Margins
Aminah book cover
Aminah
Bonda Rasulullah
2022
First Published
5.00
Average Rating
274
Number of Pages

Aminah binti Wahab merupakan wanita Quraisy terbaik dari segi keturunan dan kedudukannya pada waktu tersebut. Bapa beliau bernama Wahab bin Abdul Manaf. Manakala ibu beliau bernama Barah binti Abdul Uza. Aminah dilahirkan di Mekah, berketurunan Bani Zuhrah, salah satu suku dalam kaum Arab Quraisy, iaitu keturunan daripada Nabi Ibrahim a.s. melalui anak Baginda Nabi Ismail a.s. Aminah berkahwin dengan Abdullah bin Abdul Muttalib ketika berusia 17 tahun. Sesungguhnya Aminah binti Wahab bukan wanita biasa. Dari rahim "Si Bunga Quraisy" ini, Nabi Muhammad SAW dilahirkan. Menjelang kematiannya, Aminah berkata: "Setiap yang hidup pasti mati, dan setiap yang baru pasti usang. Setiap orang yang tua akan binasa. Aku pun akan wafat tetapi sebutanku akan kekal. Aku telah meninggalkan kebaikan dan melahirkan seorang bayi yang suci." Ini kisah Aminah binti Wahab. Semoga Allah memberkati wanita unggul ini.

Avg Rating
5.00
Number of Ratings
3
5 STARS
100%
4 STARS
0%
3 STARS
0%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Abdul Latip Talib
Abdul Latip Talib
Author · 48 books

Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved