Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (415) 851-1676
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Anekdot DAIM
Anekdot DAIM
Series · 4 books · 2016-2017
By
Khairy Tajudin
,
Syauqie M.K.
,
Harith Hakeem
, and more
Books in series
#1
Imam Tulang Rusuk
2016
Himpunan kisah lucu dan ringkas mengenai seorang pemuda sengal, nakal dan licik bernama Daim, yang mencari bakal isteri. Daim, bukan coklay. Bukan juga ahli korporat. Daim cuma pemuda biasa. Dia sengal. Dia nakal. Tapi, dia banyak akal. Daim bukan buaya, tapi dia pencinta wanita. Ini Daim punya cerita. Setiap babak mengundang tawa.
#2
Tunggu Saya Pulang
2017
Awak, ini adalah mesej terakhir saya sebelum saya matikan henpon ini. Sekarang, saya ada dalam flight menuju ke India. Awak tau tak, inilah kali pertama saya jejak kaki naik flight. Excited gila. Tapi, saya masih mampu mengawal rasa excited tu. Kalau tak, memang saya melompat-lompat dalam flight ni. Pramugari dalam flight ni sangat menguji keimanan saya. Awak jangan jeles pulak. Tak, saya tak pandang mereka pun. Sipi-sipi gitu je saya pandang. Amersab cakap, kalau tengok kali pertama tidak mengapa. Yang kedua tu tak boleh. Jadi, untuk kali pertama pandang, saya pandang lama-lama. Takpe kan? Kat sebelah saya ni, Abang Zali. Dia sekarang pun tengah menaip mesej kat henpon dia. Hantar kat wife dia kot. Saya berazam untuk tidak membuka henpon ini sehinggalah saya balik ke Malaysia. Jadi, pesanan saya kat awak cuma satu. Jangan rindukan saya. Kalau awak rindu jugak, awak baca kitab taklim yang saya hadiahkan tu. Awak zikir banyak-banyak guna biji tasbih yang saya bagi tu. Sebelum terlupa, terima kasih banyak-banyak sebab hadiahkan saya sepasang kurta biru. Saya tengah pakai ni. Rasa kacak la pulak. Patutlah pramugari ni asyik ushar saya je. Awak tunggu saya balik tau. Jaga diri baik-baik. Doakan keselamatan saya. \-DAIM-
#3
Geng Budak Sengal
2017
"Aku bukan buaya. Aku pencinta wanita." (Daim) "Aku sering dicemburui kerana terlalu kacak." (Harith) "Cintamu mengajar aku menjadi ganas." (Manap) "BIarlah takda orang pompuan suka kat aku pun. Aku pun bukan suka sangat kat diorang." (Paan) \-Geng Budak Sengal
#4
Awak Memang Nakal
2017
Sejak kecil, Daim memang nakal. Masuk sekolah, bertambah-tambah nakalnya. Keluar sekolah pun begitu juga. Tapi, nakal-nakal Daim, Daim tahu hormat orang tua. Daim tahu beri signal jika mahu membelok di jalan raya. Daim tahu flush tandas selepas menunaikan hajat. Pendek kata, walaupun Daim nakal, Daim masih ada kesedaran sivik. Daim juga ada hati. Daim bukan tunggul kayu. Daim sama seperti lelaki lain yang mahu ada wanita di sisi. Ini Daim punya cerita. Budak nakal jadi suami.
Authors
Khairy Tajudin
Author · 12 books
Syauqie M.K.
Author · 4 books
Harith Hakeem
Author · 9 books
Rafnah Ismail
Author · 1 book