Margins
Sign in
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Budak Takraw
Budak Takraw
Series · 2 books · 2007-2010
By
Anshari
Books in series
#1
Budak Takraw
2007
Azman - Jaguh takraw dari bandar yang terpaksa berpindah dan bersekolah di kampung. Ingin mengembalikan kegemilangannya dalam sukan takraw di sekolah barunya itu. Rizal - Budak kampung yang pendiam. Dia tidak berminat pada sebarang jenis sukan termasuk takraw. Secara tidak sengaja dia terjebak dalam konspirasi Azman menubuhkan skuad takraw di sekolah. Ali - Samseng sekolah yang tidak berapa samseng sebenarnya. Mendakwa dirinya kapten kelab takraw sekolah. Hakikatnya kelab itu tidak pernah wujud pun. Sarah - Pengawas garang yang berpura-pura tahu mengenai sukan takraw. Berusaha menjadi pengurus pasukan yang baik. Mereka berempat bergabung membentuk satu pasukan takraw. Misi mereka memperkenalkan sukan takraw di sekolah mereka yang tidak pernah ada walau satu pun gelanggang takraw. Kepelbagaian ragam dan personaliti diri masing-masing menjadikan impian mereka satu pengembaraan yang menarik.
#2
Budak Takraw #2
2010
Setiap pasukan mengimpikan jurulatih yang bagus bagi mencapai kejayaan. Begitu juga dengan geng Budak Takraw iaitu Rizal, Ali dan Azman. Selepas beberapa bulan bermain tanpa bimbingan, akhirnya mereka mendapat jurulatih. Namun jurulatih yang mereka dapat tidak seperti yang dibayangkan. Apa yang mereka dapat adalah pembuli, mata keranjang dan kaki lawak. Apa akan jadi dengan nasib Budak Takraw selepas ini?
Author
Anshari
Author · 3 books