
ZURIAT CINTA Sebenarnya ada apa dengan cinta? Begitu bermaknakah sebuah perkahwinan? Jika benar, kenapa dia dengan senang hati hendak menyandang gelaran duda? Diceraikan model jelita bernama Fira Natasha sehinggakan berita karut mengenai dirinya tersebar meluas. AHLI PERNIAGAAN ‘HIRAZ MUZAFFAR’ DISAHKAN MANDUL! Rasa berdengung kepala Hiraz. Fira memang dah buat kerja gila. Lantas, perkahwinan kali kedua terpaksa diatur. Kali ini Hiraz perlukan sesuatu untuk membersihkan namanya. Dan sesuatu itu perlu dipinta daripada rahim seorang yang bergelar wanita. ‘Sebab dengan kau bolehlah, aku pilih kau.’ – Hiraz Muzaffar ‘Apa maksud, tuan?’ – Marlia Arissa ‘Aku nak anak.’ – Hiraz Muzaffar Namun mampukah Marlia turuti kemahuan Hiraz jika lelaki itu tidak pernah memandang dia dengan rasa cinta? Lelaki kayu dan ego macam Hiraz memang takkan pernah kisah dengan hatinya. Marlia yakin, dirinya memang bertepuk di sebelah tangan. Sedangkan Hiraz hanya menginginkan zuriat. Bagi Marlia, dia hanyalah sekadar sebuah persinggahan. HATI KITA SAMA Ezkal Nizharif, jika dilihat pada tuan punya nama, pasti tidak ramai yang tahu Ezkal menyimpan satu rahsia besar. Puas Ezkal mengelak untuk terlibat dengan cinta, akhirnya dia terpaksa akur dengan takdir yang dia sudah jatuh cinta pada adik kepada kawan baiknya sendiri. Lalu dia redha menerima Ressa sebagai isterinya. ‘Awak nak tolong selak ke?’ – Ressa Awina ‘You selak sendiri, I nak tidur. Dekat sini tak selamat, karang buatnya adik I nampak, you nak ke dia cakap isteri along dia ni dah buang tabiat?’ – Ezkal Nizharif Ressa yang gila-gila dan kadang-kadang terlalu selamba itu memang mencuit hatinya. Dengan Ressa segala-galanya dia berikan meskipun pada awalnya Ezkal selalu mengelak. Namun saat Ressa disahkan mengandung, Ezkal mula berubah dingin. Dinginnya Ezkal hinggakan tembok kesabaran Ressa roboh jua. Ressa lelah. Apatah lagi selepas sebuah rahsia enam tahun yang lalu itu kembali dibongkar. Jika mereka menyimpan rasa yang sama, kenapa Ezkal perlu berubah sedangkan perkahwinan mereka masih lagi belum mencecah usia satu tahun?