
Pada suatu ketika Heather mengunyah sesuatu dengan tertib sambil mengalir air mata. Kemudian beliau mencapai segelas air dan memintanya lagi. Kami bertanya apakah yang menyebabkan begitu dan beliau menunjukkan bahannya. "Puan makan cili kering rupa-rupanya. Maaf, saya terlupa menerangkan yang sesetengah bahan seperti cili kering, halia dan bawang besar di dalam ayam ini tidak perlu dimakan jika tidak suka. Lada ini semacam bom. Amat bahaya.Halia dan bawang ini memang enak sekali dimakan bersama ayam bergajus. Allahu Akbar! Kami mempelajari sesuatu tentang budi bahasa orang Inggeris. Mereka mahu menjaga air muka tuan rumah sehingga langsung tidak mencebik walaupun makanan yang disuap ke mulut tidak kena dengan selera mereka. Hatta kepedasan yang amat sangat mahu ditahannya. Pilihan Staf: Aroma Antara Benua, adalah kesinambungan daripada buku Bukan Sekadar Resipi yang terbit pada tahun 2012. Menyediakan makanan untuk keluarga, tetamu atau sahabat handai bermula dari hati bersih. Ia bukan dengan kata semata-mata. Pada setiap ceritanya ada pengajaran yang wajar direnungkan bersama. Buku ini bercerita tentang hati dan sesuai dibaca bukan hanya untuk wanita tetapi juga kaum lelaki.
Author

Roza Roslan atau nama sebenar beliau Raudzah Roslan adalah mantan pensyarah di Universiti Teknologi MARA. Beliau kini bertugas di Universiti Taibah, Madinah. Beliau dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Jementah, Segamat, Johor. Beliau berkelulusan Diploma Perbankan UiTM Terengganu, BBA (Hons) Pengurusan Sumber Manusia UiTM Shah Alam dan seterusnya M.A Pentadbiran Bisnes di universiti yang sama. Beliau juga adalah isteri kepada penulis bestseller Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim yang menulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Kisah beliau banyak termuat di dalam karya suaminya yang banyak menceritakan pengorbanan dan sokongan beliau dalam menjalani hidup beragama.