Margins
2012
First Published
4.04
Average Rating
260
Number of Pages

Buku CERPEN oleh penulis PECAH Khairulnizam Bakeri. 17 cerita pendek, kebanyakan ditulis khas untuk buku ini. Kebanyakan cerpen berkisar tentang jenayah. Manusia boleh merancang apa saja, tapi apakah akan terlepas dari hukuman dan karma? Selain itu, turut ada kisah cinta dan hikayat purba! Blurb : “ Hidup persis koleksi kisah pendek. Tiap detik kita himpun peristiwa yang memberi makna diri. Tak semua disimpan kemas dalam ingatan. Yang lebih menimbulkan tawa, yang lebih tajam menghiris jiwa - demikianlah yang lebih kekal di lembar memori. Tanpa sedar kita tulis satu-persatu agar tiba saat hati paling rusuh, kita selak dan baca aksara demi aksara. Saya harap CERPEN pun begitu juga. 16 kisah pendek atau kispan (saya lebih gemar label ini) yang bertebaran dalam wilayah minda, saya himpunkan untuk kalian. Ah, Bobo dan Fifi sudah mengiau. Perlu diberi makan. ” - Khairulnizam Bakeri _____________________ Novelis : Khairulnizam Bakeri Khairulnizam Bakeri dilahirkan di Kelantan. Penagih sunyi dan kopi. Pencinta seni orator. Pengicau acap di alam 140 aksara, Twitter (@nizambakeri). Pecah (2011) ialah novelnya yang pertama, dan adaptasi filemnya ditayang pada 2013. Cerpen ialah bukunya yang kedua. Rekabentuk/letak kulit : teckhee.blogspot.com Perunding : Hani Amira Suraya Cetakan Pertama : Disember 2012 Cetakan Kedua : -

Avg Rating
4.04
Number of Ratings
412
5 STARS
36%
4 STARS
40%
3 STARS
18%
2 STARS
4%
1 STARS
2%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved