Margins
Bercakap Dengan Jun book cover
Bercakap Dengan Jun
2013
First Published
4.08
Average Rating
184
Number of Pages

Part of Series

Saya ingin bercerita tentang saya dan dia. Tentang magis yang tidak boleh dijumpai dengan hanya menarik keluar seekor arnab dari topi panjang dan berkata behold! Dia datang tanpa saya bersedia. Sesiapa pun takkan bersedia melihat darah berlumuran di telapak tangan dan ianya hanyir sekali. Namun darah itu seketika menjadi nyaman dan menenangkan. Apa yang pernah saya lakukan demi dia kadang-kadang tidak masuk dek akal. Ianya akal saya. Tidak akal anda yang sedang nyaman di bawah ekon yang ditala 19, menghirup secawan kopi di dalam kubikel ofis dan melihat kelipan caret di Microsoft Excel. Saya ceritakan halnya rasa yang merayap di dalam sukma memohon untuk disampaikan pada dia, namun ianya tidak terluah. Ianya tidak terluah kawan. Tentang keyakinan atas apa yang rela saya korbankan untuknya. Balapan hidup saya yang ditemani seekor anjing yang tidak berbaka. Syurga dan neraka yang saya lupa tingkatnya berapa dan beberapa ekor syaitan yang boleh memandu motor EX5. Ianya dalam bunjut-bunjut kesedapan yang akhirnya meletup dalam sekelip mata. Tapi apa yang akan saya ceritakan tentang saya dan dia ini bukanlah tentang cinta. Karana cinta itu tidak berjirim sifatnya. Sudah tentu saya tidak mampu ceritakan sesuatu yang saya tidak nampak. Maka cerita ini pun sudah tentu bukan tentang cinta. Aneh, Kenapa anda masih mahu memegang buku nipis ini dan terkebil-kebil memahami apa yang saya cakapkan tanpa mahu membaca maksudnya yang tebal di dalam. Ayuh kawan, berbualah dengan saya.

Avg Rating
4.08
Number of Ratings
247
5 STARS
34%
4 STARS
46%
3 STARS
16%
2 STARS
1%
1 STARS
2%
goodreads

Author

Hasrul Rizwan
Hasrul Rizwan
Author · 13 books

Hasrul Rizwan atau lebih dikenali sebagai Mat Gorn adalah penulis novel dan cerpen dalam pelbagai rumah penerbitan alternatif masa kini. Antara karya terlaris tulisannya adalah trilogi Murtad yang diterbitkan oleh FIXI, Budak Hostel Otaknya Sewel dan juga Bercakap Dengan Jun dari Dubook Press. Karya-karyanya banyak berkisar tentang dunia fantasi yang mengkhayalkan selain bersifat absurd, lucu, gelap dan vulgar.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved