


Books in series

#1
Dear Yayah The Comics #1
2010
Ini adalah prequel dari novel popular Dear Yayah, tetapi dalam bentuk komik.
Yayah terima tawaran melanjutkan pelajaran tingakatan satu ke sekolah berasrama. Pada mulanya Yayah tidak bersemangat kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga. Namun, perasaan itu berubah sebaik sahaja Yayah berkenalan dengan rakan-rakan baru. Di sinilah permulaan Yayah dan rakan-rakan menempuhi pengalaman menarik sebagai pelajar berasrama.

#2
Dear Yayah The Comics #2
Bercuti di Asrama
2010
Ketika semua pelajar sedang seronok bercuti, Jihan dan rakan-rakan terpaksa tinggal di asrama bagi menjalani minggu aktiviti. Jihan dipaksa menyertai musabaqah Al Quran, tetapi dia tidak bersedia. Mampukah dia melakukannya?
Ada 'Mat Saleh Celup' muncul dalam kelas seni Suria. Siapakah dia?
Ah! Banyaknya persoalan! Saya mesti tahu jawapannya! Jadi saya mesti beli buku ini!
\-Anda (bakal pembaca komik ini).

#3
Dear Yayah The Comis #3
Gotong-royong dan Kutu
2011
Ini adalah komik berwarna sepenuhnya!
Jihan semakin selesa dan gembira belajar di maktab. Keakraban bersama rakan-rakan menjadikan hari-hari Jihan lebih bermakna dan berwarna-warni.
Menyambut hari jadi bersama-sama...
Bergotong-royong bersama-sama....
Diserang kutu pun bersama-sama!
Peristiwa-peristiwa ini membuatkan kehidupan di asrama lebih berwarna-warni.

#3.5
The Best of Dear Yayah
2011
Hanya boleh didapati di rangkaian kedai buku Popular di seluruh negara.
Komik ini berwarna sepenuhnya dan ada sticker eksklusif di dalam!
Pada mulanya Jihan tidak suka belajar di asrama, namun, selepas berjumpa rakan-rakan baru, kehidupan Jihan yang seterusnya terus berwarna-warni.
Selepas 2 tahun belajar di MRSM... Jihan dan rakan-rakan perlu membuat haluan masing-masing. Apakah yang Jihan buat selepas itu? Bagaimana hubungan Jihan dengan rakan-rakan asramanya?

#4
Dear Yayah The Comics #4
Lompat Asrama
2012
Jihan dan Suria kehabisan stok keropok dan syampoo. Tanpa semua itu, mereka tidak boleh meneruskan hidup sebagai pelajar asrama.
Maka, mereka bercadang mahu keluar daripada asrama secara haram bagi mendapatkan stok bekalan keropok dan syampoo.
Mampukah mereka meneruskan niat tidak baik itu?