Margins
Belati Cinta Zulaikha book cover
Belati Cinta Zulaikha
2004
First Published
3.75
Average Rating
274
Number of Pages

Belati Cinta Zulaikha menghimpunkan karya-karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003, iaitu : 10 buah cerpen, 10 buah puisi, 2 buah rencana satera, dan sebuah kajian sastera. Karya-karya tersebut merupakan hasil cipta rata-rata pengarang generasi baru, di samping pengarang kawakan tanah air Isu yang diangkat pelbagai-daripada isu kekeluargaan kepada persepsi baru dan segar, membawa kepada dunia korporat, alam seni, etika persahabatan, pergolakan sosial, nilai luhur, pegangan tauhid, pembangunan manusiawi, dan seterusnya menerjah isu global yang mencecah pergolakan politik dan peperangan dunia. Karya-karya tersebut mencerminkan pandangan pengarang yang kritis dan semakin licik menangani rencamnya isu yang bergolak dalam wilayah tempatan, juga merentasi wilayah antarabangsa. Puisi "Belati Cinta Zulaikha" yang menjuduli antologi ini menghalusi betapa pesona mata ialah jendala kepada keruntuhan insani yang terkunci hanya oleh iman kepada Yang Maha Kuasa.

Avg Rating
3.75
Number of Ratings
4
5 STARS
25%
4 STARS
50%
3 STARS
0%
2 STARS
25%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Uthaya Sankar SB
Uthaya Sankar SB
Author · 3 books

Uthaya Sankar SB is a Malaysian writer who writes in Bahasa Malaysia. He grew up in a village (Aulong Lama in Taiping, Perak). This trilingual writer shifted to Klang, Selangor in 1991 before settling in Shah Alam, Selangor in 2000. He studied in SRK Convent Aulong, SM Darul Ridwan, SM King Edward VII, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM) and Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Uthaya lectured Bahasa Malaysia, Moral Education and Malaysian Studies in various colleges from 1999 to 2008, including in International College of Music (ICOM), HELP Institute, Limkokwing Institute of Creative Technology(LICT), The One Academy, Yamaha Academy of Arts & Music, Prime College USJ, MSC International College, Summit International College, SEGi College Subang Jaya, SIT International College and Optima College. Between 1996 and 2009, he was also attached to Radio Televisyen Malaysia (RTM) as Bahasa Malaysia news editor, newscaster, newspaper reviewer and coordinator of the RTM Disaster Unit. He was also appointed news content editor at Bernama Radio24 in 2008. In February 2010, Uthaya joined Kumpulan Media Karangkraf in Shah Alam, Selangor before becoming a freelancer in March 2011 and founded Uthaya's Media, Motivation and Publication Consultancy. He has won many awards, namely Hadiah Sastera Siswa-Bank Rakyat (1992), Hadiah Cerpen Maybank-DBP (1992, 1993 & 1996), Hadiah Sastera Utusan-Public Bank (1993), Hadiah Cerpen Esso-Gapena (1996), Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97 & 1998/99) and Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (2003). His short story compilations are Orang Dimensi (DBP: 1994), Siru Kambam (DBP: 1996 & 1997), Yang Aneh-aneh (Sasbadi: 1997), Surat dari Madras (DBP: 1999), Nayagi (JPMUM: 2000), Sasterawan Pulau Cinta (USSB: 2001), Rudra Avatara (USSB: 2008) and Kathakali (USSB: 2009). Uthaya edited Vanakam (USSB: 2002), an anthology of Bahasa Malaysia short stories by Malaysian Indian writers. He has also written two novels: Hanuman: Potret Diri (DBP: 1996) and Panchayat (USSB: 2002). His children stories are compiled in Koleksi Cerita Ikan (Maselga: 1997), Cerita Rakyat Asia Co-mel (Percetakan Nasional: 1997), Nari! Nari! (DBP: 1995 & 2000) and Munis dengan Harimau (Fajar Bakti: 1996). Uthaya is the founder president of Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan Writers’ Group) since August 1999. Kavyan set a record in The Malaysia Book of Records in 2003 through Baca Cerpen Kavyan, a non-stop Bahasa Malaysia short story recital for 96 hours and 32 minutes. Kavyan was also awarded Anugerah Budayawan Selangor in 2005. He blogs at www.uthayasb.blogspot.com on a regular basis; mostly in Bahasa Malaysia. -

