
Pertemuan dan perpisahan sudah disuratkan. Bukankah jodoh, ajal maut di tangan Tuhan? Begitu Syafik diasuh ibunya, wali keramat yang bersungguh-sungguh sabar dan redha agar dia berjiwa besar, mengharung terjahan ribut di bawah langit mendung, awan pilu. Bahawa dia titis dari hulu yang cemar menjadi kenistaan yang menghujankan kepiluan. Dengan amanat yang tersemat, Syafik menjejak bapa yang hilang senyap, membawa bersamanya maruah mereka. Bukankah jodoh di tangan Tuhan? Sungguh harga diri bukan dagangan, dapat dijual beli. Bertemu di rantauan, dalam kemewahan yang melimpah, Syafiq tidak terkilau oleh pangkat dan mata benda. Dengan jiwa besar, ribut yang kasar menjadi lunak. Dia pulang ke desa, mendepani orang keliling bangkit, lebih perkasa, mencuci bersih tohmah nista. ______________________________ Novel ini telah memenangi tempat KETIGA Pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (ExxonMobil) 2005 Pertama Kembara Amira Amer Hmzah L. Kadir Kedua 6:20 Siti Jasmina Ibrahim Ketiga Beraraklah Awan Pilu Abdul Latip Talib