


Books in series

#1
Budak Span dan Kem Chimera
2009
Bakti menghidap satu penyakit, tetapi penyakitnya itu adalah satu kelebihan pada dirinya. Dia mampu menyerap air dengan hanya menggunakan badannya dan seterusnya memancutkan air yang terkumpul itu ke sasaran yang dikehendaki. Hebat, bukan!

#2
Budak Span dan Kasut Saraf
2010
Dalam prequel ini, Bakti mendapat tahu bagaimana dia mendapat kuasa luar biasa yang dia miliki sejak lahir lagi. Pada mulanya Bakti sentias bersedih dengan nasib dirinya yang malang itu. Tetapi semangat yang diberikan oleh Cikgu Zul, guru yang mengajar Bakti di rumah membuat dia bangkit semula. Dalam siri ini juga, Bakti mula berkawan dengan budak-budak yang sebelum ini adalah musuhnya. Dia bukanlah seorang yang suka berdendam. Walaupun musuhnya itu selalu menegenakan dia, tetapi dia tetap menerima mereka semula. Kasut saraf yang Bakti temui pada suatu hari adalah kasut yang ajaib. Bakti begitu menyayangi kasut itu. Apa yang ada pada kasut itu? Dapatkan buku ini bagi mengetahu jawapannya

#3
Budak Span dan Ancaman Qim
2010
Bakti dilanda masalah lagi. Kali ini lebih teruk. Dia diugut dengan surat layang dan ancaman daripada manusia bernama Qim. Qim mengancam Bakti supaya menyertainya menakluki dunia dengan kejam. Sekiranya Bakti menolak, dia diancam bahaya.
Siapakah Qim? Mengapa dia mahu Bakti menyertainya? Bagaimana dia tahu Bakti juga mempunyai kuasa sepertinya?