Margins
Cerita Kita book cover
Cerita Kita
2024
First Published
4.61
Average Rating
404
Number of Pages

“Nak daun pandan ke?” – Alim “Haah, umi saya suruh minta daun pandan sikit. Boleh ke?” – Jasmin Alim dan Jasmin, mereka berjiran. Kerana secekak daun pandan, mereka berkenalan. Dan mungkin juga, perlahan-lahan berkongsi perasaan lewat pertemuan-pertemuan yang tidak disengajakan? “Err, boleh tak kalau saya nak nombor telefon Jasmin?” – Alim Menurut Alim, bersama Jasmin itu tidak asing rasanya seperti berkebun, perkara yang paling dia suka. Menyamankan, menenangkan dan membahagiakan. Bagi Jasmin pula, berbicara dengan Alim itu seperti menulis cerita di atas kertas. Boleh dicurahkan semua sekali semahunya tanpa berselindung, kerana Alim sangat memahami dan mampu menyelami hatinya ke dasar yang terdalam. “Apa manfaat kalau jadi best friend Jasmin? Boleh dapat jadi hero tak dalam cerita yang Jasmin tulis?” – Alim “I have nothing to offer, but I’ll be here whenever you need me.” – Jasmin Andai mimpi dan realiti itu menjadi satu, semestinya Cerita Kita akan lebih bermakna. *** Simple but addictive. Tiada kata semanis madu namun tetap dapat menarik senyum di wajah yang membaca. And yes, you do you. – Habib, Editor

Avg Rating
4.61
Number of Ratings
131
5 STARS
69%
4 STARS
24%
3 STARS
6%
2 STARS
1%
1 STARS
0%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved