Margins
Bahasa Hati Kita book cover
Bahasa Hati Kita
2014
First Published
4.30
Average Rating
643
Number of Pages

Satu ketentuan bila Qalam Azad a.k.a Que yang sinis dipertemukan dengan Dian Jehanna Puteri a.k.a Jed yang bengis. Bukan sekali dua, malah berkali-kali. Biar dielak, biar ditolak, tetap juga terjadi. "Kalau kau rasa aku nak layan kau macam puteri kat sini, silaplah. Boleh cari orang lain." - Que "Aku tak susahkah orang lain. Aku susahkan diri sendiri. Kau apa kisah?" - Jed Jed yang tersasar. Jed yang memberontak kerana marahkan orang tua. Hadirnya seorang Que dalam dunia kelamnya, membuka mata hati, menampakkan sinar cahaya. Dia harus berubah menjadi seorang bidadari besi untuk melayakkan diri berdiri sebagai iseri di sisi lelaki sehebat Que. Tapi...rasa seperti dia tidak mampu. "Kau memang benci aku, kan?" tanya Jed pada Que. "Aku tak cakap aku benci..." "Tapi kau tak suka aku," cantas Jed. "Pun aku tak cakap aku tak suka..." Que renung Jed dua saat. "Kalau kau tak suka, aku tak luang masa dengan kau, aku tak dukung kau, bawak kau pergi hospital, siap tunggu lagi. Tak jadi orang bodoh kejar kau sampai ke Sungai Tua sana, bawak kau makan, bungkuskan nasi, nasihatkan kau..." Hati mereka mula berbicara. Bahasa sunyi itu hanya mereka saja yang mengerti. Bagi Que tugasnya mendidik Jed menjadi seorang puteri akan berakhir bila wanita itu sah menjadi isteri. Tapi... ianya tidak semudah yang diinginkan. "Jauh lagi aku kena berjalan untuk sampai tahap tu..." - Jed "Aku boleh temankan hingga sampai ke destinasi..." - Que Mampukah seorang Qalam Azad membentuk Dian Jehanna Puteri menjadi srikandi besi yang sentiasa teguh berdiri di sisi suami? Bahasa hati mereka ada jawapannya.

Avg Rating
4.30
Number of Ratings
256
5 STARS
51%
4 STARS
32%
3 STARS
14%
2 STARS
2%
1 STARS
1%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved