Margins
Amirul Budak Sudan book cover
Amirul Budak Sudan
2017
First Published
3.96
Average Rating
340
Number of Pages

Harapan tinggi mama dan ayah mahu si anak menjadi Syeikh bahasa Arab. Dalam erti kata mudah, ‘pakar bahasa Arab’. Maka, pada usia sangat muda (belasan tahun), berkelanalah si anak nun jauh ke benua Afrika untuk menyambung pelajaran. Tepatnya, negara Sudan yang bahasa Arabnya merupakan bahasa Arab tinggi. Sekolah yang menjadi pilihan bukan sekolah biasa-biasa. Ia sekolah luar biasa. Mengapa luar biasa? Sebabnya jika diberi pilihan, orang biasa takkan memilih sekolah luar biasa seperti itu. Apatah lagi anak Malaysia! Yalah, siapalah mahu bersekolah di sekolah yang serba-serbi kekurangan. Bilik darjah suram berdebu. Dinding bersepih. Surau berlantaikan tanah keras. Daif! Amirul Budak Sudan merupakan sebuah perjalanan remaja yang bercekal hati, ditinggalkan oleh orang tuanya di Sudan untuk meneruskan pelajaran peringkat menengah. Daripada seorang yang berbadan agak gempal, bertukar menjadi remaja kurus lampai. Alahai! Bagaimanalah anak paling manja dalam keluarga dan masih keanak-anakan meneruskan hidupnya di negara terpencil jauh dari keluarga? Tiga tahun menjadi anak dagang, menjadikannya sebuah perjalanan hidup yang mahal yang perlu dibayar. Impian mama dan ayah, cuba ditunaikan, namun akhirnya terluah segala yang terpendam. Impian sebenarnya jauh menyimpang daripada apa yang diharapkan oleh mama dan ayah. Rupa-rupanya si anak sudah lama memendam rasa. Ada impian dan cita-cita sendiri yang mahu digapai. Si anak tidak mahu menjadi syeikh bahasa Arab, tetapi mahu menjadi chef. Lalu mama dan ayah terpempan! Amirul Budak Sudan – Penuh dengan ibrah dan teladan. Sebuah kisah keibubapaan ... jangan pandang rendah pada kemampuan anak walaupun pada zahirnya tidak kelihatan akademiknya cemerlang. Usah memaksa anak mengikut acuan ibu bapa. Perhatikan kelebihan anak dan arah mana kecenderungan minatnya, kemudian pimpinlah dia sehingga berjaya! Amirul Budak Sudan – sebuah kisah merentas sempadan negara dan budaya, pasti mencuit naluri rasa mereka yang bergelar ibu bapa!

Avg Rating
3.96
Number of Ratings
27
5 STARS
26%
4 STARS
44%
3 STARS
30%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Raudzah ''Roza'' Roslan
Raudzah ''Roza'' Roslan
Author · 12 books

Roza Roslan atau nama sebenar beliau Raudzah Roslan adalah mantan pensyarah di Universiti Teknologi MARA. Beliau kini bertugas di Universiti Taibah, Madinah. Beliau dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Jementah, Segamat, Johor. Beliau berkelulusan Diploma Perbankan UiTM Terengganu, BBA (Hons) Pengurusan Sumber Manusia UiTM Shah Alam dan seterusnya M.A Pentadbiran Bisnes di universiti yang sama. Beliau juga adalah isteri kepada penulis bestseller Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim yang menulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Kisah beliau banyak termuat di dalam karya suaminya yang banyak menceritakan pengorbanan dan sokongan beliau dalam menjalani hidup beragama.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved