Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Anarkis
Anarkis
Series · 2 books · 2010-2017
By
Khairul Nizam Khairani
Books in series
#1
Anarkis
2010
Sarjan Awai Anak Gamung, seorang penembak hendap Gerup Gerak Khas membiarkan dirinya dipenjarakan selama lima tahun di wilayah Balkan. Baginya, tiada pengampunan atas dosa yang dilakukannya di wilayah bergolak itu. Sehinggalah pihak Angkatan Tentera Malaysia menjumpainya dan membawanya pulang. Di Malaysia, dia sedari yang dia tidak punya apa-apa. Anak dan isteri telah meninggalkannya. Dan, bagai bayang-bayang hitam, dosa lalu tidak pernah meninggalkannya. Dia dikaitkan dengan kematian diplomat Britain, Sir Anthony Morse dan peguam belanya sendiri, Jagjit Kaur. Keadaan mula menekan, dan dia terpaksa melarikan diri. Kota raya Kuala Lumpur berubah menjadi medan pertempuran apabila sekumpulan tentera upahan misteri mula menjalankan operasi memburunya. Misi mereka: Sarjan Awai mesti mati! Apabila nyawa keluarganya terancam, dia berhenti berlari. Daripada seorang yang diburu, dia menjadi pemburu. Kemusnahan mengikut setiap langkahnya. Tiada undang-undang dapat menghalangnya. Dia menjadi... ANARKIS!
#2
Anarkis
2017
Sarjan Awai Anak Gamung yang dituduh membunuh peguamnya kini terasak apabila diburu oleh pihak berkuasa dan juga tentera upahan yang motifnya masih misteri. Hasratnya mahu melarikan diri pulang ke Sarawak terhalang apabila mengetahui anaknya, Desmond telah diculik kumpulan tentera upahan yang memburunya. Menyedari nyawa Desmond menjadi taruhan, Awai enggan lagi melarikan diri. Dia memilih untuk berjuang bukan sahaja demi maruahnya, namun juga demi nyawa anaknya. Darah pahlawan Iban yang mengalir di dalam tubuhnya tidak akan tumpah tanpa ada nyawa yang jadi galang gantinya. Dia sedar kini adalah masa untuk si ANARKIS BANGKIT!
Author
Khairul Nizam Khairani
Author · 36 books