Margins
Cinta Sekerdip Embun book cover
Cinta Sekerdip Embun
Antologi Cerpen Pemenang Hadiah Sastera Perdana Malaysia 1996-2005
2010
First Published
4.38
Average Rating
581
Number of Pages

Anwar Ridhwan: "Penerbitan Cinta Sekerdip Embun (Antologi Cerpen /Pemenang Hadiah Sastera Perdana 1996-2005) ini merupakan salah sebuah himpunan yang penting bagi genre cerpen pilihan di Malaysia. Hal ini demikian kerana cerpen-cerpen dalam antologi ini bukan sahaja merupakan pemenang Hadiah Sastera Perdana, iaitu hadiah nasioanla paling berprestij dalam bidang sastera, tetapi juga kerana mengangkat cerpen-cerpen terbaik sepanjang satu dekad." Nisah Haji Haron: "Antologi cerpen yang penting bagi mewakili zamannya. Koleksi yang wajib dimiliki bagi penggemar kesusasteraan Melayu. Kandungan : HSPM 1996/97 Gajah Putih (Zakaria Ali), Jurai Palma (Siti Zainon Ismail), Merungkai Deduksi (Hizairi Othman), 0000000000000 (Shahnon Ahmad), Perempuan Anggerik (Faisal Tehrani), Permainan Kematian (Azmah Nordin), Persidangan Agung Wanita Klasik (Nisah Haji Haron), Yang Aneh-aneh (Uthaya Sankar SB), Zel (Mawar Shafei) HSPM 1998/99 Bawod (Jonathan Kandok), Bendang Lahuma (Zurinah Hassan), Cinta Sekerdip Embun (S.M. Zakir), Gerhana Manusia (Aminah Mokhtar), Kesan yang Tak Hilang (Hasidah Disan), Memanah Bulan (Ana Balqis), Meniti Kerikil Tajam (Nora), Di Sinikah Langkasuka (Noorjaya), Nagasaki (Abdullah Hussain) HSPM 2000/01 Awal Ramadhan Waktu Itu (A. Samad Said), Cinta Si Pemain Pedang (S.M. Zakir) Dunia Simulacra (S.M. Zakir), Ipin (Shahnon Ahmad), Jeritan Pulau (A. Rahmad), Menanti Buraq (Marsli N.O.), Sang Politikus (Johan Jaafar), Seha (Shahnon Ahmad), Tanjung (Awangku Merali Pangeran Mohamed), Tuan Direktor Bikin Filem di Mallywood(Awangku Merali Pangeran Mohamed) HSPM 2002/2003 Alkisah Ahmad Pualam (Zainal Rashid Ahmad), Balada Si Angsa Hitam (Noordin Hassan), Cik Siti Mustika (Faisal Tehrani), Menanam Pohon Jati (Siti Zainon Ismail), Monolog (Dahiri Saini), Perjuangan (Noorjaya), Petani Tua dari Karbala (Aminah Mokhtar), Putera Tanpa Bumi (Zurinah Hassan), Satu Episod di Kriankrai (Hashim Latif), Si Penggaru Kalbu (S.M. Zakir), Surat Sastera dari Malino (Arena Wati), Tanggar Amanat (Amaruszati Noor Rahim) HSPM 2004/2005 Di Bawah Langit Copenhagen (Alinea Abd. Halim), Panorama Seorang Nisa (Siti Hajar Mohd Zaki), Sangeetha (Azizi Haji Abdullah), Jusoh, Aku Pun Nak Ke Sana (Azizi Haji Abdullah), Profesor Sufi (A. Rahmad), Padam (Irwan Abu Bakar), Akrab (Amaruszati Noor Rahim), Nikmat Umur Panjang (Abdullah Hussain), Aduhai Si Luncai (Fatimah Busu), Suami Saya Tidak Melakukannya (Mawar Shafei)

Avg Rating
4.38
Number of Ratings
21
5 STARS
52%
4 STARS
38%
3 STARS
5%
2 STARS
5%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Fatimah Busu
Fatimah Busu
Author · 2 books

FATIMAH BUSU dilahirkan pada bulan Januari 1943 di Kampung Pasir Pekan, Kota Bharu, Kelantan. Setelah tamat pendidikan formalnya di sekolah rendah dan menengah, beliau menyambung pengajian dengan mengikuti kursus perguruan di Maktab Perempuan Melayu, Durian Daun, Melaka. Kemudian, beliau berkhidmat sebagai guru untuk beberapa tahun. Pada awal dekan 1970-an, Fatimah Busu menyambung pengajian tingginya di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. Berkat kesungguhannya dalam bidang akademik, Fatimah Busu memperoleh Ijazah Sarjana Sastera (1978) dan Doktor Falsafah (1994) di universiti yang sama. Kemudian beliau bertugas sebagai pensyarah sehingga bersara pada tahun 1998. Kini beliau berkhidmat secara kontrak sebagai penyarah di USM. Dalam jagat kesusasteraan tanah air, genre cerpen dan novel telah menonjolkan bakat kepengarangan Fatimah Busu. Sehingga kini, beliau telah menghasilkan tiga kumpulan cerpen iaitu Lambaian Tanah Hijau (DBP, 1980), Yang Abadi (Teks Publishing, 1980) dan Al-Isya' (Teks Publishing, 1985). Sebanyak 10 buah cerpennya pernah memenangi Hadiah Karya Sastera dan Hadiah Sastera Malaysia. Cerpen-cerpen yang berjaya ialah "Mawar Yang Belum Gugur." (1971); "Nasinya Tumpah" (1972), "Freshie" dan "Lambaian Tanah Hijau" (1973); "Bunga-bunga Pulau" dan " Sampah Yang Hanyut" (1974); "Anak Bumi Tercinta" dan "Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan" (1975); "Mahar Asmara" (1983/1984) dan "Al-Amin" (1984/1985). Manakala genre novel yang dihasilkan, iaitu "Ombak Bukan Biru" dan "Kepulangan". Antologi puisinya yang terbaru "Apa Ada Di Sana (Versi Dunia)" telah diterbitkan pada tahun 2004. Sebagai ahli akademik atau sarjana, beliau telah melaksanakan penelitian ilmiah dengan menghasilkan buku yang berjudul "Ciri-ciri Satira dalam Novel Melayu dan Afrika Moden: Kajian Perbandingan (DBP, 1992). Buku ini, kemudiannya memenangi Hadiah Sastera Malaysia pada tahun 1992/1993. Kini, dua buah cerpen beliau yang pernah memenangi Hadiah Sastera Malaysia menjadi bahan teks KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu peringkat STPM. Cerpen-cerpen itu ialah "Anak Bumi Tercinta" (antologi Anak Bumi Tercinta, DBP, 2001) dan "Anak-anak dari Kampung Pasir Pekan" (antologi Warna Sari Sastera Melayu Moden, DBP, 1996) Hasil pena terkini Fatimah Busu ialah "Ada Apa Di Sana (Versi Dunia)" (Pustaka Nusa,2004), "Salam Maria" (Absolute Publications, 2004), "Keajaiban Alam" (Pekan Ilmu Publications, 2004) dan "The Missing Piece Bah. 1 (Citra Kurnia Ent., 2005).

Aminah Mokhtar
Aminah Mokhtar
Author · 14 books

Lahir pada 4 Oktober 1959, di Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah, di beberapa buah sekolah di Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah di beberapa buah sekolah di Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah di peringkat STPM, beliau ditawarkan sebagai Jururawat Pelatih. Kemudian beliau menyambung pengajian kejururawatan sehingga memperoleh Diploma Sains Kejururawatan. Kini beliau sebagai Jururawat Terlatih di Wad Bersalin, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Pencapaian dan sumbangan Aminah Mokhtar dalam memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu mewajarkan beliau menerima pelbagai hadiah sayembara. Antaranya, ialah : - Tempat kedua Sayembara VII Esso-Gapena 1988, - Hadiah Cerpen Perpaduan 1995 (Kategori Cerpen - "Semarak"), - Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1998 (Kategori Puisi - "Sesekali Pesakitku"), - Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1999 (kategori cerpen - "Gerhana Manusia"), - Anugerah Sri Angkasa - RTM 1999 (Drama Radio Terbaik - "Zulaikha Fitri"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Kategori Puisi - "Sesekali Pesakitku"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Kategori Novel - "Diari Jururawat"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Drama Radio - "Sungai") - Anugerah Kreatif PPUM 1999 (Sri Karyawan), - Anugerah Formula Malaysia 2000 (Tempat Kedua, kategori Cerpen - "Keberangkatan ke Bintang"), - Anugerah Sastera Perdana (Cerpen Eceran - "Gerhana Manusia"), - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori cerpen - "Ya Allah Dia Menangis"), - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori Puisi - "Jangan Sampai Kita Hilang Kota"), - Anugerah Sri Angkasa - RTM 2001 (Skrip Drama Radio Terbaik - "Merah Ramadan di Baitul Muqqadis), - Hadiah Sastera Darul Takzim 2001 - (Kategori Puisi "Yang Bernama Hati"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 2001 (Drama radio - Tetamu Allah) dan Hadiah Sako Ke - 3 (Novel - "Iman Markisa"), - Hadiah Sastera Utusan Exxon-Mobil 2002 (Kategori cerpen, tiga hadiah penghargaan "Erti Cinta Dr. Marianah", "Ahmad Muhammad" dan Kategori puisi - "Kolek Bonda"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 2002 (Kategori Novel Dewasa - Iman Markisa", Kategori Drama Radio - Merah Ramadan di Baitulmaqqdis) dan Peraduan Menulis Novel Alaf Baru 2001 dalam novelnya Dominasi Tebrau yang memenangi tempat pertama menggondol RM30,000. sumber : http://www.ujanailmu.com.my/cat_amina...

Abdullah Hussain
Abdullah Hussain
Author · 5 books
'National Laureate, Dato' Abdullah bin Hussain, was born on 25 March 1920 at Sungai Limau Dalam, Yan Kedah. In 1926, he received his early education at the Malay School until he passed his standard five in 1931 and continued his education at the St. Michael School, Alor Setar, Kedah from 1935 till 1933. Later in 1935, he continued his studies at the Anglo Chinese School, Alor Setar, Kedah until he passed his standard VII. During the Japanese occupation in the year 1943, he had a chance to study at the Syonan Koa Kunrenzo (Training School for Top Ranking Officers) in Singapore for three months. Career * Assistant Store-keeper, at a tin mine in Pahang (1939) * Served in the Publication Department, Sahabat newspaper, Penang (1939) * Assistant Editor, Saudara newspaper (1940) * A clerk and dobhi at an army camp in Sungai Petani, Kedah until the invasion of the Japanese army * A journalist of Merdeka newspaper, Berita Indonesia and Majalah Merdeka, Singapore (1951) * Editor of Majalah Bintang, Majalah Filem and Semenanjung newspaper * Assistant editor, the Franklin Book Programme and Oxford University Press (1965-1968) * An editor, Angkatan Baru magazine (1965-1968) * A research officer, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), (1968-1978) * Head of Language and Literature Unit, Dewan Bahasa dan Pustaka, Sabah branch (1978-1979) * Creatve Writer, Centre for Humanities Study, Universiti Sains Malaysia (1979-1981) * Head, Department of Literary Development and Progress, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Brunei Darussalam (1982) * Senior Literary Officer, Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei * Guest Writer, Dewan Bahasa dan Pustaka His first literary work was a humorous story that was published in Tanah Melayu magazine around 1939. Later he kept on producing literary works such as in short stories, novels, biographies / an autobiography, translationa and literary essays. To date, he had produced 25 novels, three volumes of short stories, nine translations, an autobiography and six biographies. Besides using the pen-name Zamroed, he was also known as Roslani Shikin, A.A. Adiwijaya, A.H., Andijaya, Asly, Bintang Kecil, Iskandar Muda and Suryakanta. Through his writing literary works, he managed to portray the positive values of the society and worked hard in building his identity as a writer. He was a veteran literary figure who was committed and diligent in developing his creative talents. Now coming nearer to 74 years of age, his spirit of perseverance in the literary world is still blossoming. To honour his contributions and services, he was conferred the S.E.A Write Award at Bangkok in 1981 (first winner of the Sayembara Novel Nasional prize - a tribute to Pak Sako), First Prize for the National Novel competition organised by Utusan Malaysia and Public Bank for the year 1992/94 for his novel entitled Iman, the Pingat Jasa Hukom Ngon Adat Lembaga Adat Kebudayaan Aceh in 1995, the National Laureate Award in 1996 and the Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K.) in 1996 which carries title Dato
Nisah Haji Haron
Nisah Haji Haron
Author · 13 books

Born in Seremban, Negeri Sembilan on 20 April 1973, Nisah Haron has been writing as a hobby since 1988. She has written forty short stories, five novels, essays and a few poems published in local literary magazine and newspaper. Nisah Haron had her legal education from National University of Malaysia and graduated in 1997. She also obtained her LL.M from the same instition in 2006. She practised as an advocate and solicitor as well as a syarie counsel for eight years before becoming a full-time writer in 2006. She advocates on the copyright awareness among writers and publishers. Nisah has also written a copyright book for laymen entitled "Karya Kita Hak Kita - Panduan Hak Cipta" (Al-Ameen Serve Holdings, 2008). Her works has been received my awards including Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan and many others. Recently, she won first place in Hadiah Sastera Berunsur Islam with her winning short-story, “Aset Istiqamah”. Her personal blog is www.annyss.blogspot.com, or join her on Facebook "Nisah Haron - Pengarang". Nisah Haron full bio is available online - http://annyss.blogspot.com/p/biodata-...

Shahnon Ahmad
Shahnon Ahmad
Author · 14 books

Dato' Haji Shahnon bin Ahmad (born 1933 in Sik, Kedah) is a Malaysian writer, a National Laureate, and a former Member of Parliament. He was awarded with the National Literary Award in 1982. He is also a Professor Emeritus at Universiti Sains Malaysia in Penang. Shahnon has written a number books, one of the most notable being Shit @ PukiMak @ PM (1999), a controversial political satire. The book makes allegorical references to the ruling coalition government, Barisan Nasional (BN), its major component party, United Malays National Organisation (UMNO), and former Malaysian Prime Minister Mahathir bin Mohamed. There were attempts by the government to ban this book and to strip Shahnon of his literary title. Some novels written by Shahnon include Ranjau Sepanjang Jalan (1966)—which has been adapted into a film called Rice People directed by Cambodian film director Rithy Panh, Rentong (1965), Srengenge (1973)—which won the Malaysian Novel of the Year in 1970, and Terdedah (1965). Shahnon is also a member of opposition political party PAS. In the 1999 general election, he contested in the Parliamentary constituency of Sik (P.13) in which he won. He did not contest in the 2004 general election which saw PAS losing that seat to BN. Source: Wikipedia

Siti Zainon Ismail
Siti Zainon Ismail
Author · 2 books

Siti Zainon mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Setapak, Kuala Lumpur dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Selepas itu, beliau melanjutkan pengajiannya di Sekolah Tinggi Seni Rupa (ASRI) di Yogyakarta dari tahun 1970-1973 hingga memperoleh Sarjana Muda Seni Rupa (B.F.A). Pada tahun 1976, Siti Zainon mengikuti pengajian Ijazah Lanjutan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan lulus Sarjana Sastera pada tahun 1980. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya bagi meraih Ijazah Kedoktoran dengan disertasi Konsep Pakaian Tradisional Melayu dan lulus Ijazah Kedoktoran dari universiti ini pada tahun 1992. Selepas menamatkan pengajiannya di ASRI, Siti Zainon menjadi Jurulatih Seni Lukis di Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan. Di situ beliau mengendalikan sesi latihan lukisan untuk kanak-kanak di Taman Budaya pada setiap hari Sabtu dan Ahad dan kemudiannya berpindah tempat di Pasar Seni, Jalan Belanda. Selepas itu Siti Zainon menjadi pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini bergelar Profesor Madya. Pernah menjadi Fellow Penyelidikan di Institut Alam Tamadun Melayu (1994-1996) dan Pengarah Kebudayaan (1996-1999) di universiti yang sama. Minat Siti Zainon dalam bidang penulisan pula tumbuh hasil daripada kegemarannya membaca sejak kecil lagi. Beliau membaca bukan sahaja kerana ingin mengetahui isi kandungan bacaan, tetapi menghayati dan menulis kembali ungkapan-ungkapan menarik dan kata-kata hikmat daripada tokoh-tokoh seperti Leo Tolstoy, Ernest Hemingway, Raffles, Nehru, Tagore dan H.B. Jassin ke dalam buku nota yang sering dibawanya ke mana sahaja beliau pergi. Dari situlah beliau mula bermesra dengan kesenian dan kesusasteraan. Sejak tahun 1967 sehingga kini, Siti Zainon berjaya menghasilkan tulisan dalam pelbagai genre seperti puisi, cerpen, novel, esei/kritikan, rencana, kajian sastera dan budaya Melayu. Kebanyakan tulisan beliau disiarkan dalam Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Wanita, Jelita, Pemimpin, Mastika, Dian, Dewan Sastera, Dewan Masyarakat, Sarina, Bahana, Horizon dan lain-lain. Sepanjang penglibatan Siti Zainon dalam bidang lukisan dan karya kreatif, beliau dianugerahi dengan pelbagai hadiah dan penghargaan, antaranya ialah Hadiah Lukisan Batik M.A.H.A tahun 1867/68, Hadiah Sketsa Kartini 1971, Hadiah Karya Sastera 1974, Hadiah Sastera Malaysia 1984/85, Hadiah Sastera Malaysia 1986/87, Hadiah Sastera Islam Kelantan 1985, Hadiah Esei Dewan Sastera tahun 1988 dan Hadiah Cerpen Maybank DBP 1995/96/97. Beliau juga menerima Asean Foundation Grant Young Writers Conference di Bali pada tahun (1985), Penghargaan Seni daripada India Council for Culture Relations pada tahun (1985), Penghargaan Seni daripada Seoul Poetry Club (1986) dan Piagam Penghargaan Universitas Jubal Ghafur, Pidie Aceh (1986). Pada tahun 1989 menerima anugerah S.E.A Write Award di Bangkok. Siti Zainon turut memperoleh pingat Jubli Perak Sultan Selangor pada tahun 1986, gelaran Tengku Nyah Fakinah (Tokoh budaya dan pejuang kemerdekaan Acheh menentang penjajahan Belanda) oleh Lembaga Adat dan Kebudayaan Acheh kerana jasanya memperkenalkan khazanah kebudayaan Acheh dalam karya-karyanya pada tahun 1990 dan Profesor Luar Biasa Jabal Ghafur, Acheh Pidie pada tahun 1996. Siti Zainon juga adalah salah seorang Ahli Lembaga Balai Seni Lukis Negara bagi tahun 1991/93. Ahli Majlis Sastera Nusantara (1997), AJK Anugerah Seni Negara (1996/1999), Ahli Lembaga Muzium Negeri Selangor (1995) dan Ahli Majlis Kebudayaan Selangor (1995). Sumber : http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?C...

