
Part of Series
Selepas jauh merantau membawa syiar Islam melalui bola tampar di seluruh dunia, dia pulang. Bernaung di bawah Syarikat Muslim'Sport, Saiful mengambil teraju melatih pasukan baharu untuk menyertai Volleyball National Royal Championship (VNRC). Mantan pemain MATRI dan anak didiknya di Amerika Syarikat disatukan dalam Avant Garde. Matlamat mereka: Menjuarai VNRC sekali gus mencipta gelombang baharu dalam arena sukan negara. Mampukan Avant Garde menjinakkan Rurouni yang bertaring? Adakah syiar Islam mampu berkembang mekar di persada sukan tanah air? Sirnakah cahaya ditawan kegelapan yang beraja? Perjuangan mengembalikan kegemilangan yang sudah lama hilang ini masih belum bernoktah.
Author

MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin. Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita. Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya. Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.