
Hei, ini doktor cintalah! Doktor cinta yang menyewa cintanya untuk mereka yang buntu dalam menilai rasa. Itulah Anis Sofea. Namun, bila cinta mula bertandang di hati, dia kibar bendera putih. Dia menjadi doktor cinta yang gagal. Pertama; Anis jatuh cinta pada Iskandar, sahabat baiknya. Tapi... cintanya tidak berbalas, malah terus terpendam. Parah! Kedua; Hatinya terpaut pada Kamarul Bahrain. “He is amazing!” Tapi sayang, Kamal lelaki yang sudah berhenti percaya pada cinta. Ketiga; Ashraf Hadi, lelaki paling cerewet yang pernah Anis jumpa. Kamal kata, Ashraf itu sesuai untuk dirinya. Gila apa? Ashraf itu karbon dioksida, bukan oksigen! Susahnya mahu menggapai makna bahagia. Namun, janji ALLAH... manusia diciptakan berpasang-pasangan. Jangan sesekali mudah mengalah.
Author

Lynn Dayana atau nama sebenar beliau Roslinda Mohammad dilahirkan pada 21 November 1973 dan dibesarkan di Batu Pahat, Johor. Berkelulusan dari Universiti Sains Malaysia dalam bidang Management (Major in Marketing, Minor in Advertising). Kini bekerja sebagai District Training Officer di Pizza Hut Rest Sdn Bhd. Beliau sangat meminati penulis-penulis seperti Jodi Picoult, Nora Roberts, Dan Brown, John Grisham, Samsiah Mohd Nor. Jika Benar Cinta ditulis atas dorongan sahabat baik yang kini sudah kembali ke rahmatullah. Dia menjadi editor tidak bergaji. Bermula dengan 7 helai yang dihantar kepada Alaf 21 dan kemudiannya peluang mengikuti kursus, membuatkan saya lebih bersemangat mahu menulis dan berkongsi pengalaman hidup serta rakaman imaginasi yang diharapkan boleh menjadi tauladan kepada peminat dunia novel.