
Cinta Ahmad Mutawakkil menghimpunkan karya-karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002 bagi Kategori Cerpen Remaja. Karya-karya tersebut adalah hasil cipta rata-rata pengarang generasi baru di samping pengarang kawakan. Isu yang diangkat adalah pelbagai-daripada perjuangan, pendidikan, alam sekitar, ketuhanan, penyakit masyarakat, sampailah kepada psikologi remaja dan kasih sayang. Isu-isu tersebut digarap merentasi latar geografi, sejarah dan bidang- bidang ilmu, dan dihantar pula dengan pelbagai gaya dan teknik. Hadiah Utama; Cinta Ahmad Mutawakkil - Zainal Rashid Ahmad Madah Untuk Fadhilah - Jais Sahok Sinar Ramadan - Mohd. Azlee Lee Abdullah Hadiah Penghargaan; - Aminah Mokhtar - Hamdan Kamaruddin - Raihanah Salleh - Saroja Theavy Balakrishnan - M. Saleh Mahayat - Mohd. Kassim Mahmud Cerpen "Cinta Ahmad Mutawakkil" yang menjuduli antologi ini menampilkan hero dalam era penjajah Jepun dan Inggeris. Ahmad Mutawakkil - dalam usia muda lela rela menggadai nyawa, menebus cinta, demi maruah ibu pertiwi. (Dipetik dari laman web Ujana Ilmu)