
dari mata kepada mata, dari kata kepada kata, dari cinta kepada cinta, yang nyata kian nyata. bila cinta seluruh hati, cinta lahir penuh bererti, tapi cinta sesudah mati, itu sebenar cinta sejati.
Author

Ramzah Dambul (yang lebih mesra dipanggil Rem) menetap di Sabah dan menjalani kehidupan yang sangat normal bersama 60 ekor kucing jalanan. Mereka tinggal di teratak desa yang dinamai Rumah Pangi. Rem ini lulusan Sarjana Muda Sains (Universiti Malaya, 1994); Sarjana Sastera dalam Geografi (Universiti Kebangsaan Malaysia, 2000) dan Doktor Falsafah dalam Klimatologi Sinoptik (University of East Anglia, 2007). Dari segi kerjaya profesional, dia adalah pensyarah dan penyelidik di Universiti Malaysia Sabah sejak 1998 dengan gelaran ahli klimatologis, saintis yang mengkaji fenomena iklim. Yang paling hangat ketika ini tentunya isu pemanasan global dan perubahan iklim sedunia, yang menjadi fokus utama kajian Rem. Bidang penyelidikan ini telah membawa dia mengembara serta berhijrah sementara ke England (2008), Taiwan (2009 & 2010) serta Saudi Arabia (2012 - 2014) untuk beberapa projek kolaborasi antarabangsa. Rem adalah penerima Hadiah Sastera Perdana Malaysia tahun 2012 dan 2013. Juga penerima Hadiah Sastera Sabah 2012/2013.