
Azmeer Hasif tidak pernah menganggap Feya Alia sekadar adik sepupunya. Hubungan mereka yang rapat, makin menambahkan keyakinan Azmeer untuk melamar gadis itu untuk dijadikan isteri. Saat tiba mereka disatukan, Alia hilang kerana enggan berkahwin. Kecewa dengan tindakan Alia, Azmeer nekad menerima tawaran bekerja di luar negara. Kepulangan Alia ke kampung telah menjadi punca kematian arwah ayah saudaranya. Lebih-lebih lagi dia pulang dengan status yang berbeza. Selepas lima tahun, Azmeer pulang dengan watak yang baru. Tiada lagi sikap prihatin dan senyuman manis buat Alia. Hati Alia sakit setiap kali menerima layanan dingin lelaki itu. “Semuanya dah tak sama. Dia dah bencikan aku, Aisy.” - Alia “Saya balik bukan untuk jilat ludah sendiri.”- Azmeer Tapi benarlah kata pepatah, kalau jodoh tak ke mana. Saat dia bergelar isteri kepada Azmeer, membuatkan Alia tertekan. Lebih-lebih lagi saat dia mengetahui ibu saudaranya sudah mempunyai calon isteri buat Azmeer. “Abang dah dapat tubuh Lia. Anggaplah Lia dah tebus kesalahan Lia dulu.”- Alia “Agaknya sampai bila-bila pun abang takkan dapat cinta Lia kan? Mungkin betul, menyintai seseorang, tak semestinya memiliki. Abang silap kerana masih berharap pada Lia.”- Azmeer. Disaat Azmeer pergi jauh sekali lagi, Alia mulai sedar yang dia tak mampu untuk kehilangan Azmeer. Mampukah dia menggapai bahagianya bersama Azmeer kembali? Dan benarkan perasaan lelaki itu masih sama seperti dulu setelah dikhianati untuk kali kedua?