books in series

#1
Amer Si Eksorsis
Nenek Tua & Serigala
2024
Amer selalu dibuli di sekolah. Melihatkan Amer sering ketakutan hendak pergi ke sekolah, ibu bapanya nekad menghantar Amer pulang ke kampung di Terengganu. Amer gembira dapat bersekolah bersama sepupunya, Haikal, dan sama-sama mereka dipilih menjadi pemain utama pasukan bola sepak sekolah.
Satu hari, Amer terlihat seorang nenek tua di hutan di hujung padang bola. Selepas itu Amer mula diganggu igauan yang menyeramkan, sehinggakan kadangkala dia keliru antara khayalan dan realiti. Dia melihat sekolah baharunya ditimpa bencana dan ia mula menjadi kenyataan setelah seorang rakan sepasukannya rebah di padang dan meninggal dunia.
Siapakah sebenarnya nenek tua itu? Apakah mungkin ada rahsia yang terlindung di dalam hutan di belakang sekolah itu? Dan kenapakah Amer yang dipilih untuk menyelesaikan masalah mistik sekolah baharunya itu?

#2
Amer Si Eksorsis
Amukan Jin Hutan
2025
Pergolakan tercetus dalam pasukan bola sepak Amer apabila pihak sekolah telah bertindak melantik jurulatih baharu – seorang guru dari sekolah lain. Beberapa isu timbul apabila jurulatih itu bertindak memasukkan anaknya sendiri ke dalam pasukan dan menggugurkan pelajar lain. Tindakan ini telah menimbulkan pertelingkahan dan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli pasukan.
Demi memulihkan kembali semangat berpasukan yang telah retak, pasukan bola sepak Sekolah Menengah Sentol Patah telah dihantar ke kem latihan di Hutan Lipur Sekayu, Kuala Berang, Terengganu. Bagaimanapun, tragedi tiba-tiba terjadi. Mereka telah disapa penunggu kawasan itu.
Amer merasakan ada sesuatu yang tidak kena, sepertinya bencana yang menimpa pasukan bola sepak sekolahnya itu berkait rapat dengan seseorang dari dalam pasukannya sendiri. Angkara siapakah yang menjadi penyebab kekalutan itu berlaku? Mampukah Amer menyelamatkan rakan-rakannya daripada amukan jin hutan?
Author
Saidee Nor Azam
Author · 9 books
Nama pena lain: D. Rafael