A. Samad Said
A. Samad Said
Author · 17 books

Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards). Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seorang yang berminat dalam penulisan sejak di bangku sekolah, beliau telah menulis banyak karya yang terkenal, termasuknya novel-novel berikut: * Salina * Langit Petang * Sungai Mengalir Lesu * Hujan Pagi * Bulan Tak Bermadu di FatehpurSikri. * Adik Datang * Cinta Fansuri Antara antologi puisinya ialah Suara Dari Dinding Dewan (2003), Dirgahayu Dr. Mahathir dan Rindu Ibu (2004). Antologi Esei terbaru adalah Ilham Di Tepi Tasik (2006). Datuk A.Samad Said pernah juga menggunakan nama pena Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir. (Sumber: Wikipedia)

Zainal Rashid Ahmad
Zainal Rashid Ahmad
Author · 18 books
Zainal Rashid Ahmad (ZRA) mencipta nama pada tahun 1990-an dengan cerpen-cerpen bernuansa eksperimental yang menjurus kepada menggabungkan sastera Melayu moden dan sastera Melayu lama. Zainal memenangi deretan anugerah sastera terutamanya Hadiah Sastera Utusan, Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Islam dan pelbagai anugerah peringkat kebangsaan. Sehingga kini Zainal telah menghasilkan dua buah kumpulan cerpen iaitu Alkisah (2012) dan Yang Tercinta (2012). Zainal mempunyai pengalaman luas sebagai wartawan; pernah bertugas di Utusan Melayu, Astro, NTV7 dan TV3. Zainal turut menerima Anugerah Seri Angkasa 2004, Anugerah Media Pertahanan 2009, Anugerah Dokumentari Terbaik 2010 dan pelbagai anugerah PPFM sebagai Pengarah dan Penulis Skrip Terbaik. Kini Zainal merupakan Pengurus Besar, Jabatan Penerbitan sosial, Politik & Ekonomi TV Al-Hijrah. (2014)
Noordin Hassan
Noordin Hassan
Author · 1 books

**Sasterawan Negara ke-7, 1993.** Noordin Hassan dilahirkan pada 18 Januari 1929 di Jalan Hatin, Pulau Pinang. Noordin Hassan memulakan persekolahan di Sekolah Melayu Perak Road, Pulau Pinang. Setelah itu beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Inggeris Francis Light, Pulau Pinang. Setelah kekalahan Jepun, beliau melanjutkan pelajaran di Penang Free School. Pada tahun 1952, Noordin Hassan dihantar ke Kirkby College, Liverpool untuk persiapan menjadi guru terlatih. Semasa di Kirkby, beliau mendalami Kesusasteraan Inggeris dan Barat, terutamanya melalui karya Shakespeare, Sheridan, Goldsmith dan Moliere. Pada tahun 1962, beliau melanjutkan pengajian di Universiti London dalam bidang Pengajaran Bahasa dan Sastera Inggeris. Pada akhir tahun 1976, beliau mengikuti kursus Drama dan Pembelajaran di Universiti of Newcastle. Penglibatan Noordin Hassan dalam bidang kesusasteraan tertumpu dalam bidang drama dan teater. Sepanjang penglibatannya dalam dunia drama mulai 1953, beliau telah menghasilkan tidak kurang daripada 30 buat drama dan kareografi tarian. Noordin Hassan terkenal dengan gelaran ‘Datuk Drama dan Cikgu Drama’. Antara pembaharuan yang dilakukan oleh Noordin Hassan ini adalah seperti mengetengahkan konsep teater fitrah serta sering bereksperimen dengan bentuk drama baru berlandaskan tradisi budaya Melayu. Antara karya Noordin Hassan yang ternama ialah Bukan Lalang Ditiup Angin, Peran, 1400, Jangan Bunuh Rama-rama, Cindai, Sirih Bertepuk Pinang Menari, Demi Zaiton dan Sarah. Teater-teater Noordin Hassan ini banyak dipentaskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Noordin Hassan mempunyai beberapa kumpulan drama yang dibukukan seperti buku Kumpulan Drama Bukan Lalang Ditiup Angin 1972 yang memuatkan dramanya Tiang Seri Tegak Berlima dan Pintu. Sebuah lagi kumpulan dramanya dinamakan Anak Tanjung : Children of This Land (1999). Drama-drama beliau telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara anugerah yang pernah digondol Noordin Hassan ialah Hadiah Sastera 1972 melalui drama televisyen Bukan Lalang Ditiup Angin, bintang Ahli Mangku Negara oleh Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1979, Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1987 dan 'Anugerah Sasterawan Negara’ pada tahun 1993 manakala pada tahun 1994, Noordin Hassan dianugerahkan Pingat Darjat Setia Pangkuan Negeri (DSPN) daripada kerajaan Pulau Pinang yang membolehkan beliau bergelar Datuk Noordin Hassan.

Haji Ali Haji Ahmad (Nora)
Haji Ali Haji Ahmad (Nora)
Author · 4 books

Nora dilahirkan pada 28 Jun 1930 di Kampung Sungai Mati, Muar, Johor dan mendapat didikan awal di Sekolah Melayu Sungai Mati dan lulus darjah V tahun 1941. Selain sekolah agama, Nora juga bersekolah Inggeris hingga lulus darjah V. Bidang penulisan telah menangkap minatnya. Dengan menggunakan nama Nora, mereka yang tidak mengenalinya menganggap Nora adalah seorang penulis wanita. Tetapi ada ketikanya juga dia menggunakan nama Teratai. Bagaimanapun nama Nora sudah sebati dengan dirinya malah menenggelamkan namanya yang sebenar. Walaupun pernah menganggotai pasukan polis tahun 1951, beliau tetap mahu terus menulis. Kerana penulisan juga dia didakwa melanggar peraturan polis dan akhirnya diberhentikan tahun 1957. Nora menganggotai keluarga Utusan Melayu yang terkenal sebagai perkampungan sasterawan sejak sebelum merdeka pada 1961 sehinggalah tahun 1982. Selepas meninggalkan Utusan Melayu, Nora menyertai Al Arqam, kebetulan pula ketika itu merupakan zaman awal pertubuhan itu sekaligus membuatkan Nora perlu banyak berkorban masa dan wang ringgit untuk Al Arqam. Tetapi yang disumbangkan Nora kepada Al Arqam jauh lebih besar daripada yang diberikan oleh pertubuhan itu kepada Nora. PENULISAN Melalui penulisan, Nora memperlihatkan prihatin terhadap golongan bawahan yang kerap ditindas oleh sistem sosial dan ekonomi yang dibuat oleh golongan kapitalis. Daripada karya-karyanya, baik novel atau cerpen, perjuangannya menyedarkan golongan bawahan yang tertindas sangat ketara. Semua ini terpancar selepas cerpen pertamanya, Mengingat Si Hitam Manis disiarkan dalam majalah Utusan Filem dan Sport tahun 1955. Sementaran tahun 1960-an pula dianggap kemuncak Nora dalam penulisan apabila hampir semua majalah dan akhbar menyiarkan karya cerpennya. Antara cerpennya yang terhebat ialah Keranda Minda Diusung, Lapar, Pelacur Tua, Di Tengah Kota dan beberapa lagi yang dimuatkan dalam antologi Bayang Di Kepak Senja. Selain cerpen, novellah yang melonjakkan nama Nora sebagai sasterawan. Novel pertamanya Puntung Hanyut diterbitkan oleh Pustaka Antara tahun 1965, kemudian menyusul Gelodak (1968), Gelanggang (1975), Kemarau Di Hujung Daun (1976), Seribu Musim Kering (1980), Uzlah (1980) dan Ufuk Timur (1986). Nora juga menghasilkan memoir berjudul Di Tengah Kota yang merakamkan perjalanan hidup yang pelbagai warna, dari kampung hingga menjadi warga di kota Kuala Lumpur yang sangat mencabar. Pada tahun 2005, beliau telah terpilih sebagai Penerima Hadiah Karyawan Sastera Johor, Hadiah Sastera Darul Ta'zim Kelima 2005. Beliau menutup usia 82 tahun pada 7 April 2012 kerana sakit tua. Walaupun penulis generasi baru sesetengahnya tidak mengenali Nora atau karyanya, tetapi tahun 1960-an hingga 1980-an, adalah kemuncak Nora sebagai sasterawan. Artikel asal oleh Ku Seman Ku Hussain: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.... © Utusan Melayu (M) Bhd

Mawar Shafei
Author · 4 books
Mawar Shafei, PhD, pensyarah kanan di Program Persuratan Melayu, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusteraan dan Kebudayaan Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Selain menulis rencana akademik, beliau juga menghasilkan karya kreatif dalam genre cerpen.
Amaruszati Noor Rahim
Amaruszati Noor Rahim
Author · 3 books

Novelis, cerpenis, penulis skrip drama dan penyair. Menghasilkan 10 buah novel: - Keranamu Aku Menangis - Sindiket Pengemis Cilik - Camar Terbang Senja - Siti Johanna - Bila Sena Kembali Berbunga - Bila Sena Kembali Berbunga 2 - Hidayah Si Gadis Cilik - Kasih Sedingin Salju - Dulu Satu Kini Dua - Episod Cinta Di Tanah Hijrah. Pernah memenangi Hadiah Cerpen Utusan Melayu 1992, Hadiah Cerpen Perpaduan 1995, Hadiah Puisi Esso Gapena 1995, Hadiah Cerpen Utusan 2004, 2005, 2007. Hadiah Sastera Perdana 2003. Hadiah sayembara menulis novel sempena 50 tahun merdeka. Menerima Anugerah Karyawan Pahang 2004. Menggondol beberapa kejayaan dalam dunia deklamasi Naib Johan Sayembara Deklamasi Puisi Negeri Terengganu tahun 97 dan 98. Johan Negeri Terengganu 1999. Naib Johan Negeri Pahang 2000, 2001. Johan Negeri Pahang 2002, 2003. Naib Johan sayembara deklamasi puisi bahasa 2002. Johan Peringkat Kebangsaan 2003. Tempat ketiga sayembara deklamasi puisi Exxon Mobil. Beberapa kali mewakili Malaysia sebagai deklamator ke Indonesia dan Thailand.

Zurinah Hassan
Zurinah Hassan
Author · 6 books

Datuk Dr. Zurinah Hassan is National Literary Laureate of Malaysia. She is the 13th writer and the first female writer to be conferred the tittle of Sasterawan Negara at a ceremony held on 26th of April 2016. The award is the highest award given to a writer in Malaysia. Prior to this Zurinah Hassan had received Southeast Asian Writers Award (SEA Write Award in 2004 and Sunthorn Phu Poets Award, 2013.

Uthaya Sankar SB
Uthaya Sankar SB
Author · 3 books

Uthaya Sankar SB is a Malaysian writer who writes in Bahasa Malaysia. He grew up in a village (Aulong Lama in Taiping, Perak). This trilingual writer shifted to Klang, Selangor in 1991 before settling in Shah Alam, Selangor in 2000. He studied in SRK Convent Aulong, SM Darul Ridwan, SM King Edward VII, Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya (UM) and Jabatan Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Uthaya lectured Bahasa Malaysia, Moral Education and Malaysian Studies in various colleges from 1999 to 2008, including in International College of Music (ICOM), HELP Institute, Limkokwing Institute of Creative Technology(LICT), The One Academy, Yamaha Academy of Arts & Music, Prime College USJ, MSC International College, Summit International College, SEGi College Subang Jaya, SIT International College and Optima College. Between 1996 and 2009, he was also attached to Radio Televisyen Malaysia (RTM) as Bahasa Malaysia news editor, newscaster, newspaper reviewer and coordinator of the RTM Disaster Unit. He was also appointed news content editor at Bernama Radio24 in 2008. In February 2010, Uthaya joined Kumpulan Media Karangkraf in Shah Alam, Selangor before becoming a freelancer in March 2011 and founded Uthaya's Media, Motivation and Publication Consultancy. He has won many awards, namely Hadiah Sastera Siswa-Bank Rakyat (1992), Hadiah Cerpen Maybank-DBP (1992, 1993 & 1996), Hadiah Sastera Utusan-Public Bank (1993), Hadiah Cerpen Esso-Gapena (1996), Hadiah Sastera Perdana Malaysia (1996/97 & 1998/99) and Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (2003). His short story compilations are Orang Dimensi (DBP: 1994), Siru Kambam (DBP: 1996 & 1997), Yang Aneh-aneh (Sasbadi: 1997), Surat dari Madras (DBP: 1999), Nayagi (JPMUM: 2000), Sasterawan Pulau Cinta (USSB: 2001), Rudra Avatara (USSB: 2008) and Kathakali (USSB: 2009). Uthaya edited Vanakam (USSB: 2002), an anthology of Bahasa Malaysia short stories by Malaysian Indian writers. He has also written two novels: Hanuman: Potret Diri (DBP: 1996) and Panchayat (USSB: 2002). His children stories are compiled in Koleksi Cerita Ikan (Maselga: 1997), Cerita Rakyat Asia Co-mel (Percetakan Nasional: 1997), Nari! Nari! (DBP: 1995 & 2000) and Munis dengan Harimau (Fajar Bakti: 1996). Uthaya is the founder president of Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan Writers’ Group) since August 1999. Kavyan set a record in The Malaysia Book of Records in 2003 through Baca Cerpen Kavyan, a non-stop Bahasa Malaysia short story recital for 96 hours and 32 minutes. Kavyan was also awarded Anugerah Budayawan Selangor in 2005. He blogs at www.uthayasb.blogspot.com on a regular basis; mostly in Bahasa Malaysia. -

Marsli N.O
Marsli N.O
Author · 4 books

Nama pena bagi Ramli Selamat. Dilahirkan di Bukit Pahang, Kerteh, Terengganu pada 7 Oktober 1957 dengan galur keturunan di sebelah ayah sebagai orang Jawa dan di sebelah ibu pula negeri Terengganu, sehingga ini sering kali membuatkan beliau dianggap sebagai “anak orang luar”. Minat menulisnya tumbuh lantaran pengaruh bahan bacaan awalnya seperti majalah Dian serta novel-novel seperti “Pertentangan” karya S. Othman Kelantan, “Athies” karya Achdiat Karta Mihardja dan “Ranjau Sepanjang Jalan” Shahnon Ahmad. Ketika panas suasana perang di Vietnam dan di tanah Amerika berkobar bantahan mengenainya, lahirlah sebuah sajak awal beliau dengan judul “Anak Sisa Perang Vietnam” pada tahun 1970. Ketika itu beliau sedang di tingkatan satu sebuah sekolah menengah di Kuala Terengganu. Tetapi secara sungguh-sungguhnya beliau melibatkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1975 dan mulai Mei 1979 baru karyanya berupa sebuah sajak berjudul “Harapan” disiarkan di majalah Dewan Sastera. Karya-karyanya berupa cerpen, novel, puisi, naskhah drama pentas, resensi buku dan rencana tersiar di pelbagai akhbar dan majalah. Tahun 1985 puisinya "Di Hadapan Buku-Buku" antara yang meraih sagu hati Hadiah Sastera Utusan Public-Bank, tahun 1989 puisinya "Negeri Ini, Anak" antara yang memenangi Hadiah Puisi Kebangsaan Esso-Gapena. Pada tahun 1993 cerpennya "Belon" antara yang meraih Hadiah Cerpen Maybank-DBP dan tahun 1994 cerpennya "Pembela" turut meraih anugerah yang sama. Sementara puisinya "Begitu Kata Malam" antara yang meraih Hadiah Sastera Perdana 1996/1997 dan cerpennya “Menanti Buraq” pula antara yang meraih Hadiah Sastera Perdana 200/2001. Pada tahun 2003, cerpen beliau “Menternak Hantu” telah meraih Hadiah Utama (Kategori Cerpen) Hadiah Sastera Kumpulan Utusan – ExxonMobil 2003. Tahun 2010, cerpen beliau “Ketuanan, Maaf dan Seekor Binatang” antara yang meraih hadiah penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009. Sejak 1981 terlibat juga dengan teater selaku penulis naskhah, jurulatih, sutradara dan aktif membacakan naskhah. Di samping tampil dalam sejumlah pementasan, antaranya ialah pada 26 - 28 Ogos 2000 dalam pementasan "Gelanggang Tok Wali" karya Ismail Kassan arahan Shukor Yon, penglibatan ini turut memberikan kesan dalam cara dan gayanya ketika di pentas dan sikapnya dalam mengarang. Di samping itu, pada Pekan Teater Pahang 2000, bersama Bengkel Teater Kuantan pimpinannya dan dengan naskhah “Fragmen Tolong” karya dan arahannya, telah meraih juara Pekan Teater Pahang 2000 dan ketika mewakili negeri Pahang ke peringkat zon Timur di Johor Bharu pada tahun yang sama telah berjaya meraih naib juara. Sebagai deklamator beliau telah diundang dalam banyak acara. Pada 9 April 1988 di Baca Puisi Minggu Sastera DBP, 29 Oktober 1988 di Malam Puisi Riong III, Pembaca Sajak Terjemahan PPDKL 1988 (24 - 27 1988), 7 Mac 1989 di Puisi DBKL 1989, 15 Disember 1991 di acara Temu Puisi (Matic, KL), pada 13 Februari 1992 bersama beberapa teman dari Bengkel Teater Kuantan pimpinannya membacakan cerpen karya beberapa pengarang mapan tanah air di Sudut Penulis DBP, pada 25 Oktober 1993 menjadi hos Baca Puisi DBKL, 24 November 1993 di baca puisi Majlis Pelancaran Perisa (DBP), 29 Julai 1995 di acara Puisi Sepetang anjuran Kelab Sastera DBP, pada 9 September 1998 di acara Deklamasi Puisi Komanwel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Hotel Istana, Kuala Lumpur; pada 24 September 1999 di acara Baca Puisi Bersama-sama Kedutaan Asing sempena Bulan Bahasa dan Sastera Negara 1999 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka di Kelab Darul Ehsan, Ampang Jaya, Selangor; pada 29 Ogos 2000 beliau merupakan salah seorang penyair yang tampil membacakan puisinya bersama Perdana Menteri pada malam Baca Puisi Patriotik anjuran Biro Tatanegara Jabatan Perdana Menteri, Putra Jaya; bersempena Festival Puisi Malaysia anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, pada 15 November 2000 beliau mementaskan dekon “Dari Pungguk ke Katarsis bersama warga Bengkel Teater Kuantan

Azizi Haji Abdullah
Azizi Haji Abdullah
Author · 12 books

Dicedok dari Ujana Ilmu AZIZI HJ.ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah,Kepala Batas Seberang Perai. Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an.

Johan Jaaffar
Johan Jaaffar
Author · 2 books

Tan Sri Johan bin Jaaffar (nama pena Jaafar Khan, J.J., Lanang Sejagat) adalah bekas pengerusi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menggantikan Tan Sri Kamarul Ariffin Mohamed Yassin. Beliau juga merupakan pengerusi Media Prima Berhad dan juga pengarah Kumpulan New Straits Times Berhad. Beliau seorang penulis puisi dan drama di Malaysia yang terkenal. Beliau banyak kali menjadi hos temubual bersama pemimpin negara di televisyen. Mulanya Johan Jaaffar bersekolah di Sekolah Rendah Perserian, Semerah (1960-1965); sekolah menengah aliran Inggeris di Semerah (1966-1970) ;Sekolah Tinggi Muar (1972-1973); Universiti Malaya (1974-1977) dan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera. Sejak 1960-an beliau terlibat dengan kegiatan sandiwara di Muar seperti menarik tali tirai dan mencari bahan-bahan untuk latar pentas. Semasa di sekolah menengah, beliau mula berlakon, menulis skrip dan mengarah drama untuk acara persembahan sekolah. Di universiti beliau aktif dalam Kumpulan Kesenian Universiti Malaya (KESUMA). Bertugas sebagai Pegawai Penyelidik (Pegawai Perancang Bahasa) di DBP; Ketua Bahagian Majalah (1988-1990); Ketua Bahagian Penerbitan Am DBP. Pada September 1991 belajar peringkat sarjana di Universiti Nottingham, England dalam bidang Critical Theory. Oktober 1992 berhenti di DBP dan mula bekerja di Kumpulan Utusan Melayu sebagai Ketua Pengarang Kumpulan; Ahli Lembaga Pengarah Utusan Melayu. Beliau hidup dalam 'dua alam' iaitu alam sastera/budaya dan alam pengurusan moden / korporat. Beliau seorang “sasterawan”, merangkap pengurus korporat. Beliau menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim menanjak menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia menggantikan Ghafar Baba. Apabila Anwar dipecat beliau turut terpelanting . Beliau juga Ahli Majlis Perniagaan Malaysia (Malaysian Business Council); Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Multimedia (Multimedia Development Council); ahli Lembaga Pengarah BERNAMA serta pengarah di beberapa buah syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Semasa bertugas di DBP, Johan menghasilkan cerpen “Potret Seorang Anu Sebagai Anu” (Dewan Sastera, Februari 1983). Novelet/drama/cerpen beliau berjudul Pemain (1987) - separuh autobiografi sasterawan/pentadbir bernama Johan. Selepas 1993, Johan tidaklah seproduktif para penulis sezamannya. Beliau ditugaskan memimpin Syarikat Utusan Melayu sebagai Ketua Pengarang dan tumpuannya hanyalah pada penulisan berita dan rencana. Novel terakhir beliau ialah Laguku Untukmu (1979). Cerpen yang terakhir ditulisnya lebih 15 tahun. Drama terbarunya, “Asiah Samiah” (1999). Ketika bersama Badan Budaya DBP, beliau mengarahkan drama “Mayat” (karya Hatta Azad Khan); “Hari-hari Terakhir Seorang Seniman” (adaptasi sendiri daripada novel Anwar Ridhwan); “Salina” (daripada novel A. Samad Said); “Rumah Kedai di Jalan Seladang” (daripada cerpen A. Samad Ismail). Dalam dunia kewartawanan jelas kelihatan dua Johan yang berbeza; kolumnis “Selayang Pandang” (dengan nama Lanang Sejagat dalam Mingguan Malaysia. Kolumnis “Nota Kaki” (Utusan Malaysia) lebih santai. Sementara ruang “Cambuk Wak Cantuk” (Mingguan Malaysia), atau tulisan mudahnya mengenai filem dalam majalah Hai keluaran Utusan Melayu lebih ringan. Johan terlibat dalam menggerakkan kegiatan berpuisi (Malam Puisi Utusan) serta mementaskan beberapa buah drama tahunan (antaranya "Lantai T. Pinkie" karya A. Samad Said dan "Anugerah" adaptasi daripada novel Zaharah Nawawi). Media arus perdana - Utusan Malaysia, Utusan Melayu, Mingguan Malaysia dan Utusan Zaman kembali menjadi tunggak kegiatan dan wadah budaya dan sastera. Majalah Pemikir, Mangga, Kawan, Cerdas Pintar, Saji, Rias dan Hai dan majalah sastera 'Karya' turut diterbitkan. Majalah Karya yang mahu diangkat setanding dengan Dewan Sastera, terpaksa ditutup ekoran kegawatan ekonomi 1998. Majalah Mastika, Wanita dan Al-Islam turut diberi sentuhan. Pada November 1992 beliau adalah 'orang luar' yang dibawa masuk se

