
Memegang status sebagai pelajar cemerlang bermakna pelajar itu mestilah nerd, kesayangan pensyarah dan terjamin prospek kerjayanya. Namun, semua itu tidak dirasai pelajar cemerlang seperti Azlan. Dia belajar sama seperti pelajar yang ambil repeat paper setiap semester, tak digemari pensyarah dan terus menganggur selepas graduasi. Ketika menunggu untuk hari konvokesyen, malang menimpa Azlan yang baru sahaja mengamuk selepas ditegur kasar Dr Zabidi iaitu Ketua Pensyarah di jabatan pengajiannya. Dia mendapat tahu bahawa dia menjadi buruan polis kerana Dr Zabidi ditemui mati kira-kira beberapa jam selepas dia bertemu Dr Zabidi. Dengan bantuan rakan baiknya iaitu Nasri, Azlan hidup sebagai pelarian polis sambil cuba mengumpul bukti untuk membuktikan bahawa dia tak terlibat langsung dalam pembunuhan Dr Zabidi. Namun, semakin lama dia mencari bukti, semakin bertambah masalah yang menimpanya. Satu persatu misteri kejadian pembunuhan berlaku di hadapannya menyebabkan dia hilang akal untuk memikirkan nasib hidupnya. Nasri memberitahu bahawa polis sudha menjalankan operasi untuk memberkas Azlan sedangkan Nasri sendiri tahu Azlan tak melakukan sebarang pembunuhan. Apa yang sebenarnya menimpa Azlan? Siapa dalang yang sebenar dalam misteri pembunuhan yang berlaku?
Author

BIRTH PLACE : Cairo, EGYPT CITIZENSHIP : Malaysia ACADEMIC BACKGROUND Primary : SK Slim River (SK Jalan Kelab Sukan) Secondary : Maktab Mahmud Alor Star Pre-U : Kolej Islam Sultan Alam Shah DEGREE Bachelor : UM in Shariah & Law Master : UM in Islamic Financial Law (Shariah) SHORT STORIES (1) Kerana Dia Ratu Sehari (published by JS Adiwarna/December 2013) (2) Lunyai (published by Lejenpress/December 2013) (3) Rasuk (published by Lejenpress/April 2014) (4) Jalan Tengah (published by Roman Buku/April 2015) PUBLISHED NOVEL (1) Nak Kahwin Duit Tak Ada (published by JS Adiwarna/June 2013) (2) Skandal Libero (published by Lejenpress/December 2013) (3) Lolos Penjara (published by Lejenpress/April 2014) (4) Dalang (published by Lejenpress/September 2014) (5) Rosmoh: Perempuan Puaka (published by Lejenpress/April 2015) (6) Roman Celaka (published by Lejenpress/February 2016)