Margins
Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu Berteraskan Islam book cover
Asas Falsafah dan Pemikiran Melayu Berteraskan Islam
2010
First Published
130
Number of Pages

Buku ini sekadar pembicaraan umum dan ringkas tentang asas-asas faedah dan pemikiran Melayu yang berteraskan Islam. Kandungannya merupakan peluasan dan pengolahan semula bahan kuliah penulis untuk kursus wajib di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, iaitu Falsafah dan Logika Melayu. Sebahagian besar bahan, terutama yang berkaitan dengan falsafah, didasarkan bab-bab awal tesis doktor falsafah penulis tahun 1997. Bab tentang logika sebahagiannya berdasarkan mimeograf Hashim Musa (2004) yang berjudul "Logika", iaitu salah satu bahan asas kursus Falsafah dan Logika Melayu yang pada waktu itu dikendalikan oleh beliau, di samping buku Pemikiran Kritis oleh Lok Chong Hoe (1984). Pada asasnya, buku ini mengupas aspek konsep asas falsafah dan logika serta memperlihatkan penerapan falsafah dan logika dalam beberapa ranah kehidupan dalam tamadun Melayu. Penerapan itu dengan jelas dapat dibaca dalam bab yang membicarakan aspek falsafah pendidikan dan implikasinya dalam sistem pendidikan di negara ini. Selain itu, diusahakan juga, dengan cara yang ringkas dan terbatas, gambaran falsafah dan logika Melayu dalam beberapa contoh karya persuratan Melayu, yang berbentuk prosa dan juga yang berbentuk puisi.

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved