
Saat hati dipatahkan clan segala-galanya nampak kabur, Seri buat keputusan untuk terima tawaran sebagai PA untuk Tuan Syed di Bali. Resort milik keluarga Tuan Syed itu jadi tempat dia menumpang berteduh sambil bina seorang Seri yang baru. Strategi Syed pula: susahkan hidup Seri supaya boleh cepat-cepat dihantar balik ke Malaysia. Padan muka. Tapi pertemuan mereka berdua bagai komet bintang terang benderang di langit sana. Syed yang terluka mula merasa senang dalam Seri yang sederhana. "Tuan Syed to macam mana?" "Kau tahu... Superman? Dalam bentuk Batman... sekuat Ironman." Seri menggambarkan bosnya itu. Bila hati terpikat, tapi dua-dua punya bagasi yang berat... mampukah bersama? "Nisa needs you, Syed. Forgive her mistakes." Ayah Syed membuat permintaan. Syed laju menolak. Tapi Seri terpaksa pulang ke Malaysia dan dia hilang gadis itu. Dunia tanpa Seri? Memang gelap tak bercahaya. "Ya. Syed to Nobita aku. Tapi aku bukan Shizuka dia. Kami tak mungkin bersatu." Seri pilu.
Author

Lynn Dayana atau nama sebenar beliau Roslinda Mohammad dilahirkan pada 21 November 1973 dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor. Berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Management (Major in Marketing, Minor in Advertising). Kini bekerja sebagai District Training Officer di Pizza Hut Rest Sdn Bhd. Beliau sangat meminati penulis-penulis seperti Jodi Picoult, Nora Roberts, Dan Brown, John Grisham, Samsiah Mohd Nor. Jika Benar Cinta ditulis atas dorongan sahabat baik yang kini sudah kembali ke rahmatullah. Dia menjadi editor tidak bergaji. Bermula dengan 7 helai yang dihantar kepada Alaf 21 dan kemudiannya peluang mengikuti kursus, membuatkan saya lebih bersemangat mahu menulis dan berkongsi pengalaman hidup serta rakaman imaginasi yang diharapkan boleh menjadi tauladan kepada peminat dunia novel.