Margins
Dari Suatu Tikungan Lorong book cover
Dari Suatu Tikungan Lorong
2008
First Published
3.83
Average Rating
200
Number of Pages

Cerpen "Dari Suatu Tikungan Lorong" yang menjuduli antologi ini menayangkan perlambangan wisata rohani seorang manusia dalam proses penyucian jiwa sebelum akhirnya menemui makrifat diri. Kandungan : Laporan Panel Hakim Kategori Cerpen, Puisi serta Kajian & Rencana Sastera Cerpen 1. Dari Suatu Tikungan Lorong (Zaen Kasturi) 2. Moluska (S.M. Zakir) 3. Warna (Faizati Mohd Ali) 4. Cerita Sebuah Lembah (Muhammad Lutfi Ishak) 5. Ini Chow Kit Road, Sudilah Mampir (Malim Ghozali PK) 6. Jihad Sang Hamba (Serunai Faqir) 7. Laut Tetap Bergelora (Zaharah Nawawi) 8. Nilai Cinta Kami (Azizi Haji Abdullah) 9. Putik Qunaitara (Ummu Hani Abu Hassan) Puisi 1. Denyut Murba (Zaen Kasturi) 2. Menggeledah Nurani (Fahd Razy) 3. Suriku, di Sejadah ini Kita Sujud (Ikram Abdullah) 4. Bumi Tersohor : Kerana Kau Tanah Selatan (W.B. Rendra) 5. Doa Maal HIjrah di Kaki Maghrib (Shamsudin Othman) 6. Ingatan Kepada Kawan (Zaen Kasturi) 7. Lidah Anakku Berbelang-belang (Abizai) 8. Luka Pujangga Bangsa (Marjan S.) 9. Sajak Anum kepada Jebat (Raihani Mohd Saaid) Rencana Sastera 1. Ke Mana Hala Tuju Sastera Melayu? (Mohd Zariat Abdul Rani) -

Avg Rating
3.83
Number of Ratings
12
5 STARS
17%
4 STARS
50%
3 STARS
33%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Zaen Kasturi
Zaen Kasturi
Author · 7 books

Zaen Kasturi merupakan seorang penulis prolifik yang banyak menghasilkan karya sastera dalam pelbagai genre namun kecenderungannya lebih kepada penciptaan puisi. Penglibatan beliau dalam dunia penulisan sastera bermula sekitar tahun 1980-an dan merupakan penulis generasi baharu yang berani bereksperimen dengan teknik penulisannya. Beliau mempunyai corak atau gaya penulisan tersendiri dalam menyalurkan permikirannya dalam karya sastera dan terikat dengan gaya konvensional. Gaya inilah yang membentuk identiti bagi setiap karyanya. Karyanya yang unik memaksa khalayak mengerahkan minda mereka untuk mentafsir makna tersirat disebalik setiap paparan kata-kata yang digunakan. Dalam Laporan Panel Hadiah Sastera Malaysia 1992/1993, Zaen disifatkan mempunyai ciri kepengarangan yang khusus, dengan nilai-nilai keinsanannya yang berbeza dengan pengarang-pengarang yang lain, akan tetapi perspektif yang dipilihnya melalui jalan filosofikal, mencabar gerak fikiran realisme untuk meneroka ke dalam dimensi perjuangan hidup, simbolisme, keagamaan, konsep diri, sufisme, antarteks dan aliran seni garis-garis dan warna seni lukis (Lim Swee Tin, 2011: 27). " Memang. Bahasa Zaen memang kuat. Daya imaginasi Zaen tinggi. Dan Zaen sememangnya seorang seniman. Zaen seorang pelukis yang boleh menghasilkan pendapatan daripada lukisan-lukisan potret ketika bergelumang di Pasar Seni. Zaen juga mahir dalam muzik, bermain gitar. Suara Zaen juga sedap bila membaca puisi. Garau dan jantan, yang memikat. Memang ramai gadis terpikat dengan Zaen yang semulajadinya kacak, tetapi masalahnya Zaen terlalu pendiam. Dalam pada itu Zaen adalah atlit yang cukup aktif. Zaen mewakili pasukan bolasepak negeri Melaka pada era 80-an dan juga terlibat aktif dalam sukan lain... " (S.M. Zakir)

S.M. Zakir
S.M. Zakir
Author · 19 books

S.M. Zakir nama penuhnya Syed Mohd Zakir bin Syed Othman dilahirkan pada 4 Februari 1969 di Kota Bharu, Kelantan. Dibesarkan di Pulau Pinang dan Selangor. Kini menetap di Selangor. Menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tengku Indera Petra, Kota Bharu, Kelantan hingga darjah empat; Sekolah Kebangsaan Bukit Gelugor, Pulau Pinang; seterusnya ke sekolah menengah Penang Free School, Pulau Pinang; Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi dan menamatkan persekolahan di Sekolah Menengah Tinggi Kajang. Melanjutkan pelajaran ke Institut Teknologi MARA dan Institute of Commercial Management, Bournemouth, England. Mula menulis pada tahun 1990 dan sehingga sekarang telah menerima puluhan anugerah sastera termasuk Hadiah Sastera Perdana kategori kumpulan cerpen 1994/95 (Merengkuh Langit, DBP 1995) dan Anugerah Sastera Kelantan kategori Buku Kumpulan Cerpen (Sekuntum Kembang di Sayap Jibril, PPN 2001). Antara anugerah sastera tersebut ialah Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera Utusan-Public Bank, Hadiah Sastera Utusan-ExxonMobil, Hadiah Sastera DBP-Maybank, Hadiah Sastera 100 tahun Kuala Lumpur DBP-DBKL, Hadiah Formula Malaysia dan Anugerah Sastera Negeri Kelantan. Pernah dihantar oleh Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai peserta ke ASEAN Youth Writer’s Conference/Workshop di Bayview Hotel. Pulau Pinang, Disember 1992 dan Bengkel Cerpen MASTERA di Bogor, Indonesia 11-17 Oktober 1998. Bidang penulisan yang diceburi ialah cerpen, esei, sajak dan novel yang antaranya disiarkan di majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Masyarakat, Pelita Bahasa, Bahasa, Dewan Siswa, Jurnal Perisa, Jurnal Malay Literature, Jurnal Pangsura, Milenia Muslim, Pentas, akhbar Berita Minggu, Berita Harian, Utusan Melayu, Utusan Zaman, Mingguan Malaysia dan pelbagai akhbar serta majalah lagi. Buku-buku yang diterbitkan ialah novel remaja Di Bawah Lembayung (DBP. 1991), novel klasik Kembang Kanigara (DBP. 1992), kumpulan cerpen Merengkuh Langit (DBP. 1995), kumpulan cerpen-mini Fatamorgana (Sasbadi. 1997), kumpulan cerpen Sekuntum Kembang di Sayap Jibril (Penerbitan Pustaka Nusa. 2001), kumpulan cerpen Menyirat Nirmala (DBP. 2004), kumpulan cerpen Sekeping Ruh di Atas Bantal (PPN2005), kumpulan sajak Memburu Malaikat (PPN 2007), kumpulan sajak Sajak-sajak Petualang: Manusia Cinta (PPN, 2009) dan sebuah buku biografi edisi mewah iaitu Seniman Negara ke-7 Datuk (Dr) Ahmad Nawab (JKKN. 2008). (Sumber: http://www.suaramalaysia.net/index.ph...)

Zaharah Nawawi
Zaharah Nawawi
Author · 6 books

ZAHARAH NAWAWI anak kelahiran Kampung Parit Jawa, Mukim Empat, Batu Pahat Johor (5 Mei 1940) membesar dan memungut pengalaman di luar kampung halaman. Mulai mengasah bakat di bidang penulisan sejak berusia 12 tahun, dan semenjak itu tidak pernah berhenti menulis sehingga kini. Pencapaian tertinggi yang diraih hasil penat lelah menulis ialah menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) pada September 1996 di Bangkok, Thailand. Dan Hadiah Karyawan Sastera Johor, Hadiah Sastera Johor Darul Ta’zim (1999). Dari 1997 hingga 1998, Zaharah menjadi Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menyiapkan buku proses kreatifnya berjudul Merentas Laluan. Pernah berkhidmat di Utusan Melayu sebagai wartawan di Mingguan Malaysia dan Anggota Sidang Pengarang majalah WANITA—dari 1968 hingga 1976. Jawatan terakhir Zaharah di Utusan ialah sebagai Ketua Redaksi majalah MASTIKA dari 1975-1976. Setelah meninggalkan Kumpulan Utusan, Zaharah berkhidmat pula di Berita Publishing, (anak syarikat Kumpulan The New Straits Times) dari 1976 hingga 1985. Jawatan terakhirnya di sana ialah sebagai Editor Umum Penerbitan Berbahasa Malaysia (Editor General Bahasa Publications) yang merangkumi semua penerbitan majalah serta buku berbahasa Melayu di Berita Publishing. Dari 1985 hingga 1986 Zaharah menjadi Editor Urusan di Pustaka Cipta Sdn. Bhd. Zaharah meninggalkan Pustaka Cipta setelah mendapat Dana DERMA CIPTA Dewan dari Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat penyelidikan tentang perjuangan Panglima Salleh Selempang Merah yang mengetuai orang kampung membenteras kegiatan dan kezaliman komunis Bintang Tiga dalam tahun 1945 di Batu Pahat, yang kemudian ditulis dalam bentuk novel menggunakan judul Panglima Salleh Selempang Merah. Pada 1988, Zaharah menerima pelawaan Pakar Sakit Puan terulung, Dr. Hamid Arshad yang waktu itu menjadi Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk menjadi editor majalah Timang keluaran LPPKN. Zaharah berkhidmat di badan berkanun tersebut sehingga 1995, apabila beliau memilih untuk menjadi penulis sepenuh masa. Zaharah menulis novel terpanjang di Malaysia (1351 halaman) berjudul Anugerah (1995), mengenai sejarah perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union dan seterusnya menuntut kemerdekaan. Para pengkaji menyifatkan Anugerah bukan sekadar sebuah novel sejarah, tetapi juga novel politik dan femenisme iaitu tiga dalam satu. Novel ini berakhir dengan perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Setakat ini belum ada novel lain berjaya memecahkan rekod Anugerah terbitan DBP itu. Novel Anugerah jugalah yang membawakan tuah kepada penganugerahan Sea Write Arawd di Bangkok Thailand. Di samping itu Anugerah juga sudah beberapa kali diteaterkan. Beberapa tokoh sastera mengakui novel Anugerah sebagai maha karya Zaharah Nawawi. Dari 1997 hingga 1998, Zaharah menjadi Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menyiapkan buku proses kreatifnya berjudul Merentas Laluan. Semenjak 1989 menerusi cerpen Suara Ombak (Dewan Budaya) dan Emak Tak Marah Lagi, (Mingguan Malaysia) beliau banyak memenangi hadiah. Terakhir beliau memenangi hadiah utama Hadiah Sastera Darul Ta’zim V menerusi kumpulan puisi Warna dan Wajah, dan cerpen Suara yang sarat dengan makna yang tersirat. Dengan cita-cita mahu melatih penulis pelapis supaya menjadi penulis yang benar-bernar berwibawa, mulai 1993 Zaharah mengadakan bengkel-bengkel penulisan meliputi beberapa genre, termasuk novel, cerpen, puisi, kritikan, drama radio, bahasa, undang-undang dan rencana. Pada November 1997, Zaharah menubuhkan kelab penulisannya sendiri dengan nama KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) yang ahlinya terdiri daripada penulis/peserta yang pernah mengikuti bengkel-bengkelnya. Dengan itu tercatatlah dalam sejarah kesusasteraan dan penulisan negara bahawa Zaharah Nawawi adalah satu-satunya penulis/sasterawan yang berdikari melatih penulis pelapis tanpa dinaungi mana-mana pihak. Dan

Malim Ghozali P.K.
Malim Ghozali P.K.
Author · 6 books

Dr. Mohamed Ghazali bin Abdul Rashid or better known by his pen name Malim Ghozali PK (4 March 1949 – 18 June 2020) was a Malaysian writer and laureatte from Perak. He was crowned as the Sasterawan Perak (Writer of Perak) in 2014. He authored a variety of literary works such as Novels and short stories. He also received numerous awards including the Southeast Asian Writers Award (SEA Award) in 2013. Mohamed Ghazali bin Abdul Rashid was born in Malim Nawar, Perak on 4 March 1949. He began his studies at Sekolah Melayu Gunung Panjang before continuing his studies at Sekolah Menengah Anderson Ipoh. He then went on to graduate from the University of Malaya and graduated with a Bachelor of Arts in 1973. In addition, he also participated in the Creative Writing Fellowship program at the Center for Creative Arts in Virginia, United States. On Thursday, 18 June 2020, he died of cancer at Serdang Hospital, Selangor at 11.20 am. His death occurred after a surgery to remove the tumor on the heart the day before. His funeral prayer was held in Surau Ad Duha, Kota Damansara after Asr and was buried in Kota Damansara Islamic Cemetery in Petaling Jaya, Selangor. He is survived by two widows and six children.

Serunai Faqir
Author · 5 books
Juga dikenali sebagai Mitch . @ Mitch Ai dan Peniup Serunai
Raihani Mohd Saaid
Raihani Mohd Saaid
Author · 5 books
Pemilik nama penuh Siti Raihani Mohamed Saaid ini lahir pada 12 Jun 1979 di Kuala Lumpur. Puteri sulung kepada sasterawan Dr. Zurinah Hassan ini mula serius menulis sejak tahun 1994 dalam genre puisi, cerpen, esei dan skrip.Karya-karya pernah tersiar di Dewan Sastera, Dewan Budaya, Dewan Siswa, Tunas Cipta, Berita Minggu, Mingguan Malaysia, InTrend, Eh! dan banyak lagi. Penghargaan yang pernah diterimanya dalam dunia sastera tanah air ialah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 (kategori puisi-hadiah penghargaan), tempat kedua Hadiah Sastera Berunsur Islam 13 (kategori lirik), Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2008/2009,Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2004/2005, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007, Hadiah Saguhati Pertandingan Menulis Novel Remaja DBP 2007, Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2002/2003, Hadiah Cerpen Esso-GAPENA 1997, Hadiah Puisi Kebangsaan Esso-GAPENA 1995, Hadiah Sastera Siswa 1997 dan 1998 serta 3 siri pertandingan Penulisan Skrip Filem anjuran FINAS. Merupakan graduan Akademi Seni Kebangsaan dalam bidang Penulisan dan Universiti Malaya dalam bidang Seni Persembahan. Gemar mengisi masa lapang dengan membaca, menonton filem dan bermain piano.Selain menulis,boleh dipanggil untuk mengendalikan bengkel drama untuk remaja,kerja-kerja terjemahan dan voice over. Karya persendirian yang sudah diterbitkan dalam bentuk buku ialah kumpulan cerpen Badrul Bambi dan kumpulan sajak Terminus A Quo (terbitan Rumah Buku Rania) serta novel Dari QM Ke DM (terbitan DBP). Kini sedang melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di Akademi Pengajian Melayu, UM dalam bidang kajian filem P.Ramlee.
Abizai
Author · 4 books

Abizai atau Abizai Abi ialah nama pena bagi Zainal Abidin Hj. Suhaili. Beliau dilahirkan di Kuching, Sarawak pada 19 Disember 1966 dan mendapat pendidikan di SMK Dato Permaisuri, Miri. Beliau juga pemegang Diploma Pengurusan Sukan dan Ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau pernah memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) 2000/2001 melalui kumpulan puisi, Membentuk Elok di Teluk Esok; Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 & 2007; HSPM 2008/2009 dan banyak lagi. Puisi beliau yang berjudul Kembali Gawai Rindu Terlerai menjadi kajian dalam Teks Kesusasteraan Melayu (Elektif) Tingaktan 4 mulai tahun 2010. Pegawai Bank Muamalat Malaysia Berhad, Miri ini juga bergiat aktif dalam Persatuan Penulis Utara Sarawak (PUTERA) dan memegang jawatan Ketua 1 sejak tahun 2002.

Azizi Haji Abdullah
Azizi Haji Abdullah
Author · 12 books

Dicedok dari Ujana Ilmu AZIZI HJ.ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah,Kepala Batas Seberang Perai. Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an.

Fahd Razy
Fahd Razy
Author · 12 books

Mantan Minggu Penulis Remaja 2000 dan Pengasas/Ketua Penasihat Grup Karyawan Luar Negara. Pernah menulis dan mengarahkan teater 'Mencari Jalan Pulang' di Dublin pada tahun 2005. Menulis dalam genre puisi, cerpen, dan artikel yang tersiar dalam pelbagai media cetak dalam dan luar negara serta termuat dalam lebih 30 antologi bersama. Puisinya 'Al Andalus Menangis' terpilih salah satu teks sastera elektif SPM 2010. Memenangi beberapa anugerah sastera seperti Hadiah Sastera Siswa, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan, dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved