Margins
Cemburu Seorang Aku book cover
Cemburu Seorang Aku
2019
First Published
406
Number of Pages

Sufi Tihani vs Fitri Firdaus Kenal mesra tak bermakna jodoh itu ada. Mungkin Tri, jodoh orang lain yang Sufi jaga. Mungkin Sufi perlu melepaskan sesuatu yang tak tersimpul mati. Hubungan erat terjalin selama 17 tahun lamanya... tapi kini, "Aku nak kahwin." Dunia Sufi pun terhenti. Perlahan-lahan dia melihat satu persatu mimpi dan harapan berkecai. Hati seperti dihiris, nipis-nipis. Satu persejuta nanometer... "Aku dah sedia." Aku belum. Aku belum Tri. Sufi mahu menjerit kuat-kuat. "Jodoh aku dah sampai." Bicara Tri terus riuh bergema. Sufi melihat Tri yang ceria. Tri, dunia aku hancur. Punah. Ranah. KLCC runtuh. Berjaya Times Square rebah. Tugu Negara musnah. Tak ada lagi Menara Berkembar Petronas. Tak ada Kafe Murni. Tak ada panggung wayang di The Curve. Tak ada acara buka puasa di Masjid Negara. Tak ada. Tak akan ada. Tri... Tuhan, siapakah seorang Sufi tanpa wujudnya seorang Tri?

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved