
Sejak kecil, Daim memang nakal. Masuk sekolah, bertambah-tambah nakalnya. Keluar sekolah pun begitu juga. Tapi, nakal-nakal Daim, Daim tahu hormat orang tua. Daim tahu beri signal jika mahu membelok di jalan raya. Daim tahu flush tandas selepas menunaikan hajat. Pendek kata, walaupun Daim nakal, Daim masih ada kesedaran sivik. Daim juga ada hati. Daim bukan tunggul kayu. Daim sama seperti lelaki lain yang mahu ada wanita di sisi. Ini Daim punya cerita. Budak nakal jadi suami.