Marsli N.O
Marsli N.O
Author · 4 books

Nama pena bagi Ramli Selamat. Dilahirkan di Bukit Pahang, Kerteh, Terengganu pada 7 Oktober 1957 dengan galur keturunan di sebelah ayah sebagai orang Jawa dan di sebelah ibu pula negeri Terengganu, sehingga ini sering kali membuatkan beliau dianggap sebagai “anak orang luar”. Minat menulisnya tumbuh lantaran pengaruh bahan bacaan awalnya seperti majalah Dian serta novel-novel seperti “Pertentangan” karya S. Othman Kelantan, “Athies” karya Achdiat Karta Mihardja dan “Ranjau Sepanjang Jalan” Shahnon Ahmad. Ketika panas suasana perang di Vietnam dan di tanah Amerika berkobar bantahan mengenainya, lahirlah sebuah sajak awal beliau dengan judul “Anak Sisa Perang Vietnam” pada tahun 1970. Ketika itu beliau sedang di tingkatan satu sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu. Tetapi secara sungguh-sungguhnya beliau melibatkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1975 dan mulai Mei 1979 baru karyanya berupa sebuah sajak berjudul “Harapan” disiarkan di majalah Dewan Sastera. Karya-karyanya berupa cerpen, novel, puisi, naskhah drama pentas, resensi buku dan rencana tersiar di pelbagai akhbar dan majalah. Tahun 1985 puisinya "Di Hadapan Buku-Buku" antara yang meraih sagu hati Hadiah Sastera Utusan Public-Bank, tahun 1989 puisinya "Negeri Ini, Anak" antara yang memenangi Hadiah Puisi Kebangsaan Esso-Gapena. Pada tahun 1993 cerpennya "Belon" antara yang meraih Hadiah Cerpen Maybank-DBP dan tahun 1994 cerpennya "Pembela" turut meraih anugerah yang sama. Sementara puisinya "Begitu Kata Malam" antara yang meraih Hadiah Sastera Perdana 1996/1997 dan cerpennya “Menanti Buraq” pula antara yang meraih Hadiah Sastera Perdana 200/2001. Pada tahun 2003, cerpen beliau “Menternak Hantu” telah meraih Hadiah Utama (Kategori Cerpen) Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – ExxonMobil 2003. Tahun 2010, cerpen beliau “Ketuanan, Maaf dan Seekor Binatang” antara yang meraih hadiah penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009. Sejak 1981 terlibat juga dengan teater selaku penulis naskhah, jurulatih, sutradara dan aktif membacakan naskhah. Di samping tampil dalam sejumlah pementasan, antaranya ialah pada 26 - 28 Ogos 2000 dalam pementasan "Gelanggang Tok Wali" karya Ismail Kassan arahan Shukor Yon, penglibatan ini turut memberikan kesan dalam cara dan gayanya ketika di pentas dan sikapnya dalam mengarang. Di samping itu, pada Pekan Teater Pahang 2000, bersama Bengkel Teater Kuantan pimpinannya dan dengan naskhah “Fragmen Tolong” karya dan arahannya, telah meraih juara Pekan Teater Pahang 2000 dan ketika mewakili negeri Pahang ke peringkat zon Timur di Johor Bharu pada tahun yang sama telah berjaya meraih naib juara. Sebagai deklamator beliau telah diundang dalam banyak acara. Pada 9 April 1988 di Baca Puisi Minggu Sastera DBP, 29 Oktober 1988 di Malam Puisi Riong III, Pembaca Sajak Terjemahan PPDKL 1988 (24 - 27 1988), 7 Mac 1989 di Puisi DBKL 1989, 15 Disember 1991 di acara Temu Puisi (Matic, KL), pada 13 Februari 1992 bersama beberapa teman dari Bengkel Teater Kuantan pimpinannya membacakan cerpen karya beberapa pengarang mapan tanah air di Sudut Penulis DBP, pada 25 Oktober 1993 menjadi hos Baca Puisi DBKL, 24 November 1993 di baca puisi Majlis Pelancaran Perisa (DBP), 29 Julai 1995 di acara Puisi Sepetang anjuran Kelab Sastera DBP, pada 9 September 1998 di acara Deklamasi Puisi Komanwel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Hotel Istana, Kuala Lumpur; pada 24 September 1999 di acara Baca Puisi Bersama-sama Kedutaan Asing sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara 1999 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Kelab Darul Ehsan, Ampang Jaya, Selangor; pada 29 Ogos 2000 beliau merupakan salah seorang penyair yang tampil membacakan puisinya bersama Perdana Menteri pada malam Baca Puisi Patriotik anjuran Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Putra Jaya; bersempena Festival Puisi Malaysia anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, pada 15 November 2000 beliau mementaskan dekon “Dari Pungguk ke Katarsis bersama warga Bengkel Teater Kuantan

Sri Rahayu Mohd Yusop
Sri Rahayu Mohd Yusop
Author · 18 books

Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor Tarikh lahir: 18 Jun 1976 Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988). Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993). Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999) Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020). Hasil kerja yang telah diterbitkan: 1. 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications & Distributors, 2001)) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja. 2. 'Merdekakan Cinta Ratna' (Utusan Publications & Distributors, 2003) - memenangi tempat ketiga kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002. 3. 'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. 4. 'Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007. 5. 'Kasih Nan Agung' (Utusan Publications & DIstributors, 2009) - memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. 6. 'Impuls/Roh' (Utusan Publications & Distributors, 2010) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009. 7. 'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah menengah di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka. 8.'Rimba Jiwa' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi tempat ketiga Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011. 9. 'Equilibria' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi Sayembara Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Kedua pada tahun 2012, Anugerah Buku Negara bagi kategori Fiksyen Sains & Teknologi pada tahun 2013. 10. 'Qalam Kalbu' (ITBM, 2013) - memenangi Sayembara Penulisan Novel-Cerpen-Puisi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - Berita Harian - PENA Musim Pertama pada tahun 2014, Kategori Karya Umum (Buku) dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013. 11. 'Transgenik Sifar' (Utusan Publications & Distributor, 2015) - memenangi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Ketiga pada tahun 2015. 12. 'Empunya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2016) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, Hadiah Sastera Perdana 2015/2016 bagi Kategori Novel Remaja. 13. 'Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius' (Penerbit X, 2017) - novel pertama beliau yang terbit di luar sayembara. 14. 'Farewell, Elsinore' (Legasi Oakheart, 2018) - novel Bahasa Inggeris pertama. 15. 'Selendang Merah Balukhali' (Utusan Publications & Distributors, 2019) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017. 16. 'ALGOJO' (Fixi, 2020) - memenangi hadiah utama Sayembara FIXI Musim Kedua. 17. 'Belati Cinta Zulaikha' (Utusan Publications & Distributors, 2004) - memenangi Hadiah Eceran Kategori Cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi cerpen 'Reeves, Cormack dan Semak'.

Amaruszati Noor Rahim
Amaruszati Noor Rahim
Author · 3 books

Novelis, cerpenis, penulis skrip drama dan penyair. Menghasilkan 10 buah novel: - Keranamu Aku Menangis - Sindiket Pengemis Cilik - Camar Terbang Senja - Siti Johanna - Bila Sena Kembali Berbunga - Bila Sena Kembali Berbunga 2 - Hidayah Si Gadis Cilik - Kasih Sedingin Salju - Dulu Satu Kini Dua - Episod Cinta Di Tanah Hijrah. Pernah memenangi Hadiah Cerpen Utusan Melayu 1992, Hadiah Cerpen Perpaduan 1995, Hadiah Puisi Esso Gapena 1995, Hadiah Cerpen Utusan 2004, 2005, 2007. Hadiah Sastera Perdana 2003. Hadiah sayembara menulis novel sempena 50 tahun merdeka. Menerima Anugerah Karyawan Pahang 2004. Menggondol beberapa kejayaan dalam dunia deklamasi Naib Johan Sayembara Deklamasi Puisi Negeri Terengganu tahun 97 dan 98. Johan Negeri Terengganu 1999. Naib Johan Negeri Pahang 2000, 2001. Johan Negeri Pahang 2002, 2003. Naib Johan sayembara deklamasi puisi bahasa 2002. Johan Peringkat Kebangsaan 2003. Tempat ketiga sayembara deklamasi puisi Exxon Mobil. Beberapa kali mewakili Malaysia sebagai deklamator ke Indonesia dan Thailand.

Abizai
Author · 4 books

Abizai atau Abizai Abi ialah nama pena bagi Zainal Abidin Hj. Suhaili. Beliau dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 19 Disember 1966 dan mendapat pendidikan di SMK Dato Permaisuri, Miri. Beliau juga pemegang Diploma Pengurusan Sukan dan Ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2000/2001 melalui kumpulan puisi, Membentuk Elok di Teluk Esok; Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 & 2007; HSPM 2008/2009 dan banyak lagi. Puisi beliau yang berjudul Kembali Gawai Rindu Terlerai menjadi kajian dalam Teks Kesusasteraan Melayu (Elektif) Tingaktan 4 mulai tahun 2010. Pegawai Bank Muamalat Malaysia Berhad, Miri ini juga bergiat aktif dalam Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) dan memegang jawatan Ketua 1 sejak tahun 2002.

Nazmi Yaakub
Nazmi Yaakub
Author · 3 books

A novelist, short story writer and Literature Editor at daily newspaper Berita Harian (BH). Novelis dan cerpenis, Nazmi Yaakub atau nama sebenarnya Mohd Nazmi Yaakub juga ialah Pengarang Berita (Rencana & Agama) di akhbar harian, Berita Harian (BH), selain pernah menjadi Pengarang Sastera BH. Berasal dari Kubang Kerian, Kota Bharu, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah (SR) Sultan Ismail I; Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian I; Sekolah Menengah Ugama (SMU) Ma’ahad Muhammadi Lilbanin (MML) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), sebelum melanjutkan pengajian Sarjana Muda Syariah Islamiah di Universiti al-Azhar as-Syarif, Mesir (Damanhur) hingga tamat pengajian pada tahun 2003. Kerjaya di BH bermula sebagai Wartawan Sentral, Jenayah dan Sastera, sebelum diberikan tanggungjawab mengendalikan Sastera & Agama BH pada Januari 2014 dan Rencana bermula 2020. Karya awal dalam bentuk cerpen dan puisi disiarkan di majalah Muslimah, selain majalah edaran dalaman di persatuan mahasiswa negeri ketika menuntut di Universiti al-Azhar yang dikenali Suara Kampus (SK), Novel ‘Lambaian Huda’ terbitan Creative Enterprise asalnya diterbitkan secara bersiri di SK dengan judul ‘Harga Setatah Keinsafan’, manakala novel ‘Merentas Sungai Sejarah’ pula memenangi tempat ketiga Sayembara Mengarang Novel Alaf Baru 2001 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah menggunakan nama pena Mohnas, Hj Mohnas dan Adib MN Damanhuri. Pernah menyertai Bengkel Program Penulisan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA): Cerpen di Bogor, Indonesia, bermula 28 Julai hingga 1 Ogos 2007. Memenangi Hadiah Sastera Penulis Muda Negeri Kelantan 2001-2002, manakala pada Julai 2010, meraih Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobile (HSKU) 2009 lewat ‘Embus-embus Iman di Indus’ yang meraih Hadiah Utama Kategori Cerpen Dewasa. Pada tahun 2014, memenangi Hadiah Utama HSKU 2013 Kategori Cerpen melalui cerpen ‘Pada Suatu Nama’. Cerpen yang sama turut memenangi Anugerah Sastera Kelantan 2015. Turut menghasilkan kumpulan cerpen, Suria Baghdad Berwarna Biru terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

S.M. Zakir
S.M. Zakir
Author · 19 books

S.M. Zakir nama penuhnya Syed Mohd Zakir bin Syed Othman dilahirkan pada 4 Februari 1969 di Kota Bharu, Kelantan. Dibesarkan di Pulau Pinang dan Selangor. Kini menetap di Selangor. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra, Kota Bharu, Kelantan hingga darjah empat; Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang; seterusnya ke sekolah menengah Penang Free School, Pulau Pinang; Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi dan menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Tinggi Kajang. Melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA dan Institute of Commercial Management, Bournemouth, England. Mula menulis pada tahun 1990 dan sehingga sekarang telah menerima puluhan anugerah sastera termasuk Hadiah Sastera Perdana kategori kumpulan cerpen 1994/95 (Merengkuh Langit, DBP 1995) dan Anugerah Sastera Kelantan kategori Buku Kumpulan Cerpen (Sekuntum Kembang di Sayap Jibril, PPN 2001). Antara anugerah sastera tersebut ialah Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Sastera Utusan-ExxonMobil, Hadiah Sastera DBP-Maybank, Hadiah Sastera 100 tahun Kuala Lumpur DBP-DBKL, Hadiah Formula Malaysia dan Anugerah Sastera Negeri Kelantan. Pernah dihantar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai peserta ke ASEAN Youth Writer’s Conference/Workshop di Bayview Hotel. Pulau Pinang, Disember 1992 dan Bengkel Cerpen MASTERA di Bogor, Indonesia 11-17 Oktober 1998. Bidang penulisan yang diceburi ialah cerpen, esei, sajak dan novel yang antaranya disiarkan di majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, Pelita Bahasa, Bahasa, Dewan Siswa, Jurnal Perisa, Jurnal Malay Literature, Jurnal Pangsura, Milenia Muslim, Pentas, akhbar Berita Minggu, Berita Harian, Utusan Melayu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan pelbagai akhbar serta majalah lagi. Buku-buku yang diterbitkan ialah novel remaja Di Bawah Lembayung (DBP. 1991), novel klasik Kembang Kanigara (DBP. 1992), kumpulan cerpen Merengkuh Langit (DBP. 1995), kumpulan cerpen-mini Fatamorgana (Sasbadi. 1997), kumpulan cerpen Sekuntum Kembang di Sayap Jibril (Penerbitan Pustaka Nusa. 2001), kumpulan cerpen Menyirat Nirmala (DBP. 2004), kumpulan cerpen Sekeping Ruh di Atas Bantal (PPN2005), kumpulan sajak Memburu Malaikat (PPN 2007), kumpulan sajak Sajak-sajak Petualang: Manusia Cinta (PPN, 2009) dan sebuah buku biografi edisi mewah iaitu Seniman Negara ke-7 Datuk (Dr) Ahmad Nawab (JKKN. 2008). (Sumber: http://www.suaramalaysia.net/index.ph...)

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved