Margins
Awak, Janji Tau? book cover
Awak, Janji Tau?
2021
First Published
4.27
Average Rating
300
Number of Pages

Andai cinta ini bersatu, sayangi aku setulus hatimu. Jasmin menyilang tangan. Naluri seorang penulis mula menghantui diri. Berselang-seli dia mengatur pandangan. Lain macam aura mereka bertiga. Spontan, darahnya berderau. Eh, kenapa scene ni macam dalam novel baru aku?! Dia tak pernah tahu, dia ada bakat jadi nujum rupanya. Fuh! Apa yang ditulis di dalam novel terbaharunya, sebijik terjadi depan mata! “Yang mana kau nampak macam ada gaya jadi hero novel aku akan datang? Imran Hariz? Aku rasa, aku pilih Zariq Ikhwan, mamat yang baru sampai tu. Sweet!” Oh, come on! Tu ex-boyfriend aku! Dalam diam hati Naura menjerit. Naura Qiesya resah. Percutian yang disangka bakal indah di bumi Korea, menjadi tragis gara-gara kehadiran mereka berdua. Lebih menambah keributan bila masing-masing menyuarakan cinta yang tersemat di jiwa. “Laluan kita lalu tadi tu, namanya ‘the maple lane of true love’.” – Imran Hariz. “Because I know, I still love you. Give us second chance, Naura.” – Zariq Ikhwan. Tidak! Naura tidak mahu jiwanya terus diseksa. Justeru, dia pulang dengan hati yang lara. Moga-moga kedua lelaki itu lenyap dalam ingatannya! Namun, siapalah dia untuk menolak takdir pertemuan mereka sekali lagi di bumi Malaysia? Tanpa sedar, cintanya kian memekar terhadap si dia. Haih, bila dah suka, ada pula pesaing seangkatan dengannya! Ah, siapa suruh reject mamat tu awal-awal? Naura seperti mahu mencekik lehernya sendiri. “Saya tak nak awak jadi kawan. Saya nak awak jadi boyfriend saya, setuju?!” – Naura Qiesya. “Kalau awak terima saya sebagai suami, baru saya setuju!”

Avg Rating
4.27
Number of Ratings
26
5 STARS
54%
4 STARS
31%
3 STARS
8%
2 STARS
4%
1 STARS
4%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved