
Dr. Harichandran: “Cuba bayangkan, kalau manusia boleh mengembara ke zaman lalu, terdapatkah jaminan yang pengembara masa itu tidak akan mengubah sejarah?” Dr. May Neat: “Tetapi tidakkah satu kemungkinan juga yang pengembara masa itu berada pada zaman silam sebagai sebahagian daripada sejarah? Maksud aku, tiada siapa yang boleh mengatakan yang pengembara dari masa hadapan tidak bersama-sama kita sekarang ini. Berkemungkinan besar mereka hidup dengan kita, dan mungkin ada antara rakan-rakan kita sebenarnya dari masa hadapan.” ______________________________ Novel ini telah memenangi tempat KETIGA Sayembara Fiksyen Sains Dan Teknologi (Musim Kedua) 2012 Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kumpulan Utusan. Pertama Tiada Pemenang Kedua Equilibria Sri Rahayu Mohd Yusop Ketiga Detik Amir Husaini Hadiah Penghargaan ID Amer Hmzah L. Kadir Di Sebalik Dinara Dayang Noor Bekamorfosis Jali Kenoi Hadiah Galakan Timpani Faridah Abdul Hamid