S.M. Zakir
S.M. Zakir
Author · 19 books

S.M. Zakir nama penuhnya Syed Mohd Zakir bin Syed Othman dilahirkan pada 4 Februari 1969 di Kota Bharu, Kelantan. Dibesarkan di Pulau Pinang dan Selangor. Kini menetap di Selangor. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra, Kota Bharu, Kelantan hingga darjah empat; Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang; seterusnya ke sekolah menengah Penang Free School, Pulau Pinang; Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi dan menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Tinggi Kajang. Melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA dan Institute of Commercial Management, Bournemouth, England. Mula menulis pada tahun 1990 dan sehingga sekarang telah menerima puluhan anugerah sastera termasuk Hadiah Sastera Perdana kategori kumpulan cerpen 1994/95 (Merengkuh Langit, DBP 1995) dan Anugerah Sastera Kelantan kategori Buku Kumpulan Cerpen (Sekuntum Kembang di Sayap Jibril, PPN 2001). Antara anugerah sastera tersebut ialah Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Sastera Utusan-ExxonMobil, Hadiah Sastera DBP-Maybank, Hadiah Sastera 100 tahun Kuala Lumpur DBP-DBKL, Hadiah Formula Malaysia dan Anugerah Sastera Negeri Kelantan. Pernah dihantar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai peserta ke ASEAN Youth Writer’s Conference/Workshop di Bayview Hotel. Pulau Pinang, Disember 1992 dan Bengkel Cerpen MASTERA di Bogor, Indonesia 11-17 Oktober 1998. Bidang penulisan yang diceburi ialah cerpen, esei, sajak dan novel yang antaranya disiarkan di majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, Pelita Bahasa, Bahasa, Dewan Siswa, Jurnal Perisa, Jurnal Malay Literature, Jurnal Pangsura, Milenia Muslim, Pentas, akhbar Berita Minggu, Berita Harian, Utusan Melayu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan pelbagai akhbar serta majalah lagi. Buku-buku yang diterbitkan ialah novel remaja Di Bawah Lembayung (DBP. 1991), novel klasik Kembang Kanigara (DBP. 1992), kumpulan cerpen Merengkuh Langit (DBP. 1995), kumpulan cerpen-mini Fatamorgana (Sasbadi. 1997), kumpulan cerpen Sekuntum Kembang di Sayap Jibril (Penerbitan Pustaka Nusa. 2001), kumpulan cerpen Menyirat Nirmala (DBP. 2004), kumpulan cerpen Sekeping Ruh di Atas Bantal (PPN2005), kumpulan sajak Memburu Malaikat (PPN 2007), kumpulan sajak Sajak-sajak Petualang: Manusia Cinta (PPN, 2009) dan sebuah buku biografi edisi mewah iaitu Seniman Negara ke-7 Datuk (Dr) Ahmad Nawab (JKKN. 2008). (Sumber: http://www.suaramalaysia.net/index.ph...)

Faisal Tehrani
Faisal Tehrani
Author · 45 books

Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani. Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2. Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

Arena Wati
Arena Wati
Author · 6 books

Arena Wati adalah nama pena dari Muhammad bin Abdul Biang alias Andi Muhammad Dahlan bin Andi Buyung (lahir di Jeneponto, 20 Juli 1925 – wafat di Cheras, Malaysia, 26 Januari 2009 pada umur 83 tahun), sastrawan negara Malaysia asal Indonesia. Ia juga memakai nama pena lain seperti Duta Muda dan Patria. Selama tiga tahun (1986-1989) pernah menjadi dosen tamu di Universitas Gadjah Mada (UGM) Yogyakarta. Masa muda Arena ditempunya di Makassar. Ia menjadi pelaut sejak 1943 dan pada usia 17 tahun sudah jadi nahkoda kapal. Sekitar tahun 1954 ia telah menetap di Malaya dan bekerja di lingkungan penerbitan majalah "Royal Press" dan penerbitan "Harmy". Tidak lama kemudian, dia pindah ke Johor Baru bekerja pada penerbitan Melayu Ltd,, selama lima tahun. Tahun 1962-1974 bekerja di Pustaka Antara, Kuala Lumpur. Novel pertamanya, Kisah Tiga Pelayaran, terbit tahun 1959 di Singapura. Setelah itu menyusul Lingkaran (1962), Sandera (1971), Bunga dari Kuburan (1987), Kuntum Tulip Biru (1987), Sakura Mengorak Kelopak (1987), Panrita (1993), Sukma Angin (1999), Trilogi Busa (2002), Trilogi Armageddon (2004), dan Trilogi Bara Baraya. Ia juga menulis buku-buku kajian sastra dan kebudayaan. Penghargaan tingkat internasional yang diraihnya adalah Penghargaan Sastra Asia Tenggara, SEA Write Award, dari Raja Thailand pada tahun 1985 dan Sastrawan Negara dari Pemerintah Malaysia tahun 1988. Arena Wati menikah dengan Halimah Sulong dan dikaruniai enam anak. Ia wafat akibat gangguan pada paru-parunya. (Sumber: Wikipedia)

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved