
SAMBUNGAN NOVEL BESTSELLER TELAGA Pertemuan dengan Alamin yang memperkenalkan diri sebagai seorang jurnalis, membuka ruang untuk Zairi mengenang kembali kisah hidupnya di kampung. Termasuklah kisah ketika dia mula-mula bertemu dengan pujaan hatinya, Maisara, si gadis bandar yang berpindah ke kampung itu. Siapa sangka, di sebalik kecantikan Maisara, tersimpan rahsia yang akan mengganggu hidup mereka satu ketika nanti. Kehebatan Zairi dalam ilmu silat Cekak Hanafi turut mengakibatkan dia menjadi sasaran beberapa orang pengamal ilmu hitam. Kali ini, mampukah Zairi melindungi diri dan insan-insan tersayangnya daripada gangguan sihir dan makhluk halus?
Author

Khairi Mohd seorang penulis fantasy thriller yang pernah menulis untuk Buku Fixi dan Jemari Seni. Beliau peminat tegar Dan Brown selain Muse, Ed Sheeran dan Projector Band. Khairi Mohd, terkini, aktif dalam proses menerbitkan sendiri buku beliau di bawah syarikat AntiGraviti Publishing. Cerita beliau boleh diikuti di khairi-mohd.blogspot.com, just a santai reading after you put down your book. Antara buku yang ditulis Khairi Mohd: - Bintang-bintang ke syurga (2009) terbitan Jemari Seni - Yuda di padang maya (2010) terbitan Jemari Seni - Adamaryam (2011) terbitan Jemari Seni - semua karya di atas menggunakan pseudonym Xarine. - Kasyaf (2013) terbitan Buku Fixi