Margins
Nazmi Yaakub profile picture
Nazmi Yaakub
Author · 3 books

A novelist, short story writer and Literature Editor at daily newspaper Berita Harian (BH). Novelis dan cerpenis, Nazmi Yaakub atau nama sebenarnya Mohd Nazmi Yaakub juga ialah Pengarang Berita (Rencana & Agama) di akhbar harian, Berita Harian (BH), selain pernah menjadi Pengarang Sastera BH. Berasal dari Kubang Kerian, Kota Bharu, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah (SR) Sultan Ismail I; Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Kerian I; Sekolah Menengah Ugama (SMU) Ma’ahad Muhammadi Lilbanin (MML) dan Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS), sebelum melanjutkan pengajian Sarjana Muda Syariah Islamiah di Universiti al-Azhar as-Syarif, Mesir (Damanhur) hingga tamat pengajian pada tahun 2003. Kerjaya di BH bermula sebagai Wartawan Sentral, Jenayah dan Sastera, sebelum diberikan tanggungjawab mengendalikan Sastera & Agama BH pada Januari 2014 dan Rencana bermula 2020. Karya awal dalam bentuk cerpen dan puisi disiarkan di majalah Muslimah, selain majalah edaran dalaman di persatuan mahasiswa negeri ketika menuntut di Universiti al-Azhar yang dikenali Suara Kampus (SK), Novel ‘Lambaian Huda’ terbitan Creative Enterprise asalnya diterbitkan secara bersiri di SK dengan judul ‘Harga Setatah Keinsafan’, manakala novel ‘Merentas Sungai Sejarah’ pula memenangi tempat ketiga Sayembara Mengarang Novel Alaf Baru 2001 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Pernah menggunakan nama pena Mohnas, Hj Mohnas dan Adib MN Damanhuri. Pernah menyertai Bengkel Program Penulisan Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA): Cerpen di Bogor, Indonesia, bermula 28 Julai hingga 1 Ogos 2007. Memenangi Hadiah Sastera Penulis Muda Negeri Kelantan 2001-2002, manakala pada Julai 2010, meraih Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobile (HSKU) 2009 lewat ‘Embus-embus Iman di Indus’ yang meraih Hadiah Utama Kategori Cerpen Dewasa. Pada tahun 2014, memenangi Hadiah Utama HSKU 2013 Kategori Cerpen melalui cerpen ‘Pada Suatu Nama’. Cerpen yang sama turut memenangi Anugerah Sastera Kelantan 2015. Turut menghasilkan kumpulan cerpen, Suria Baghdad Berwarna Biru terbitan Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).

Books

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved