
Gara-gara rakaman video Nada menyelamatkan seorang pelanggan restoran daripada disimbah air menjadi viral… Satu hotel diserbu pihak wartawan. Manalah Nada nak tahu, pelanggan yang dia selamatkan itu merupakan mamat Kardashian yang menjadi sasaran tabloid. Tak pasal, Nada dituduh mempunyai skandal dengan mamat tu. Nak tak nak, terpaksalah Nada meminta mamat tu membuat kenyataan media untuk membersihkan namanya. Gara-gara rakaman video tu jugalah, Syed Farisy terpaksa memberikan satu persen tumpuan dalam hidup dia dan berdepan dengan media untuk membersihkan nama minah yang telah menyelamatkan dia daripada disimbah air. Mana Syed Farisy nak sangka rupa-rupanya minah itu merupakan budak perempuan comot yang pernah memberikan dia brownies sewaktu dia menangis kelaparan dulu. Dan... Gara-gara rakaman video yang viral itu telah menemukan Prince Charming dengan Cinderellanya. Malangnya... Cinderella kali ini tidak meninggalkan kasutnya! Apakah penamat cerita Nada dan Farisy seperti cerita Cinderella? Kerana cinta bukanlah satu dongeng yang perlu diceritakan tetapi... Harus diperjuangkan!
