
Biar mereka menikmati keindahannya Bersama sena yang masih berguguran, Zakri di perantauan cuba menggapai pelangi. Afikah pula dalam pelarian mengusir bayangan semalam. Mereka dipertemukan semula di bawah lembayung harapan…merealisasikan sebuah impian, untuk melihat sena kembali berbunga... Aku cuba membahagiakan semua orang, tapi aku tak mahu orang lain bahagia di atas penderitaanku