Margins
Antologi Cerpen book cover
Antologi Cerpen
Cinta Pertama
Nurazz Ahmad, Ika Madera, Rnysa, and more
2014
First Published
4.24
Average Rating
695
Number of Pages

Cinta pertama itu seumpama sebutir bintang suraya di langit. Kadang-kadang ia muncul dan kadang-kadang ia bersembunyi di sebalik awan. Berkata tentang cinta pertama, hati terasa manis jadinya pabila kasih tersimpul bawa bahagia. Namun benarkah cinta pertama itu, kisahnya pasti menempah jaya? Ramai pula yang bertanya, Cinta pertama itu indahnya seperti apa? Cinta pertama itu untuk siapa? Cinta pertama itu kekalnya sehingga bila? Begini jawabnya, Sungguhkah tuan membeli jerami? Kalau sungguh mana diannya? Sungguhkah tuan cintakan kami? Kalau sungguh mana tandanya? Antologi Cerpen Adiwarna ini menghimpunkan kisah cinta dari 44 orang penulis. Cerita yang manis dan penulisan jujur ini terpancar baik daripada mereka yang pertama kali menulis mahupun mereka yang sudah sedia ada nama. Ceritanya tentulah pelbagai, tetapi yang menyatukan mereka dalam naskah ini ialah sebuah cerita untuk dikenang. Jadi usah peduli bagaimana mulanya cinta pertama itu, yang penting bagaimana ia dinoktahkan. Aduhai, dengarlah mereka berbicara tentang kisahnya. Dan benarkah cinta pertama itu hadir sekali seumur hidup, atau ia datang berkali-kali sepanjang hayat? Carilah jawapannya dalam naskah ini ya..

Avg Rating
4.24
Number of Ratings
95
5 STARS
47%
4 STARS
36%
3 STARS
13%
2 STARS
2%
1 STARS
2%
goodreads

Authors

Kamalia
Kamalia
Author · 3 books

Mula menulis sejak kecil lagi dengan menulis diari dan masih lagi menulis diari sehingga sekarang. Sekitar 2008, mula menulis untuk umum pula apabila aktif menulis cerpen. Kemudian, pada 2010 buku pertamanya terbit di bawah rumah penerbitan JS Adiwarna Publications & Distributors. Buku pertamanya adalah buku kanak-kanak yang berjudul Si Cantik Cempaka. Kemudian, terbit pula novel umum pertama, Gerabak Merah Jambu. Novel umum terbaharunya yang terbit pada 2013 berjudul Dia Bukan Shah Rukh Khan. Cita-cita utama dalam penulisan sekarang adalah mahu menulis sebuah kesah psychological-thriller atau kesah cinta bersulam elemen psikologi. Penulis kegemaran, tak ada yang spesifik tapi kalau berdasarkan daripada penulis yang banyak dibaca bukunya: Haruki Murakami, Faisal Tehrani, Andrea Hirata, Azizi Haji Abdullah, Isa Kamari, dll yang tak ingat. Jadi, kesimpulannya, bukanlah tentang penulis sangat tapi isi cerita yang dipersembahkan. Antara karya yang sudah terbit: 1. Si Cantik Cempaka (2010) 2. Gerabak Merah Jambu (2012) 3. Bukan Suatu Kebetulan (Antologi Cerpen 'Kisah Cinta Seribu Wajah') 4. Dia Bukan Shah Rukh Khan (2013) 5. Konspirasi (Antologi Cerpen 'Kerana Dia, Ratu Sehari') 6. Demimu Suri, Aku Sanggup Mati (Antologi Cerpen 'Cinta Pertama)

Noor Suraya
Noor Suraya
Author · 18 books

Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini. Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi. ~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~

Aimi Shabana
Aimi Shabana
Author · 3 books

AIMI SHABANA dilahirkan pada 29 Julai di sebuah perkampungan kecil di bahagian utara Negeri Perak. AIMI SHABANA orangnya pemalu. Lidahnya tidak sepetah orang lain dan pada yang baru mengenalinya, dia mungkin akan dianggap sebagai seorang yang pendiam. Maka, AIMI SHABANA menggunakan medium lain untuk berkata-kata bagi menterjemahkan isi hatinya yang terpendam. Dia menjadi penulis dan dia mahu berkongsi cerita dengan sesiapa sahaja yang sudi untuk membaca kisahnya.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved