Margins
Bukan Kahwin Paksa book cover
Bukan Kahwin Paksa
2013
First Published
4.15
Average Rating
627
Number of Pages

“Cinta tu, buta, pekak, bisu.” “Kenapa cakap macam tu pula?” “Kita tak nampak, kita boleh jatuh cinta, kita tak dengar pun kita boleh jatuh cinta, kita tak boleh bersuara pun, kita boleh jatuh cinta. So, cinta itu buta, pekak dan bisu. Tapi, cinta tak akan jadi cinta lagi bila hati mula bagi masalah.” Setiap kisah ada pertemuan dan setiap pertemuan ada permulaan. Walaupun pelbagai cara permulaan sebuah pertemuan itu, kalau sudah jodoh… maka jodohlah ia! Pada mulanya, mereka dipertemukan dalam situasi yang tidak menyenangkan yang menyebabkan mereka ditakdirkan menjadi musuh. Disebabkan tersalah e-mel, mereka kemudian menjadi kawan baik di alam maya. Sehinggalah mereka ditakdirkan jatuh cinta melalui panggilan telefon. Izz Rizqin mengorbankan cintanya kepada yang lebih berhak. Dia seorang yang memperjuangkan cinta dan sanggup berkorban demi cinta. Tapi, untuk berkorban dia perlu menerima calon isteri cadangan daddy dan mummynya. Dara Safiya pula tidak percaya kepada cinta selepas dia dicurangi Ryan. Dia mahu membujang sampai ke tua menjaga mama dan papanya. Oleh kerana itu, mama dan papanya bertindak untuk mencadangkan dia calon pilihan mereka. Tapi, Dara meletakkan syarat yang akhirnya mengenakan diri sendiri. Walaupun mereka menerima cadangan calon pilihan keluarga, bukan bermakna mereka kahwin paksa, kerana, masing-masing sudah jatuh cinta. “Kita buat cerita baru, kita bina cinta baru… What say you?” “Then you get your answer…” “Jawapan?” “That I love you too…” Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga mudah. Tapi untuk dicintai dengan orang yang kita cintai, itu cinta yang sukar diperoleh. Kecuali… kita mula mencintai untuk dicintai.

Avg Rating
4.15
Number of Ratings
475
5 STARS
48%
4 STARS
29%
3 STARS
15%
2 STARS
5%
1 STARS
3%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved